Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Penghujung tahun 2014 beberapa negeri di Malaysia dilandar banjir yang boleh dikatakan yang paling teruk pernah yang pernah terjadi. Banyak kediaman dan bangunan ditenggelami air dan menyebabkan peralatan serta hasil pertanian musnah. Ada juga mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal kerana kediaman mereka hanyut dibawa arus banjir yang kuat. Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengarahkan agar sesi persekolahan ditangguh sehingga 11/12 Januari 2015, untuk memberi ruang kepada sekolah-sekolah yang menjadi pusat pemindahan dapat bersiap sedia serta membolehkan kerja-kerja pembersihan sekolah dilakukan.
Sehubungan dengan itu IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) memohon jasa baik setiap IPG untuk menghantar pasukan sukarelawan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Pasukan Sukarelawan IPG diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sekolah yang terjejas akibat banjir di beberapa tempat di Kelantan. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu telah dijadikan sebagai base camp. IPG Kampus Pulau Pinang tempat aku belajar menyahut seruan IPGM untuk membantu mangsa banjir dan turut serta dalam "Misi Bantuan Kemanusian Pasca Banjir di Kelantan". Aku rasa terpanggil untuk bersama-sama pasukan sukarelawan IPGKPP. Alhamdulillah nasib baik bos bagi cuti.
5 JANUARI 2015
8.00 pagi - Pasukan sukarelawan yang dianggotai oleh pelajar, pensyarah dan juga staf berkumpul di Gelanggara.
8.15 pagi - Ucapan dari Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang
8.45 pagi - Bertolak ke IPG Kampus Kota Bharu
Perjalanan yang sangat jauh untuk kami tempuhi. Penang - Kuala Lumpur - IPGKKB
12.14 Tengah Hari - Tiba di Selangor
01.51 Petang - Pasukan Sukarelawan memasuki sempadan Negeri Pahang
05.07 Petang - Team Sukarelawan berehat sebentar di Benta, Pahang.
10.56 malam - Team Sukarelawan menyusuri jalan di Kuala Kerai. Keadaan gelap, disepanjang jalan saya boleh lihat beberapa buah rumah menggunakan lilin, ada yang membuat unggun api, menggunakan lampu kereta atau lampu bateri untuk menerangi rumah masing-masing. Ada juga beberapa kawasan telah mendapat bekalan elektrik. Longgokan sampah juga kelihatan di bahu jalan dan udara kelihatan seperti kabus (sebenarnya habuk dari lumpur yang kering). Sayu hati saya melihat keadaan di sini, ada rumah yang rosak teruk, ada yang tinggal tapak, sedih sangat, seolah-olah tempat ini telah dilanda tsunami.
6 JANUARI 2015
12.14 pagi - Selamat tiba di IPG Kampus Kota Bharu setelah menempuh perjalanan kira-kira 800 km selama 16 jam.
8.00 pagi - Berkumpul di IPGKBB, rakan-rakan saya daripada Kelantan turut bersama-sama menyertai misi ini.
11.00 pagi - Tiba di Sekolah Kebangsaan Lemal. Tengok keadaan di sekolah ini sangat menyedihkan. Banyak peralatan-peralatan sekolah yang rosak. Warga sekolah S.K Lemal sendiri tidak mampu untuk membersihkan bangunan sekolah, mereka sangat memerlukan bantuan. Jiwa guru yang ada pada setiap pasukan sukarelawan sangat tinggi, kami berusaha untuk mencuci kelas-kelas supaya murid S.K Lemal dapat belajar walaupun sekadar duduk bersila.
Longgokan sampah barang-barang yang musnah akibat banjir merata-rata tempat di bahu jalan
7 JANUARI 2015
Menyambung tugas membersihkan Sekolah Kebangsaan Lemal, hari ini merupakan hari terakhir kami di Kota Bharu dan alhamdulillah 2 blok kelas 1 tingkat berjaya dibersihkan.
8 JANUARI 2015
Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1. Keadaan di sekolah ini lagi menyedihkan kerana banyak lagi yang belum dibersihkan.
Bilik Kemahiran Hidup yang belum dicuci. Bukan mudah untuk mencuci lumpur yang kering dan melekat pada lantai.
Banyak peralatan yang ditenggelami air
Terpaksa menggunakan air hujan untuk membersihkan lantai kerana peralatan seperti water jet tidak mencukupi.
Masih lagi hujan, namun semangat kami tak mudah patah. Kami meneruskan tugasan semampu yang boleh.
Kesan banjir, paras dada
Peralatan dan perabot dikeluarkan untuk memudahkan proses mencuci kelas. Banyak barang-barang yang rosak terpaksa dibuang
Sebuah bilik yang belum dibersihkan
Masih banyak lagi bangunan di SMK Tanah Merah 1 yang belum dibersihkan.
Sebuah kelas yang dibersihkan oleh team sukarelawan IPGKPP
Kami terpaksa meninggalkan SMK Tanah Merah 1 dan bergerak pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang. Di sepanjang perjalanan aku dapat tengok banyak konvoi yang sedang bergerak menuju ke Kelantan. Allah, aku rasa sangat terharu, mereka ini sanggup meninggalkan tugasan malah keluarga semata-mata untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan juga di tempat-tempat lain. Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan perjalanan mereka.
Team Konvoi Rapat ke Kelantan untuk misi kemanusiaan pasca banjir.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Selamat menjalankan tugas.....
BalasPadamTerima kasih, dah selamat pulang ke Pulau Pinang :)
Padam2 hari lepas sy melalui kuala krai untuk pulang ke kota bharu.
BalasPadamItu kunjungan kali pertama sy ke sana selepas banjir.
sangat sedih melihat keadaan di sana.
Masih kelihatan kesan air di kiri kanan jalan.
paras air sangat tinggi