Sabtu, 30 Mei 2015

Setelah 4 Bulan | Teacher's Diary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Gayu guru, gerai nyamai, senang lantang nguan menua... bukan ucapan Selamat Hari Guru tetapi tu ucapan bagi Perayaan Hari Gawai yang disambut di negeri Sarawak. Bila tiba perayaan Gawai maknanya tiba la cuti sekolah 2 minggu yang dinantikan. Hampir 2 bulan tidak bersua muka dengan ibu, rasa exited semuanya ada. Alhamdulillah kini diberikan peluang untuk berjumpa dan diberikan peluang untuk menulis dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan.



SETELAH 4 BULAN.

    Setelah 4 bulan berada di Bumi Kenyalang, banyak pengalaman pahit manis yang aku tempuhi. Setiap hari yang dilalui merupakan pengalaman baru buat aku sebagai seorang guru dan juga seorang hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Setiap hari yang aku tempuhi mengajar aku untuk menjadi seorang yang kuat, tabah dan tidak mudah berputus asa. 

   Aku mengajar di sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, satu sekolah hanya 9 orang murid sahaja. Tahun 1 ada seorang, tahun 2 ada dua orang, tahun 3 ada seorang, tahun 4 ada dua orang, tahun 5 ada seorang dan tahun 6 ada dua orang. Ramai yang cakap "senangnya murid tak ramai..." Ya, aku setuju, dari aspek kawalan kelas memang senang. 

   Tetapi bagaimana aku nak wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kesian tengok budak-budak sorang-sorang je dalam kelas. Cikgu ajar diorang dengar. Krikk krikk krikk... Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru, aku perlu turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan wujudkan suasana pembelajaran yang lebih kontekstual serta integrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid tahun 3 tengah belajar darab dengan konsep "luas"

   Aku juga tercari-cari identiti  aku sebagai seorang guru, guru yang macam mana perlu aku jadi?  Sebenarnya aku tidak suka marah dan susah untuk marah. Kadang-kadang bila rasa nak marah, aku cuba keluar dari kelas sekejap, lepas tu masuk balik, mesti budak-budak pikir "ape hal cikgu nih? Tiba-tiba keluar kelas" 

    Memandangkan latar belakang murid yang rata-rata mempunyai masalah keluarga, kalau boleh aku nak diorang rasa selamat dengan aku, dan diorang rasa selamat untuk datang ke sekolah. Bayangkan kalau datang sekolah je kena marah, mesti rasa down. Satu lagi, marah perlu, bukan lah sampai tak boleh marah, dan biar murid tahu kenapa diorang kena marah. 

   Bertepatan dengan tema hari Guru 2015 "Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak" tugas Menyempurnakan Akhlak sangat penting dan sangat berat untuk dipikul. Mungkin perkataan marah tidak sesuai bagi aku, tetapi yang sesuai ialah "menegur" kerana perbuatan menegur aku rasa selari dengan tugas "menyempurnakan akhlak"

Firman Allah " Serulah (manusia) ke jalan tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah an-Nahl 16:125)

Anak-anak murid sedang berdoa sebelum makan. 

   Setelah aku berada di sini, apa yang aku lihat anak-anak murid di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling merupakan murid yang bijak. Walaupun mereka bersekolah di pedalaman, dalam kelas pulak tak ramai orang, kemudahan pulak kurang, tetapi kegigihan mereka datang ke sekolah, membuatkan aku tidak patah semangat. Untuk pengetahuan pembaca, ada anak murid yang datang naik bot, mereka ini tidak pernah sesekali gagal untuk datang ke sekolah!

Pemandangan senja di Jeti Sekolah, Sungai Tinjar.

ULAR DI SEKOLAH

   Setiap hari Isnin sehingga Khamis anak-anak murid S.K Long Sepiling ada kelas malam, kebiasaannya diorang akan lalu depan rumah aku untuk ke sekolah. Satu malam tu, diorang berlari-lari, ke rumah "Cigu Saffuan... cigu Saffuan... ada ular cigu...." Aaaa sudah, aku ni penakut dengan ular. Teringat masa kat Penang, ular masuk rumah, mak aku menjerit, aku yang lari ke luar rumah dulu. 

   Nak tak nak aku kena berani, ambil lampu suluh, aku yang jalan paling depan sambil anak murid tahun 1 dan tahun 2 pegang hujung baju aku. Sampai ja kat sekolah, memang ular tu ada, nampak kepala ja. Ular tu jenis Katam Tebu, jenis ular berbisa. Nak halau memang tak berani, aku pun cakap la "Bagi la anak murid aku jalan diorang datang niat baik nak belajar..." Dengan izin Allah, macam ular tu macam paham la pulak, ular tu pun pergi...

Ular Katam Tebu

Lepas ular tu blah, dia datang balik... So, panggil la bomba untuk tangkap ular tu...
Bergambar kenangan bersama Bomba Marudi, terima kasih susah payah diorang datang naik boat sampai 2 jam... Ular tu pun cerdik, hari-hari pergi sekolah, bomba datang dia pun hilang...

DEMAM PANAS dan CERITA PELIK


   Ada satu malam tu, aku tengah mengajar murid tahun 6 di kelas tahun 4. Masa tengah mengajar tu, tiba-tiba aku rasa tak sedap badan, rasa seram sejuk. Ni aku pendekkan cerita, malam tu macam-macam jadi. Aku ada nampak kelibat macam budak berlari-lari di kaki lima sekolah. Lepas budak-budak habis kelas malam, aku pulak rasa nak ke tandas sekolah buang air kecil. Ada 5 tandas di situ, semua pintu terbuka, kecuali satu tandas tu pintu tertutup lepas tu pulak tandas tu kat tempat gelap. Aku pun pergi la panggil, mana tahu ada budak dalam tandas. Lepas panggil tak menyahut, aku pun tolak la pintu tu, mau tak terkejut pintu tertolak seolah-olah ada orang dari dalam tandas. Sekali lagi aku tolak, pintu terbuka, yang aku nampak ada tong sabun. Pelik, perlahan-lahan aku beredar....

   Malam tu rasa tak selesa badan, sampai aku demam badan panas, kaki sejuk. Nak ke hospital kena tunggu lagi 2 hari sebab hari Jumaat baru ada ekspress ke Pekan Marudi. Sampai di Marudi tu rasa macam dah lembik. Aku kena masuk wad untuk pemeriksaan darah, takut kena Denggi atau Malaria. Lepas tu dah cek darah alhamdulillah, semua ok, tapi aku sakit kepala berlanjutan sehingga beberapa minggu. Sakit sampai ke bahagian belakang leher. Mula dari aku demam panas, selera makan aku drop, kadang-kadang teringin nak makan macam-macam, tapi bila dah makan tu semua rasa tak sedap. Tapi ok la, dari berat aku 67 kg turun ke 58kg. Balik Penang, mak masak spageti habis jugak sampai dua pinggan... Hehe...

Walau apa pun yang berlaku, kena beringat semuanya atas kehendak Allah s.w.t. 

Apa-apa pun kena ingat yang Allah nak cuci dosa...

TAK DE LAUK NAK MAKAN

   Ada satu tahap, aku dengan kawan-kawan dan jemu makan makanan dalam tin. Ayam pun dah jemu, tiba-tiba rasa nak makan ikan. Time tu la orang kampung tak de jual ikan. So aku dengan kawan-kawan planning dengan anak murid dengan pak sedara dia yang sebaya kami pergi tangkap ikan. Kami masuk ke kawasan hutan berdekatan, bila tengok ikan kat situ, pergh, melompat-lompat, tapi bukan senang nak dapat. Ikan kat situ semua pegi sekolah, tak mudah kena tipu...

   Masa tu la aku mula belajar menjala ikan, berguru dengan anak murid aku tahun 5. Sebelum ni dah berguru dengan sorang anak murid tahun 6, tapi tu menjala atas darat macam Pak Pandir, tapi ni menjala di sungai. Cubaan pertama tak dapat, cuba banyak-banyak kali akhirnya jala terbuka cantik. Seronok aku hari tu. Selepas 5 jam kami duk kat hutan, ada la dapat dalam 10 ekor. Huh, bukan senang nak cari makan.

Hasil tangkapan, Ikan Biawan buat masak asam pedas. Tak de nak resepi-resepinye, hentam je la, janji rasa asam pedas...

Kat bawah ni masa ada rezeki boleh makan udang sepit biru. Ni tangkap sendiri tau, pandai udang tu naik atas perahu. Haha... Tak de la, ni beli dari bapa seorang pelajar kat sekolah. 



 Sambal Udang, perencah tu tumbuk dengan lesung batu tau! Baru rasa "kick"

Sayur dari sumber-sumber berdekatan, Sayur Manis pecah telur, fuhhh sedap...

BELAJAR BAHASA TEMPATAN

"@#$%^&*>...." Kadang-kadang aku curi-curi dengar apa yang dibualkan dengan anak murid aku.  Tak paham lansung. OK, untuk pengetahuan korang, majoriti anak murid aku daripada etnik Kayan dan selainnya Iban. Aku ni suka bab belajar bahasa asing ni, aku sempat senaraikan beberapa perkataan yang selalu digunakan, dan berguru dengan anak murid aku yang dari tahun 6 dan tahun 5.

Bahasa Kayan ni ada mirip Bahasa Melanau, tapi bila korang dengar bahasa Kayan ni, kebanyakkannya memang tak sama lansung dengan Bahasa Melayu. Bahasa Iban pula ada mirip-mirip dengan Bahasa Melayu. Bila dah mula belajar tu, aku pun praktik la, kadang-kadang silap sebut, habis ketawa diorang... Suka budak-budak ni sampai siap bercakap Kayan lagi dengan aku.

Petang-petang habis sekolah mintak tolong anak murid pergi beli air 100 Plus, "Tingang, tulung kui tay bele' atak 100 Plus" Wah speaking gitu... 

Bukan omong kosong pak... Nah siap dalam buku lagi ku tulis...

Lagu Anak Kampung versi Bahasa Kayan oleh Chriss Ballan

"Nusi' te' kelita' kui, geri' ka' panao-panao..."
Tak ada keretaku bawa kamu jalan-jalan

I believe a great reason to learn a foreign language such as Pacific island languages is so that you can understand what the native speakers are saying to each other when the'yre speaking their own language to each other. So you can sit there and not talk to them but completley understand what they're saying in public. sumber : http://www.omniglot.com/language/why.htm

SAMBUTAN HARI GURU SEBAGAI SEORANG GURU

   Tahun ini merupakan tahun yang sangat bermakna buat aku, tahun ni la aku sambut hari guru sebagai seorang guru, bukan cikgu olok-olok. Biarpun kami tak ramai, sambutan yang diadakan sangat meriah dengan persembahan guru dan murid. Pelbagai acara yang diadakan antaranya sukaneka, persembahan guru dan murid dan paling best ada BBQ.

Guru dan Murid SK Long Sepiling sempena Hari Guru tahun 2015

Kerusi berirama photo by Cikgu Jazlan.

Kek sempena Hari Guru, bukan senang tau nak bawak daripada Miri ke Sekolah... Hehe...

Comel je Kad ucapan yang anak murid aku bagi, mana la dia amik gambar passport aku... apa-apa pun terima kasih 

   Banyak yang aku nak kongsikan dan banyak yang aku nak belajar dari korang yang mungkin sama kerjaya dengan aku. Alhamulillah, Allah bagi aku kekuatan untuk aku dan paling penting untuk mak aku, kami sama-sama berjauhan. Aku bertugas jauh dari keluarga demi mendidik serta mencari pengalaman yang mungkin aku tak akan dapat di semenanjung. Jika saya ada salah dan silap tolong tegur.

Buah Cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokan,
saya cikgu baru mengajar,
kalau salah tolong tunjukan.

Doakan yang terbaik!

Terima kasih atas sokongan anda, blog SAFFUANJAFFAR dimuatkan dalam Citra Orang Muda, Utusan Malaysia 23 Mei 2015 yang lalu

Baca cerita bila hari mula posting Kisah Aku Guru Baru di Pedalaman
Teacher's Diary My Version

54 ulasan:

  1. serius ke pelajara 9 orang.. tak dapat nak bayang ni.

    apapun selamat hari guru buat cigu saffuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang satu sekolah 9 orang semuanya...

      Padam
  2. tahniah dan banyak bersabar cg-cg muda. moga-moga segala urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... mudah2an makbul doanya...

      Padam
  3. Wah.. dr gmbr pun dh kenal sekolah tu.. my first school.. tahniah.. ambil pengalaman yg takkan dpt dlupakan spjg brada d situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ni senior... kena banyak menuntut ilmu...

      Padam
  4. Sekarang cikgu mungkin terasa peritnya mengajar di pedalaman. Nanti, bila tiba masanya cikgu berpindah mengajar di tempat sendiri, rasa perit tu akan bertukar jadi rasa rindu & sayu mengenang pengalaman mengajar di pedalaman. Saya sendiri melalui pengalaman mengajar di pedalaman. 5 tahun rasanya belum cukup mengumpul indah pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian tu... saya pun berharap dapat terus tabah untuk berada di sana...

      Padam
  5. baca kisah andai seperti mmembaca kisah sendiri.. hanya yg mengalami akan memahami.. betul sy juga rindu dgn sekolah pertama sy disarawak.. teruskan semangat juang dik demi utk negara...

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu. Pengalaman berharga yang cikgu2 lain termasuk saya hanya boleh baca dan bayangkan sahaja. Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga kepada cikgu yang sudi membaca coretan saya...

      Padam
  7. Terbaik...alangkah bahagia murid2 dpt cgu mcm ni...kipidap

    BalasPadam
  8. Tahniah cikgu dan selamat hari guru...tertarik baca pengalaman cikgu...tulis lg nnti.ya...apapun.u do the good jog...mg sentiasa mndapat lindungan dan dirahmati Allah SWT..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah jika diberikan kekuatan saya akan berkongsi cerita...

      Padam
  9. Tahniah cikgu ... hanya pengalaman menjadikan kita mengerti akan pengorbanan seorang guru . Teruskan sebagai guru yang ikhlas, tidak mengenal lelah dan putus asa dlm mendidik anak bangsa tisak kira di mana jua.... hanya kita sebagai guru sahaja yang benar2 faham apa yang cikgu lalui..selamat hari guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan pandangan anda, hanya guru yang benar memahami apa yang dilalui oleh seorang guru... terima kasih...

      Padam
  10. mesti excited balik semenanjung ni :D selamat bercuti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la, exited sangat2... sampai tak boleh nak tidur...

      Padam
  11. selamat hari guru ! pengalaman tu sangat berharga

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas ucapan... betul pengalaman tu tiada nilainya...

      Padam
  12. Membaca cerita cikgu membuat sy trimbas kembali kenangan ketika mengajar d bumi kenyalang dulu. Mmg mencabar dan jauh dr keluarga tp kenangan indah mengajar d sana ttp takkan luput dr ingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan saya pun berharap untuk dapat kutip sebanyak mungkin pengalaman manis nanti...

      Padam
  13. Hebat Cgu..teruskan usaha mendidik anak2 ini. .moga Allah melindungi dan meredhai usaha kalian semua. aamiinn

    BalasPadam
  14. Selamat hari guru... good luck.. posting2 je terus dapat KL.. tak berpeluang nak rasa pengalaman mcm cikgu saffuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih,selamat hari guru juga kepada cikgu nadhiah...

      Padam
  15. Kipidap bro... Semoga tabah mencurahkn ilmu...

    BalasPadam
  16. Nak menangis je baca.. tahniah sebab Allah pilih cg Saffuan ke pedalaman sarawak. Bila Dia yg pilih, Dia yang akan selalu bantu cigu. Teruskan perjuangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh kenapa pulak nak menangis... ya apa2 yang berlaku semuanya telah dirancang baik oleh Allah... terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan... :)

      Padam
  17. Tiga Tawai cikgu...perkongsian yg menarik..tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. you are welcome... terima kasih kerana sudi berkunjung... :)

      Padam
  18. lame tak singgah sini..hihihi
    selamat hari guru...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan la tak singgah lama2....
      terima kasih atas ucapan yang diberikan...

      Padam
  19. Tahniah cikgu..truskan berbakti semoga allah sentiasa mempermudahkan urusan cikgu dibumi kenyalang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, moga doa dimakbulkan Allah...

      Padam
  20. Salam ziarah. Tahniah Saffuan... bukan calang2 orang dapat bertahan dengan kekurangan di kawasan pedalaman. Moga jadi cikgu @pendidik yang berwibawa

    BalasPadam
  21. muda2 timba pengalaman di perantauan. susah payah , pahit manis semua itu adalah asam garam kehidupan.
    selamat hari guru.

    BalasPadam
  22. wow...terbaek lah.suka part bahasa kayan tu...akui pah jam na dahun kayan.hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikak deng duan dahun kayan... betul ke tidak ntah la..

      Padam
  23. Pengalaman yang menarik dan sangat berharga. Tak sangka ada kategori sekolah kurang murid ye. Apa pun syukurla masih ada yang nak ke sekolah.

    BalasPadam
  24. Sure sugar ikan dan udang tu..

    BalasPadam
  25. Tahniah! awak seorang guru yang hebat.. sangat inspiring !! Semoga Allah berkati keikhlasan cikgu Saffuan ! chayok cikgu!!

    BalasPadam
  26. Kadang-kadang kagum dengan anak-anak kecil ni yang x terima kemudahan macam anak-anak di sini, tapi sanggup meredah pelbagai halangan untuk ke sekolah..salute kepada anak-anak ini serta kepada guru-guru di sana :-)

    BalasPadam
  27. Banyak2 n3 , n3 ni yg terasa dekat ng penulis.
    Tahniah kerana menjadi pendidik dan semoga sentiasa bersemangat untuk mendidik.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...