Bukan nak cerita apa kat sini, tapi entry ni lebih kepada prosedur bagi geng yang bercuti di Thailand dan yang nak bawak kenderaan sendiri. Pintu masuk ke negara Thai kalau ikut highway PLUS anda akan ke Bukit Kayu Hitam. Kat sana kalau hari perayaan, contohnya Tahun Baru Cina ataupun cuti sekolah memang sesak. Bagi aku, since aku tinggal dekat sempadan (Di Perlis) aku lebih suka masuk ikut sempadan Padang Besar.
Benda-benda ni yang diperlukan untuk kita travel di Thailand :
1) Universal Socket
2) Insurans kenderaan*
3) Customs Declaration Form*
4) Passport (of course la kan)
Insurans kenderaan boleh dibuat dekat kawasan berhampiran sempadan, kat sana banyak agen yang ada. Benda yang wajib ada untuk buat Insurans :
1) Salinan geran kenderaan
2) Surat kebenaran, itu pun kalau pinjam kenderaan orang lain.
Insurans ni, ikut pemerhatian aku nilai yang diinsuranskan berbeza, macam mana berbeza? Ok, masa aku buat insurans, geran tu aku kepilkan sekali dengan Insuran motor aku kat Malaysia, jadi Insurans yang aku buat sebelum Thailand nilai dia sama dengan Insurans di Malaysia, berbanding kawan-kawan aku yang hanya bagi geran saja. Benda ni aku tak sure apply untuk semua atau aku bernasib baik, tapi tak rugi kan nak photostat insurans kita tu.
Lepas dah sampai kat imigresen Thai, amik chop dan sebagainya, kita kena buat pengishtiharaan mengimport kenderaan (temporary).
Simplified Customs Declaration Form
Insurans Kenderaan
Bila dah setel semua tu, baru la berlapang hati nak masuk ke negara orang. Kalau naik kapal terbang tak banyak cerita kan? Apa-apa pun aku ucapkkan "Selamat bercuti ke Negara Gajah Putih"
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Teringin aku nk menjelajah dunia macm ko wan.. tapi rezeki tak sampai lagi.. doakan aku ye :)
BalasPadamInsyaALLAH, menjelajah ke tempat lain banyak benda yang kita dapat tengok dan dapat ambik pengajaran...
Padam