Ahad, 11 Januari 2015

KELANTAN BEST FOOD | Otok-otok & Satar Abe Ju Jee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelantan Best Food | Otok-otok & Satar Baru-baru ni aku berkesempatan untuk melawat ke negeri Kelantan, melawat tu bukan ler makan angin semata-mata tapi aku bersama-sama team sukarelawan IPG Kampus Pulau Pinang menyertai misi kemanusiaan pasca banjir. Kami semua berkumpul di IPG Kota Bharu sebelum bergerak ke sekolah-sekolah yang ditetapkan. Kebetulan kawan aku tinggal berdekatan dengan IPG Kota Bharu, dia pun datang jemput aku untuk tidur di rumah dia. 

Waktu pagi aku dengan kawan aku akan bertolak ke IPG Kota Bharu, lepas tu ke sekolah untuk bergotong royong sampai ke petang. Waktu petang tu kiranya memang free la, so kawan aku bawak aku jalan-jalan sekitar Kota Bharu lepas balik dari gotong royong. Di beberapa tempat aku tengok masih lagi belum pulih dan ada di sesetengah tempat yang dah pulih, orang pun dah mula berniaga. Sebut pasal berniaga kawan aku sambil bawak kereta sambil dia promote makanan Kelantan.

Kawan : " Ni kalau mu maghi qlate, mu keno cubo make, otok-otok denge satar"Aku : Ala, benda tu aku dah besa makan kat Penang, kat Perlis pun aku dah besa makan... Ada benda lain tak yang aku boleh cuba, yang ala-ala Kelantan sikit...Kawan : eiii jange mu... kena cubo dulu, kalau biasa tak kan la ada oghe kirim balik ke Penang sampai RM20.00Aku : hmmmm.....

(Abaikan penulisan loghat Kelantan yang tak berapa nak jadi tu)

Lepas beberapa minit kami pun sampai la di lokasi gerai menjual satar dan otok-otok. Lokasi gerai tersebut terletak berhampiran dengan perkampungan nelayan, kawan aku cakap gerai tu di Pantai Sabak. Kalau korang nak tahu kat Pantai Sabak ni la tempat mula-mula sekali tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Hari ni misi aku bukan nak menyerang Tanah Melayu, tapi misi aku nak serang gerai jual otok-otok dengan satar. Dari jauh lagi dah nampak kepulan asap, kami sampai awal kat situ sebab belum nampak orang beratur panjang.



 Gerai Satar dan Otok-otok Ikan


Otak-otak dan Sata ni aku pernah makan di Penang. Sata di Penang first time aku makan punya la tak sedap. Kali kedua makan di Perlis, yang tu ok, sedap. Aku tak tahu nak oder macam mana, so kawan aku oder la RM5.00 campur-campur, 3 Bungkus Otok-otok harga cuma RM1.00 dan secucuk Satar, yang ada 3 bungkus kecil tu pun harga dia RM1.00. Rasa macam murah pulak harga dia. Sambil menunggu Pak Cik tu bakar, aku pun snap beberapa keping gambar, kalau tak macam mana la aku nak tunjuk kat korang. Harga dah ok kan, sekarang ni time untuk rasa pulak, jom!

Sata yang baru dibakar 


Aku sempat tanya Abang Ju Jee, katanya sata dan otak-otak ni dibuat sendiri.


Untuk pengetahuan korang Sata dan Otak-otak Abang Ju Jee ada dijual dalam bentuk frozen. Gerai Abang Ju Jee ni mula dibuka pada pukul 4.00 petang sehingga Maghrib. Datang awal kalau tak kena la beratur.

 Isi Otak-otak Abang Ju Jee, biasanya kalau yang aku beli di Penang warna merah, kali ni warna putih kelabu. Bila masuk mulut ngap! ngap! Baru aku tau, sedap!!! Tu la belum cuba belum tau.

Ok, yang ni pulak Sata, berbeza dengan versi yang aku tengok di Perlis, is Sata tu melekat seketul. Yang versi Kelantan ni, isi sata tu tak de la melekat dan kalau korang buka dia hancur. Aroma sata ni wangi sebab dalam isi sata tu dicampur dengan rempah. Rasa dia tok sah habaq la, memang sedap. 

Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di TerengganuPahangJohor dan juga diIndonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otahotah atau otak.Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.
KandunganPelbagai menurut daerah
Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan jugaayam.Terdapat pelbagai jenis otak-otak yang terdapat di daerah berlainan. Otak-otak nyonya, berasal dari Peranakan, terdapat di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, dikukus dalam daun pandan. Bagaimanapun, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Malaysia dan di Singapura di balut sebagai kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang dan dipanggang (versi Singapura biasanya dipanggang dalam daun pandan). Ia menghasilkan otak-otak yang lebih kuning bata, lebih kering dengan bau asap ikan. Variti otak-otak berlainan wujud, termasuk versi bewarna putih, tanpa berempah.Sungguhpun secara tradisi otak-otak dihasilkan menggunakan isi ikan, versi moden turut menggunakan isi ketam dan udang. Selain itu, versi moden turut menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang menjadikan isinya bergetah.Jenis lain otak-otak termasuk hidangan yang dikenali sebagai pais ikan dan satar yang dihasilkan dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Otak-otak

Selain daripada tu kawan aku pun ada perkenalkan minuman yang femes kat situ, "air botol Qlate dan Lengkong Susu" 

Air Botol Qlate 


Yang ni aku minum, Air Lengkong Susu. Orang Kelantan ni suka minum manis-manis, tapi air yang aku minum ni ok, tak manis sangat. Rasa lenkong dan susu tu memang ngam, bagai pinang dibelah dua. Highly recommended!

Kalau kawan-kawan yang ke Kelantan tu jangan lupa cuba otak-otak dan sata Abang Ju Jee, nak beli yang forzen bawak balik pun boleh. Sata dan Otak-otak ni sedap dimakan panas-panas. Saje aku tak nak share info lebih-lebih sebab kawan aku tak bagi, katanya kalau aku share info lebih-lebih nanti orang ramai datang beratur, hahaha... Sebenarnya aku tak sempat nak ambik no telefon Abang Ju Jee nih, cuma aku boleh share info dari foursquare je. Kalau ada kawan-kawan yang pernah cube Otak-otak dan Sata Abang Ju Jee, boleh la share info dengan saya, paling penting phone number. Dah balik Penang tak sempat nak oder!

Nages~

 
 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

6 ulasan:

  1. Ehhh
    ada lagi ke air oren dalam botol macam tu.
    susah nak jumpa dah sekarang.
    lengkong susu tu air apa?
    Haaa sudoh, ambo oghe klate pun taktau nih.
    Yup, bro mawardi oghe klate.

    BalasPadam
  2. Lengkong susu tu cincau susu la. Maybe... Haha

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...