Ahad, 7 Mac 2010

Kembara Bumi Oxford

Kembara Bumi Oxford


Kembara kali ini menjelajah Bandar Oxford, yang terletak di selatan bandar Nottingham Darul Robin Hood, mengambil masa 2 jam 30 minit untuk ke sana, kalau anda memandu 1 jam ke selatan melalui M1 anda akan sampai di Kota Raya London. Saya mencari, apa yang menarik di Oxford,dan jika anda meminati filem Harry Potter, Oxford merupakan salah satu dari tempat pengambaran, perpustakan Hogward dan Dewan Makan yang kalau kita tengok dalam filem Harry Potter ada Profesor Dumbledor dan dewan makan tersebut berbumbungkan langit sebenar semuanya digambarkan di sini.

Inilah perpustakaan yang saya maksudkan, Bodleian Library, jika anda adalah pelajar Oxford anda sudah pasti dapat masuk ke dalam perpustakaan ini sambil mencari buku-buku ilmu hitam.

Pada pengamatan saya bandar Oxford agak sibuk berbanding bandar Cambridge, jalan rayanya juga agak luas berdanding di Cambridge.


Jalan Raya di Oxford, waktu ini tidak banyak kereta kelihatan.




High Street, Oxford berlatar belakangkan bangunan Kolej Magdalen.


 Jalan di Cambrigde sempit, walaupun terdapat juga jalan lebar di Cambridge, namun tidak se~sesak di Oxford.

Sejarah bandar Oxford berkaitan dengan orang-orang Saxon, seperti Nottingham dan juga Cambridge, Oxford mencatat sejarah penting di mana penterjemahan Kitab Bible dari Bahasa Latin ke dalam bahasa tempatan dilakukan,  bandar ini merupakan bandar ketiga terbesar di England pada kurun ke-13. Di Universiti Oxford terdapat 39 Kolej (Kediaman Pelajar) dan kebanyakan dari kolej-kolej berusia lebih dari 500 tahun, 11 kolej dari 39 kolej dibina pada kurun ke-16 dan kurun ke-19 dan 3 daripadanya dibina pada tahun 1950-an.

PANORAMA DI OXFORD



Turn Again Lane



Salah satu poster yang menarik perhatian saya ketika hendak ke Science Museum.

Pendek kata jika ada ruang dan masa, lawatilah bandar Oxford, soal makanan halal tidak menjadi masalah di pusat bandar terdapat satu kedai kebab halal.





Kedai Kebab KID, [Peta Lokasi]  

Silalah berkunjung ke Oxford, banyak pekara yang mungkin anda bakal temui di sini

Cari tanda (*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...