Entry yang terdahulu
- Tempat Menarik di Busan | Gamcheon Cultural Village
- Tempat Menarik di Busan | Masjid al-Fatah
- Tempat Menarik di Busan | Jagalchi Market
- Tempat Menarik di Busan | Taejongdae Park
- Tempat Menarik di Seoul | Korea Speed Train
- Tempat Menarik di Seoul | Tiba di Seoul
- Tempat Menarik di Seoul | Istana Changdeokgung
- Tempat Menarik di Seoul | Istana Gyeongbukgung
- Tempat Menarik di Seoul | Gwanghwamun Square
- Tempat Menarik di Seoul | Itaewon Syurga Makanan Halal
- Tempat Menarik di Seoul | Namsan Seoul Tower
"Salah satu tarikan utama di Bandaraya Seoul adalah istana-istananya yang masih segar dengan warisan kebudayaan orang Korea"
Pandai aku mula ayat, dah berkurun tak update cerita. Cerita trip bercuti ke Korea Selatan pun dah basi. Walaupun dah basi, tapi masih lagi segar dalam ingatan.
Selepas aku melawat Changdeokgung Palace, aku meneruskan misi Kembara bercuti di bumi Seoul, tempat seterusnya Gyeongbukgung Palace. Aku kat sini semata-mata nak buat dua benda, first aku nak tengok guard changing ceremony yang kedua aku nak cuba pakai baju palace guard.
Untuk Guard Changing Ceremony, dia berlansung sepanjang tahun, (Kecuali Hari Selasa), 6 kali sehari antara jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pengumuman akan dibuat, so pengunjung boleh ke tempat yang akan dilansungkan. Mula-mula sekali acara ini aku dilansungkan di pintu masuk istana kemudiannya di sekitar dataran dalam kawasan istana.
Bergambar di pintu masuk Gyeongbukgung Palace. Palace Guard kat sini tinggi-tinggi kot...
Di hadapan pintu masuk korang boleh tengok pengawal istana dengan baju yang bermacam-macam warna. Setiap warna tu mewakili pangkat pengawal istana.
Yang kat atas ni Sumunjang, pangkat dia ni Komander Pengawal Pintu Istana.
Selepas feeling-feeling amik gambar dengan Royal Guard, korang berpeluang untuk pakai uniform Royal Guard dengan percuma. Masa aku pergi ke Gyeongbukgung Palace, ada penjaga bagi tau pukul 2.00 petang baru boleh datang untuk beratur. Kalau korang beratur awal dari pukul 2.00 petang penjaga pompuan tu nanti bising, aku dah kena. Aduhai~
Jam dah nak dekat pukul 2.00 petang, cepat-cepat aku pergi beratur. Dalam sekelip mata je, orang dah ramai beratur. Semua orang dapat pakai, cuma malas nak tunggu lama-lama sebab cuaca sejuk dan aku pulak tengah tunggu untuk event guard changing ceremony. Tempat untuk pakai baju ni terletak di sebuah bangunan di sebelah kiri pintu masuk Istana Gyeongbukgung (Pintu masuk yang menghadap Gwanghwamun Square).
Tempat nak pakai uniform Royal Guard
Lepas tu korang boleh pilih baju apa yang korang nak pakai. Kemudian masuk kat dalam bilik dan akan ada orang yang pakaikan baju. Aku pergi hujung-hujung autumn, suhu memang dah sejuk waktu tu kira-kira -1, paling leceh nak bukak kasut arghhhh... Lepas dah siap pakai, boleh la bergaya kat kawasan istana. Rasa macam pelakon drama zaman Joseon la pulak.
Jumpa pelancong dari Thailand, dia mintak aku amik gambar diaorang. Lepas tu aku pulak mintak tolong depa ambik gambaq aku.
Tedia, Royal Guard pakai spek hitam.
Tedia... Lagak macam Maharaja, tapi kuli ja...
Selain daripada uniform Royal Guard, korang boleh jugak cuba pakai baju Maharaja. Dari info yang aku dapat, kalau nak pakai baju Maharaja kena booking awal 2 hari, boleh rujuk kat sini.
Lepas lebih kurang 20 minit mak cik yang jaga tu dah panggil. So aku pun tukar pakaian. Dalam masa yang singkat ni petik la gambar banyak-banyak, benda free dan ramai orang lain beratur, so tak leh la nak pakai lama-lama sangat. Masa aku tak lama sangat kat istana ni, aku belum solat dan belum makan lagi. Dengan cuaca sejuk aku rasa pergerakan aku terbatas. Next, aku ke Syurga Makanan Halal di Seoul.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Muka pak guard tu pun garang dah la tinggi.. tak try ke nak tarik2 baju dia hahahaa :P btw nice picture to.. :D
BalasPadamhttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html
berani nak tarik2 baju... tak nampak ke dia ada pedang??? walaupun pedang tipu, kalau kena ketuk sakit jugak.... hahaha...
PadamHahahaa.. kalau dia nak hantuk ko pun buka silat melayu kasi tunjuk sket at orang korea hahaha :D
Padamwan nnti bawak aku ke sini ya
BalasPadamJom wadi.... aku teringin nak pergi lagi...
PadamLamanya SJ bertapa...
BalasPadamSampai di Gyeongbukgung pada hari Selasa... tak tau pulak tuutp rupanya... jadinya terus je ke Insadong..souvenir murah kat sini.
memang lama duk bertapa... habis balik dari korea tahun lepas kerja... lepas kerja masuk sem baru, lepas tu praktikal... sekarang ni study week...
Padamkalau nak tahu waktu operasi tempat menarik di korea, boleh cek di laman web Korea Tourism Organisation...
pernah ke seoul tahun 2013 dgn travel agent..may 2016 nk repeat lagi pergi sndiri..tq atas info yang menarik..akan dijadikan panduan
BalasPadam