Selasa, 13 Januari 2015

10 Perkara yang Korang Kena Buat Sebelum Travel

Tiket kapal terbang dah booking, penginapan dah booking, hari demi hari berlalu, kejap-kejap dah nak bercuti! Arghh, kadang-kadang tu bila dah last minit baru nak ade masa untuk kemas barang, nak pack itu ini, print itu ini, macam-macam lagi la. Kadang-kadang tu stress gila, kadang-kadang tu pulak packing barang punya la relaks, alih-alih tengok ada jugak barang yang tertinggal. Benda-benda macam ni pun pernah terjadi kat aku, insyaAllah dalam entry ni aku nak kongsikan dengan korang 10 Perkara yang Korang Kena Buat Sebelum Travel. 

1. Kemas Beg
Sebelum korang nak ke mana-mana korang akan fikir ape nak bawak? Berapa banyak baju? Nak bawak beg ape? Kuantiti barang yang korang bawak bergantung pada berapa lama trip korang tu. Bagi aku cukup seluar jalan-jalan 2 helai, 5 helai, baju tukar-tukar seluar tak payah. Haha..

TIPS
Pastikan yang dalam beg korang ada bawak :
a) Ubat-ubatan - seperti panadol, mana la tahu di saat korang perlukan tiba-tiba benda tu tak ada atau susah nak cari. Prepare ubat siap-siap.
b) International Power Adapter - Ni benda wajib jika korang mengembara ke luar negara yang kepala plug dia tak sama. Kalau tak de International Power Adapter.
c) Penutup Mata dan Ear plug - benda ni wajib untuk aku sebab aku ni jenis yang susah nak tidur. Kadang-kadang tu nak jimat tak nak tidur di hotel nak tidur kat airport, takkan nak mintak management airport tutup lampu baru hang nak tidoq. Bawak penutup mata, sumbat telinga, tidurlah kau dengan aman.
d) Stoking - Aku sangat memerlukan stoking, tambah pulak kalau aku terpaksa naik bas/keretapi/flight berjam-jam. Stoking membantu untuk mengurangkan kesejukkan terutamanya jika korang hanya pakai sandal, kalau pakai kasut no problem.

Pastikan korang bawak yang perlu je. Takkan dumbell pun korang nak bawak!

2. Siapkan Dokumen Penting
Pastikan tiket flight, booking penginapan telah pun dicetak. Kalau cetak tapi simpan dalam laci pun tak gune jugak, pastikan sebelum korang melangkah keluar dokumen-dokumen penting seperti tiket flight, booking penginapan dan yang paling penting Passport ada bersama anda!

TIPS
a) Scan dan Email - Scan Passport korang dan email. Kalau boleh email jugak tiket flight. booking penginapan kat keluarga atau rakan terdekat, mungkin dokumen ini akan membantu jika berlaku sebarang masalah. 



3. Jaga Kesihatan
Sape tak exited bila tarikh nak pergi melancong tinggal tak berapa lama lagi kan. Jangan pulak terlebih exited sampai kesihatan korang abaikan. 

TIPS
a) ambil vaksin jika perlu
b) Elakkan bersukan atau beriadah dengan lasak
c) Jangan kerap tidur lewat 


4. Kaji Perjalanan Korang
Bila korang pergi travel terutamanya pergi travel sendiri gunakan masa lapang korang untuk kaji perjalanan korang. Jangan sampai di destinasi masing-masing blur tak tahu nak mula dari mana?

TIPS
a) Plan awal-awal ke mana korang nak pergi, berapa lama nak spend, di mana nak tinggal dan senang nak bajet perbelanjaan
b) Buat Travel itinerary untuk memudahkan korang buat rujukan.
c) Banyakkan research dengan membaca dari buku, blog atau website.

Itinerary memudahkan korang untuk rancang perjalanan dan bajet.

Kaji perjalanan sebelum pergi travel dapat membantu korang dari segi mana nak mulakan perjalanan dan bagaimana?

5. Bagi Tahu Yang Korang Nak Pergi Travel
Aku sebenarnya tak berapa suka nak heboh-heboh aku pergi makan angin kat mana-mana. Tapi bila nak pergi je baru aku bagi tau roomate, classmate semua.

TIPS

a) Buat permohonan untuk ke luar negara.
b) Update Status di Facebook -  "Perjalanan Masih Jauh" Siap dengan upload gambar tiket flight - at Penang International Airport. Orang tahu korang ni nak pergi travel. Nanti orang akan komen " eh ni nak pergi mana pulak???" 

 Contoh Status yang korang boleh gunakan



Ni orang tahu yang korang baru je nak pergi berjalan


Ni orang tahu yang korang dah nak balik...

Yang penting sekali minta izin terutamanya dari ibu bapa dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga. Niat kita bagi tau kat orang yang kita ni nak pergi travel mana-mana BUKANNYA berniat untuk menunjuk atau bermegah-megah.

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
                                                                                  (Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)


6. Siapkan Gadjet Elektronik Korang
Pastikan telefon korang hidup, power bank siap charge, charger korang bawak. Pernah masa aku gi jalan-jalan kepala plug bawak, tapi wayar tak bawak, tak dak guna. Sape pakai IPhone boleh faham kot. 

TIPS
a) Periksa peralatan elektronik korang sebelum packing, tengok sama ada boleh digunakan atau pun tidak. Kalau kamera pastikan bateri dan memori kad ada siap dalam kamera. Pernah jadi kat aku masa nak pergi ke Singapore dulu, bawak kamera bagai tapi memori kad tak de! 

7. Pek makanan ringan
Orang yang macam aku ni kuat makan, sikit-sikit nak makan. Perut aku cepat pedih kalau lambat makan, paling teruk nanti sakit kepale. So jangan lupa pek sikit makanan ringan dalam beg, kalau lapar leh terus ngap.



TIPS 
a) Coklat atau Kekacang pun korang boleh bawak sebagai bekalan untuk tenaga. Ingat! Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan!


Coklat Cloud 9 biasanya pilihan aku waktu travel

8. Kunci Jam
Kalau flight awal pastikan korang kunci jam banyak kali, pesan mak tolong call atau kawan untuk tolong kejutkan. 

TIPS 
a) Kunci jam anda setiap 15 minit. Ada yang buat macam ni?

Kalau ada yang buat macam ni, kita geng!

9. Rehat yang cukup
Kadang-kadang tu mata susah nak pejam, mungkin terlalu excited. Kalau boleh cuba untuk tidur supaya korang badan korang cukup rehat. 

TIPS
a) Elakkan minum kopi atau teh kerana minuman ni menyebabkan korang susah nak tidur dan menyebabkan otak korang aktif berangan. Kandungan teh dan kopi biasanya membuatkan otak korang aktif berfikir.

b) Minum minuman bersusu, tenangkan fikiran semasa nak tidur.

10. Solat Sunat Musafir
Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.


“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”

(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

Setakat tu saja perkongsian ana, hehe... Kongsikan benda-benda yang korang buat sebelum travel di ruangan komen....



Muhammad Saffuan Bin Jaffar

23 ulasan:

  1. Berguna tips ni! Terima kasih. Bawa dumbbell juga ke pergi travel? whoa haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih!

      Dumbbell tu tak de la bawak, saja je...

      Padam
    2. baru nak tanya perkara yang sama hehehe...berat tu kalau nak angkut sekali :D

      Padam
    3. Rugi kalau bawak dumbbell... kena bayar untuk masuk luggage...
      angkat beg berat pun dah macam angkat dumbell

      Padam
  2. banyak yg sy buat jugak :D sama la pemikiran. wohoooo. I can see sosej omakane kat situ. fuh, first time makan, masa dia tak jual kat kedai2 lagi. dapat special dari syarikat dia. tahan lama kan omakane tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHEHE... Bagus la kalau satu kepala...
      Ye tu omakane saya beli kat MYDIN Bukit Jambul... Ada yang best ada yang tak... saya buat makan macam tu atau masak dengan meggi...
      Ye, omakane tu tahan lama kot...

      Padam
  3. ok menarik.. bulan 3 nak travel boleh guna tips ni heheheh! :) tq tq tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... silakan nak share pun boleh...
      nak pergi mane la tu???

      Padam
  4. thanks for the tipss..sangat membantu untuk my next holiday trip! yeayy!!! btw dumbell pon bawak ke.. exercise dalam flight ke? heee..joke

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2....
      dumbell tu saje jer...
      boleh jugak nak excercise dalam flight....

      Padam
  5. Balasan
    1. terima kasih,
      sudi la ke sini lagi untuk tips2 bercuti dengan belanja kecik...

      Padam
  6. Bagus juga tips nie..Insyaallah tahun ini akan ke Italy & Korea kerana dpt tiket percuma..hrp dpt membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...
      wah best nya dapat pergi 2 tempat sekali....

      Padam
  7. nice sharing.... sun block & lips balm kena bawa juga jika negara tersebut berlainan cuaca dengan Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... a'a benda tu pun penting jugak....

      Padam
  8. Blog ni best tapi saya tak mampu nak baca sampai habis.. sebab terlalu lebar. mohon kecik kan sikit.. gambar besar tak apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas komen anda...
      saya dah kurangkan lebar layout blog ni...
      sudi2 la baca balik sampai habis... :)

      Padam
  9. Mknn ringan boleh letak dlm beg yg bwk masuk ke? Atau kena bwk dlm luggage saja?

    BalasPadam
  10. Where did you get ear plugs?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...