Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini berbaki 3 hari lagi sebelum aku balik ke Sarawak untuk bertugas. Hari ini aku pergi melawat keluarga di sebelah Seberang Perai dari Bukit Mertajam hingga ke Nibong Tebal. Sebelah petang pulak aku pergi selesaikan urusan-urusan lain. Sambil-sambil tu tercari-cari Majalah Libur keluaran Mac. Dua tiga hari lepas aku pergi cari, belum lagi sampai di Pulau Pinang.
Hari ini selepas berpanas, meredah jem di Pulau Pinang, siap pakej dengan hujan lagi. Akhirnya, dapat jugak menatap artikel hasil penulisan aku dalam Majalah Libur Keluaran Mac 2015. Mamak kat kedai Buku tu siap tanya kenapa la aku asyik cari majalah Libur? So aku pun tunjuk kat dia, dia pun pulun baca. Layan je mamak tu, aku siap beli sampai 6 naskah. Senyum lebar la Mamak tu.
Majalah Libur Keluaran Mac 2015 kini di pasaran
BLOG SAFFUAN JAFFAR
Aku mula menulis blog kira-kira 6 tahun lepas. Selama aku menulis ni, post aku tak banyak trafik sehingga la aku mula menulis tentang percutian di Sarawak pada tahun 2012. Bermula saat tu aku mula fokus untuk berkongsi cerita tentang percutian, sehingga la sekarang. Kadang-kadang tu ada je cerita lain dari percutian yang aku muatkan dalam blog.
Selepas 6 tahun menulis blog, akhirnya aku rasa dihargai kerana blog aku terpilih untuk dimuatkan dalam Majalah Libur. Bukan setakat itu sahaja artikel aku tentang percutian di Jepun sebanyak 4 muka Surat turut dimuatkan dalam Majalah Libur. Siap ada satu muka surat punya la besar gambar aku. Tak sangka, terharu pulak, ingatkan keluar artikel je.
Segmen Blog O' Rama Libur Mac 2015. Gambar tu masa trip Korea Tahun 2013 di Changdeokgung, teringat kat anak murid di Korea :p. Budak yang kedua dari kanan tu pandai speaking Bahasa Inggeris.
Bergaya dengan Kimono di Kyoto
MENGENAI MAJALAH LIBUR
Untuk pengetahuan pembaca sekalian Majalah Libur merupakan majalah percutian yang terunggul di Malaysia. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 2002. Kemunculan Majalah Libur sedikit sebanyak memberikan informasi bermanfaat kepada pembaca tentang percutian. Selain daripada info percutian Majalah Libur turut memaparkan trend yang berkaitan percutian seperti gadjet, pakaian, makanan dan pendidikan. Majalah ini juga pernah merangkul anugerah "Best Local Tourism Magazine" pada edisi 2010/2011
Majalah ini juga pernah merangkul anugerah "Best Local Tourism Magazine"
ARTIKEL SAFFUAN JAFFAR DALAM MAJALAH LIBUR
Tajuk : Aura Geisha Kyoto. Gambar Geisha yang pertama aku petik semasa berada di Gion. Waktu tu aku dan kawan-kawan lain yang ikut sama trip Jepun hampir berputus asa, selepas menunggu beberapa ketika nampak la kelibat Geisha jalan macam lipas kudung.
Pengalaman manis di Kyoto terabadi Majalah Libur.
HARAPAN
Tidak apa untuk dibanggakan tetapi ini merupakan satu pencapaian aku dalam dunia blog. InsyaAllah aku akan terus menulis dan pada masa yang sama aku akan perbaiki kelemahan yang ada. Selain tu, tanpa sokongan korang aku tak akan dapat pergi jauh, terima kasih kerana anda terus berkunjung ke Blog yang tak seberapa ni. InsyaAllah kalau ada rezeki nak jadi penulis sambilan.
Tahniah...
BalasPadamTerima kasih...
PadamTahniah bro!
BalasPadamTerima kasih...
PadamTahniah!! Blog ni mmg mantap... :)
BalasPadamTerima kasih...
Padamterbaik bro..keep it up!
BalasPadamTerima kasih...
Padamuwaaa.. jelesnyaaa.. tapi jeles yang baik2 je.. ^_^ tahniah... keep it up ya!
BalasPadamTerima kasih... ok jeles yang baik2 no problem....
Padamwaahh... congrats2.. (^^,)
BalasPadamterima kasih...
Padamtahniahhhh!
BalasPadamTerima kasih...
PadamTahniah . Terus maju kehadapan....
BalasPadamTerima kasih... insyaAllah...
PadamTahniah! semoga menjadi pemangkin untuk terus menulis. By the way, Sarawak ada banyak tempat menarik. Lepas ni boleh explore sarawak lagi...
BalasPadamTerima kasih... insyaAllah....
PadamSaya pun suka dengan sarawak.... kalau berkesempatan nak travel seluruh negeri sarawak...
wahhh dah keluar. saya pun baru gi kedai buku tadi cari libur bulan mac. jumpa pun!
BalasPadamawak punya artikel gambar smart smart. hehe
Alhamdulillah, Libur Mac sampai awal di penang...
PadamTerima kasih, baca cerita awak yang bulan lepas punya... :)
tahniah....
BalasPadamTerima Kasih...
Padamtahniah. pencetus semangat ni...
BalasPadamTerima Kasih...
PadamNak ikut next trip boleh?
BalasPadamTahniah..hebat..saya baru berjinak2 nak kenal blog, mohon tjuk ajar =)
BalasPadamDanishdamiadaris.blogspot.com
Tahniah teruskan menulis
BalasPadamsaya ada baca...majalah libur tak pernah miss beli.. :)
BalasPadamTeruskan menulis :)
infonya sangat menarik gan,,
BalasPadammantap,,,
infonya sangat menarik gan,,
BalasPadammantap,,,