Assalamualaikum,
Kat Penang sekarang ni tengah hujan lebat, mata aku pun dah kuyu, tapi semangat aku tak terpadam dek hujan yang lebat. Ikut perhitungan, tak berapa hari je lagi aku akan ke China. Kali ni bukan trip solo, tapi trip ramai-ramai. Plan nak pergi China ni dah lama, sejak tahun 2013. Mula-mula main cakap je, tapi alhamdulillah aku dan geng2 usahakan sampai jadi kenyataan.
Alhamdulillah, aku berjaya sambar 17 helai tiket dengan harga yang agak munasabah. Bukan senang nak beli tiket AirAsia sebanyak tu, memang azab betul, memang bebal aku dibuatnye. Last aku surrender, pastu nak tukar plan, ubah trip ke Busan, sebab masa tu harga tiket murah, lebih kurang RM500++. Tapi bila bincang balik, kami tetap nak ke China.
Salah satu cara yang kami guna untuk booking 17 tiket. Haram, x berjaya.
Lepas beberapa minggu, dengar la berita kehilangan penerbangan MH370. Isu kehilangan MH370 ni sedikit sebanyak bagi kesan kat kami semua. Mak aku tak bagi pergi, kawan aku ada yang nak tarik diri. Tambah pulak dengan rusuhan di China, apa boleh buat tiket dah beli. Tindakan aku ialah, tiket dah beli, dan kita pergi dengan cara ikut prosedur.
Bagi student IPG, untuk ke luar negara anda perlu memohon kebenaran dan kebenaran tersebut akan diluluskan oleh Rektor. Mula-mula sekali kami memohon kebenaran untuk ke luar negara. Beberapa dokumen yang kami perlu sediakan :
1. Borang Permohonan ke Luar Negara ( 2 Salinan)
2. Salinan Passport yang masih sah
3. Tiket Penerbangan (Return)
4. Jadual Perjalanan
5. Surat Kebenaran Waris.
Surat Permohonan
Surat Kelulusan dari Rektor
Surat makluman. Timbalan Pengarah ni dulu pernah mengajar kelas aku, sempoi dan best kalau dia mengajar. Dia pun suka travel jugak. Salinan surat ni aku e-mail kepada Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Beijing.
Alhamdulillah, selepas beberapa minggu permohonan telah diluluskan. Sebaik je dapat surat, aku terus e-mail maklumat kunjungan kami di Beijing kepada Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Beijing. Aku info kat diorang yang kami akan melawat Beijing nanti, jadi kalau ada perkara yang tak diingini berlaku diorang dah ada maklumat tentang kita. Bukan seorang dua rakyat Malaysia yang pi Beijing, ramai.. Bila kita maklumkan lawatan kita ke sana, diorang boleh bersedia untuk sampaikan info contohnya wabak H1N1.
Maklum balas e-mail dari KLN & Kedutaan Malaysia di Beijing.
Next step, permohonan visa. Permohonan visa dibuat oleh agen. Visa yang aku mohon ni jenis single entry. Sebab aku dah tak bernawaitu untuk ke China buat kali kedua tahun ni.
Lepas tu pulak, aku ambik suntikan vaksin. Tak kira la korang nak ke mana sekali pun suntikan vaksin ni perlu sebagai langkah berjaga-jaga. Senang je nak amik suntikan vaksin ni, tapi kena la berkorban sikit.
Suntikan ni tak sakit pun, sebab jarum die pendek je.
10 Hari saja lagi untuk ke sana. Aku harap apa yang aku share ni dapat membantu korang yang ada plan nak ke China especially yang nak buat travel secara group yang rasmi contohnya macam educational trip. Akhir sekali doakan keselamatan kami di sana, nanti kalau dah balik aku story la, agen apa yang aku pakai, ok ke tak, berapa bajet habis...
p/s nak pergi mana pun kena la cermat simpan barang, terutamanya passport...
p/s nak pergi mana pun kena la cermat simpan barang, terutamanya passport...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Selamat bercuti SJ....
BalasPadamterima kasih!
Padamhappy holiday SJ...if shoping dekat sana perang mulut abis-abisan k!! if shoping la..hahaha
BalasPadamuish, macam mana nak perang mulut tu? depa paham ka? ke perang ayam dengan itik?
PadamHahaha...speaking london ngan dia orang..hahaha...SJ pergi under tour or free n eazy???if p dengan tour.jangan ttipu ngan penjual beijing k.
Padamhappy travel SJ. China selalu menjadi lokasi impian untuk bercuti. sampai buat visa multiple entry 3 tahun berturut2. hiks
BalasPadamWOW, mesti banyak tempat dah sampai kan? syok nyaa....
PadamSalam. Belum kesempatan nak ke sana. Tapi katanya.ghuongzhou best.have a safe.journey
BalasPadaminsya Allah ada rezeki sampai la ke sana... tengah mencari-cari jugak apa yang best di guanzhou...
Padamas slm, nak tanya, sesuai tak jika anak berkerusi roda utk naik ke tembok besar cina tu?
BalasPadamkurang sesuai kalau nak naik
Padamsalam, nk tnye dwajibkan ke suntikan vaksin?
BalasPadamwaalaikumussalam tak wajib
Padam