Jong's Crocodile Farm
* Dari Semenggoh ke Jong's Crocodile Farm*
Dengan perasaan sedikit kecewa, kami terus menuju ke Jong's Crocodile Farm.
Dengan perasaan sedikit kecewa, kami terus menuju ke Jong's Crocodile Farm.
Bujang Senang sinonim dengan Negeri Sarawak, cukup hebat si Bujang Senang ni sebab dapat meloloskan diri daripada penembak tepat, penangkap buaya, bomoh dan jugak pawang. Ni kira buaya paling otai la.
Vrooooommmm..... Kereta meluncur deras, kemudiannya slow, terpaksa perlahankan kenderaan... Jalan nak masuk ke Jong's Crocodile Farm dah macam zaman perang Jepun.
Kami tiba di sana kira setengah jam sebelum bermula acara yang dinantikan, tengok buaya lompat dan ngap makanan. Acara tengok buaya lompat tu yang menjadi tarikan utama kat sana.
Aku macam biasa lah, tugas aku beli tiket untuk setiap tempat, sebab aku yang pegang duit. Tukang beli tiket siap menjalankan tugas! Aku terus ke kaunter.
"Datang dengan apa? Seorang atau kereta?" apa hal pulak tanya soalan macam tu?
"Datang ramai-ramai naik kereta kak..."
"Mintak IC kitak....." Aku pun keluarkan IC.
Untuk warga Sarawak, tiket masuk ke Jong's Crocodile Farm adalah RM8.00 sahaja.
"Seorang RM16.00 jumlah semua RM128 sahaja, nanti jam 11.00 pagi ada pertunjukkan buaya makan"
Masuk saja ke dalam Jong's Crocodile Farm, bukan saja buaya yang ada, haiwan-haiwan lain macam memerang, ayam hutan, beruang pun ada cuma diorang ni tak kawan dengan buaya.
Antara buaya yang paling besar di Jong's Crocodile Farm,
Bujang Sudin dan Pak Indon.
Tang... tang ... tang.... Tang... tang ... tang.... Tang... tang ... tang.... Tang... tang ... tang....
Loceng dibunyikan, berpusu-pusu orang ke tempat bagi makan buaya. Bujang Senang yang dalam kolam tu pun macam dah tahu tu time diorang makan.
Loceng dibunyikan, berpusu-pusu orang ke tempat bagi makan buaya. Bujang Senang yang dalam kolam tu pun macam dah tahu tu time diorang makan.
Pekerja kat Jong's Crocodile Farm akan ke satu pelantar dan diorang akan sangkut daging pada tali (ala-ala flying fox) kemudian daging tu akan di lepaskan perlahan-lahan ke tengah-tengah kolam yang penuh dengan Sang Bedal yang kelaparan.
Ni salah sekor buaya yang berjaya ngap!
Mulanya, aku ingatkan buaya-buaya ni akan lompat beramai-ramai, berebut-rebut nak ngap daging tu. Tapi buaya ni spesis yang relaks, tak gelojoh, slow ja time dia nak ngap tu. Sebab tu kalau tengok kat Zoo, mandom ja buaya nih.
Dah habis acara tu, aku dan kawan-kawan yang lain melawat kawasan sekitar Jong's Crocodile Farm, memang luas tempat ni dan ada satu tempat yang menempatkan Hidupan liar, tapi hampir 60% kawasan ni di penuhi dengan Sang Bedal.
Sempat jugak aku melawat satu kawasan yang menempatkan telur buaya yang diawet, tengkorak buaya yang berjaya di tangkap dan gambar-gambar mereka yang pernah menjadi mangsa Sang Bedal, sungguh tragis.
Hari ni cukup panas, jam baru menunjukkan pukul 12.30 pm, hmmm... Sebenarnya kami lapang petang tu, jadi kami plan untuk ke Sarawak Cultural Village yang pada asalnya kami rancang akan ke sana esok, masih sempat rasanya.
Vrooooom..... Kereta meluncur deras balik ke Kuching, lagi 30km....
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??