Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah lepas habis trip aku ke Korea Selatan, aku share cerita kat blog. Terima kasih sebab korang sudi datang ke blog aku nih. Ramai juga yang tanya soalan, ada yang komen di blog dan ada yang mesej yang di Facebook. Daripada soalan-soalan korang aku ada la idea untuk tulis, thanks guys. Kali ni aku nak share pasal salah satu soalan yang banyak orang tanya kat aku.
" Macam mana saya nak guna laluan subway, saya tak berapa faham la...."
Soalan inbox di Facebook
Aku pun mula-mula tak berapa familiar jugak dengan laluan subway. Masa tu beli tiket nak ke Busan dalam bulan April, penerbangan bulan November. Jadi, dalam masa 7 bulan tu aku, ada studi sikit cara nak guna subway di Korea. Bagi yang travel sendiri macam aku, korang perlu tahu dan faham cara untuk gunakan subway nih. Insya-Allah aku akan cerita step by step macam yang aku buat. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak masa nak bercuti di Korea nanti.
1. Tentukan destinasi lawatan korang.
First sekali, aku tentukan lokasi kat mana aku nak pergi. Aku buat satu list destinasi yang aku akan pergi contohnya Jagalchi Market, Gamcheon Cultural village dan sebagainya. Dalam entry ni aku pilih satu tempat la so senang nak cerita. Aku pilih Jagalchi Market.
2. Cari stesen Subway yang berdekatan dengan Destinasi pilihan korang.
Step yang kedua, korang perlu buat research, caranya melalui blog-blog atau website. Contoh website yang selalu jadi rujukan aku : Korean Tourism Organisation. Korang scroll sampai ke bahagian "Direction" kat situ ada info stesen subway yang berdekatan.
"Directions" Untuk ke Jagalchi Market. Naik Busan "Line 1" dan Exit 10. Yang ni ramai yang tanya aku sebab tak berapa faham apa tu "Line" dan "Exit", meh aku cerita.
i) "LINE" setiap stesen subway dihubungkan dengan "Line", "Line" tu kira macam jalan raya la. Contoh kat sini Jagalchi Market terletak di "Line 1"
Gambar : Peta Subway Busan
Katakan korang dari Busan Station, cuba refer kat peta, Busan Station pun terletak dekat "Line 1" (Line warna oren) So korang akan gunakan Line 1 sahaja. Tapi kalau korang dari Gaya Station korang kena tukar Line, sebabnya Gaya Station terletak di Line 2 (Line warna hijau) dan korang boleh tukar Line di Seomyeon. So dari Gaya Station (Line 2) ke Seomyeon (Tukar ke Line 1) ke Jagalchi Station(Line 1).
ii) "ALIRAN" lepas korang tahu apa bendanya "Line" sekarang ni aku nak cerita pasal "Aliran" Nak tahu aliran korang refer stesen terakhir bagi "Line"
Line 1 ada dua Aliran, Aliran Sinpyeong dan Aliran Nopo.
Kenapa kena tahu aliran mana? Kalau korang dari Busan Station nak ke Jagalchi Market korang naik Line 1, kemudian korang kena tahu aliran mana, so dalam kes ni Jagalchi Market terletak di Line 1 dan Aliran Sinpyeong. Masa kat Subway nanti, korang akan nampak kat signboard dengan ada dua pecahan arrow Sinpyeong dan Nopo.
Dari Busan Station ke Jagalchi, Line 1, Aliran Sinpyeong. Tengok arrow. Kalau korang silap, pilih aliran Nopo, korang tak akan sampai ke Jagalchi.
Dari Busan Station ke Jagalchi - Line 1,Aliran Sinpyeong - Train akan lalu bermula dari (Busan Station -;Jungang - Nampo - Jagalchi)
iii ) EXIT Seterusnya korang kena tahu Exit, exit ni pintu keluar dari stesen subway.
Stesen Jagalchi ada banyak Exit (Refer kat Bulat Kuning bernombor) Ada Exit 1,2,3 sampai 10. Exit yang paling dekat dengan Jagalchi Market ialah Exit 10.
Signboard kat stesen subway Jagalchi, ada dipaparkan Jagalchi Market dan nombor pintu Exit.
Tanda di luar stesen subway Jagalchi di Exit 10.
So kesimpulannya mula-mula sekali korang kena list dulu destinasi yang korang nak pergi. Kemudian buat research, baca kat blog atau website. Dah buat research korang akan dapat maklumat untuk ke tempat pilihan korang, pertama tempat tu terletak kat line mana, lepas tu aliran mana dan exit mana korang patut keluar.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Kena experience sendiri... nanti baru sedar... ah mende ni kacang je sebenarnya... hehe
BalasPadamfirst dapat idea, yup, lepas tu paling penting kena experience sendiri...
PadamGood tips .. sesuai utk first timer ke korea :)
BalasPadamterima kasih
PadamNanti backlink ke sini je kalau ada orang tanya lagi. Sebab saya jenis xreti nak explain. Orang jadi lagi pening. Thanks.
BalasPadamTerima kasih, nanti kak backlink kat sini ye... TQ
PadamSalam..
BalasPadamnak tanya pi korea tu perlu kan visa x mcm jepon?
korea dan jepun tak perlu visa untuk travel....
Padamsama la macam kat Prague, dia ada 3 line je, tapi exit dia, perghhhh, baru la rasa besarnya sesetengah subway station tu. :D
BalasPadamwah best nyer dah sampai ke europe... teringin nak pusing2 europe...
PadamTerbaek..baru fhmm..tq.
BalasPadamMana hostel yg paling senang ke mana2 attraction place
BalasPadamKat busan
BalasPadam