Jumaat, 23 November 2012

Bercuti di Kuching, Taman Negara Bako (Part 2)

Tet... de de det, tet.... de de det.... Kringgg... Kringgg.....

Ada satu, dua, tiga henset berbunyi, aku bangun menyelak selimut sambil mengosok mata, tengok-tengok jam dah pukul 4.45 pagi di Kuching. Haaa dah masuk subuh, pagi ni semua orang kena bangun awal siap awal-awal, kami nak ke Bako!

Untuk trip di Kuching kami bersepakat untuk sewa kereta, lebih mudah nak bergerak dalam kumpulan yang agak besar,  ke sana dan ke mari. Kalau hujan pun tak jadi masalah berbanding nak guna public transport. Sewa kereta hanya RM60 sehari... Kereta kacil ja pun, dan rasanya lagi ok kot dari nak sewa van...

Sarapan pagi tu kami ke restoran berdekatan, Chili Peppers yang terletak bersebelahan Hotel Liwah. Menu yang menjadi pilihan aku "Nasi Lemak Gulai Daging dengan Kopi O Ais" Nasik dia sedap, banyak pulak tu, tapi Kopi O rasa pelik, tak rasa Kopi O lansung.... macam Nescafe la pulak...


Nasi Lemak Gulai Daging

Perut pun dah kenyang, kami pun ready untuk ke Bako!

Dari Kuching ke Bako amik masa lebih kurang 30-45 minit , tak susah pun nak drive ke sana. Suasana kiri dan kanan jalan mula berubah, dari kawasan bandar yang sesak kemudiannya dipenuhi dengan kehijauan flora.

Taman Negara Bako ni adalah Taman Negara yang tertua di Sarawak, dibuka pada tahun 1957, antara tarikan utama di sini ialah, nyet-nyet yang hidungnya penyet, Proboscis dan juga Sea Stack yang famous tu. Trip hari kedua Bercuti di Kuching hari kedua ni bukan la lenggang-lenggang kankong ye...

Taman Negara Bako dari atas

Sebaik saja sampai di Jeti Bako, terus aku pegi beli tiket, RM10 seorang. Lepas tu pula kena sewa bot untuk ke Taman Negara Bako (HQ) dan harga yang dikenakan untuk sebuah bot sebanyak RM94 untuk pergi dan balik. Satu bot boleh memuatkan maksimum 5 orang.


Memandangkan kami berlapan, so kena la sewa dua buah bot... Nak mintak adjust satu bot 8 orang memang tak boleh...

Plan kami macam ni, mula2 dari Jeti Bako ke Taman Negara Bako (HQ) kemudian dari HQ tracking ke Teluk Pandan Kecil, pastu suruh abang bot datang ambik kami bawak kami ke Sea Stack dan terus balik ke Jeti Bako.




Tapi lain pulak jadinya....Satu benda yang korang kena tahu, kalau nak ke tempat-tempat yang kena lalu kawasan laut, "time air pasang surut!" 


"Air tak elok dari jam 11.00 pagi sampai 3.00 petang, kalau saya boleh datang pun lepas waktu tu....." 

Aduii, macam mana ni? Aku tak terpikir pun benda macam ni.

Abang bot tu cadang supaya kami mula tracking dari Teluk Pandan Kecil ke Park HQ, so senang dia datang ambil, tapi still kena tunggu sampai lepas jam 3.00 petang. Jadi kami mula perjalanan dari Jeti Bako ke Sea Stack (Kena tambah RM35) kemudian ke Teluk Pandan Kecil dan mula tracking ke HQ.

Bergerak menuju ke Sea Stack

Jeti Bako - Sea Stack - Teluk Pandan Kecil - HQ - Jeti Bako

Gunung Santubong 

Teluk Pandan Kecil 

Sea Stack dari belakang. Gambar dari depan ada saja tak letak.... hehe...

Batu Katak, nampak tak???

 Batu Senyum

Ambik gambar dulu 


Laluan tracking lebih mencabar kalau bermula dari HQ ke Teluk Pandan Kecil, sebabnya kena laluan tracking lebih kurang 80 darjah mencanak. Memandangkan kami bermula dari Teluk Pandan Kecil, laluan tracking tak lah mencabar sangat...


Lepas dah jalan punya jalan, sambil tengok-tengok periuk kera, sambil ambil-ambil gambar, tiba-tiba....

Shhhh......!

Ada sorang Mat Salleh ni bagi isyarat suruh diam, ada apa pulak? Ular? Babi?

Alih-alih, ada sekumpulan Monyet Proboscis sedang bersuka ria nun di atas pokok. Monyet Proboscis ni hanya ada di kepulauan Borneo sahaja.

Mat Salleh tu pulak rilek ja hisap rokok, dan terang-terang ada signbord larang hisap rokok, suka hati dia ja...

Kami pun beredar meninggalkan monyet dan mat salleh tu... Biarlah mereka bersuka ria di sana...

Matahari dah terpacak, jam pulak menunjukkan jam 12.30 tengah hari, lebih kurang 2 jam 30 minit sebelum abang bot datang.... Huaaaaa....... apa mau bikin? Semua orang dah letih, nak suruh abang bot datang awal pun tak boleh... Air tak elok katanya....

Tunggu punya tunggu lama kelamaan bosan la jugak,  nak tracking lagi, takut tak sempat, tambah dengan cuaca panas dan tengok semua orang dah letih.

Waktu tu aku dah mula bosan, so aku dengan sorang kawan aku cuba jalan di kawasan air surut, yang lain-lain tu berehat di pondok. Kami berjalan kira-kira lebih kurang 500 meter, dan sampai di satu tempat ni....


Kat situ macam kantin, ramai mat salleh sana, makan sambil tunggu boat la tu. Kami meneroka lagi, jumpa signboard surau, elok la kalau nak solat dulu, aku dengan kawan aku pun masuk tengok2 dulu.... Perghhhhh ada aircond, apa lagi, aku panggil kawan-kawan yang len mai rehat di surau.

Selepas solat, kami terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Dalam bilik surau yang berhawa dingin, aku tidur memang tak ingat dunia, melingkaq macam ulaq sawa yang baru telan lembu satu ekor.

*Selepas beberapa minit*

Aku terjaga, tengok handset baru jam 3.15 petang, terus aku bangun gi tengok air pasang.....

Wahhh....

Air tak naik lagi, pukul berapa nak balik nih? Aku ingin pulang! Takkan nak bermalam di sini kot...

Aku dengan 2 orang sahabat aku gi jalan dekat kantin tadi, dari situ aku nampak ada dua tiga biji bot dekat Tanjung Sapi. Lantas aku membuat panggilan, oh abang bot tolong lah datang....

*Selepas panggilan talian hayat*

Yeaa....

Ok, abang bot cakap dia dah boleh datang amik, ye haaaa... Tak sampai 15 minit dia dah sampai.... Kami berjalan ke Tanjung Sapi dan bergerak ke Jeti Bako, dan dari lautan luas terbentang, kami mula menyusuri sungai...

Masa mula-mula datang kawasan ni dipenuh air, boleh kata kalau kau berdiri memang tenggelam la....



Masa menyusuri sungai sesekali rasa seram pun ada menghinggap di dadaku ini, sebab air yang surut tadi baru nak pasang dan abang bot tu cakap, kemungkinan boleh nampak "Pak Ya" di tebing-tebing sungai. Aku hanya berdiam diri, sambil merakam gambar dengan hati yang sikit gelisah, cewah dah macam ayat novel.

Lebih kurang 20 minit kami tiba di Jeti Bako sekali dengan hujan daa.... Terus kami naik kereta dan memecut ke Kuching sambil pikir kat mana nak makan malam ni. Kerja makan ja tau...! Misi mencari mee kolok masih diteruskan....

~Scene Dekat Lobi Hotel~

"Bang tumpang tanya boleh, kat sini tempat makan mana yang best?" Tanya kawan aku kat abang hotel.

"Kalau yang best ye.... Cuba makan di Warung Nusantara, selalu saya lepak-lepak di sana...."

Di luar hujan masih renyai-renyai, ingat nak jalan kaki tapi.... Baik naik kereta, kang hujan lebat hang duduk la dalam kedai tu sampai ke siang....

Sampai di Warung Nusantara, kami merisik menu yang istimewa kat sana. Nasi Ayam Penyet Istimewa BBQ. Memang sedap! Siap dengan ulam-ulaman yang segar.... Wahhh.... Warung Nusantara ni beroperasi 24 jam.

Oder Nasi Ayam Penyet, Bila masa la aku nak cuba mee kolok nih?

Malam ni tak ke mana-mana, just pusing-pusing kat Shopping complex dan kat Kuching ni pukul 10.00 malam dah lengang...

Balik hotel, terus tidur, esok misi tengok Orang Utan & Pak Ya....


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. salam...nice blog...berapa jam kamu tracking dari telok pandan kecil ke HQ bako. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lbih kurang 2 jam, perjalanan dari teluk pandan kecil ke HQ tak lah susah sangat....

      Padam
  2. Assalammualaikum.
    Saya ingin bawa anak2 saya kesini, route mana yang sesuai sangat untuk anak2 ?
    Maksudnya, senang bot turunkan kami dan ambil kami semula tanpa perlu menunggu air pasang surut.

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam wrt wbt...Family, saya tak tahu sangat... cadangan Kalau nak bawak family, saya cadangkan untuk melawat ke teluk pandan atau sea stack, sea stack tu mercu tanda Taman Negara Bako, rugi la kalau tak ke sana... Soal pasang surut tu kena bincang dengan boatman... Apa2 pun memang adventure dan sgt best... Selamat bercuti!

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum.

    1. Dari Teluk Pandan Kecil , boleh nampak Sea Stack tak ?
    2. Atau perlu naik bot lain untuk melihat Sea Stack ?
    3. Dan dimana untuk naik bot ni ?

    Terimakasih.

    faizal hashim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikmussalam -> Faizal Hashim

      1. Dari Teluk Pandan tak boleh nampak sangat seastack nih, kalau pegi dekat2 baru puas

      2. Naik bot yang sama, masa sampai di Jeti Bako, cakap kat boatman untuk ke Seastack (Bayaran tambahan dikenakan)

      3. Semua urusan boat buat kat Jeti Bako, sampai di Jeti Bako, register dan deal dengan orang bot...

      Padam
  5. Waalaikmussalam -> Faizal Hashim

    1. Dari Teluk Pandan tak boleh nampak sangat seastack nih, kalau pegi dekat2 baru puas

    2. Naik bot yang sama, masa sampai di Jeti Bako, cakap kat boatman untuk ke Seastack (Bayaran tambahan dikenakan)

    3. Semua urusan boat buat kat Jeti Bako, sampai di Jeti Bako, register dan deal dengan orang bot...

    BalasPadam
  6. Salam. Nak tanya. Masa pergil jungle tracking tu, ada orang guide tak? Ke tak perlukan guide sbb ada ramai orang yang pergi jungle tracking tu? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, masa pergi jugle tracking tu tak ada guide, orang tak la ramai tapi ada jer... kebanyakkanya orang putih la... jalan senang ja, mintak map masa sebelum naik boat...

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...