Sarawak The Land of Hornbill
Flight dari Kuala Lumpur ke Kuching, harga? Hanya RM58 pergi dan balik! Kali ni aku tak lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang, yeeeee haaa.....
Dari Perlis sampai lah ke negeri Sabah, semua negeri aku dah teroka, cuma negeri Sarawak je belum = ku jejakkan kaki.... Dengan berbekalkan "Misi Mencari Mee Kolok Paling Sedap", aku memasang tekad....
Waktu tu ada promo Air Asia, tiket murah! Tiket Murah! Ada kawan aku dah booking tiket ke Australia, bajet aku tak cukup untuk ke sana. So, aku tekad kalau ada tiket murah, tak kisah la mana-mana tempat, aku akan booking... Last2 tiket ke Kuching Sarawak yang paling murah!
Yang join trip ni semuanya kawan-kawan teman, 8 orang kesemuanya...Beli tiket bulan Februari & tarikh penerbangan kami 18 November 2012, so ada persiapan yang cukup sebelum terbang ke Kuching. Penginapan, sewa kereta, tempat-tempat yang nak dilawati semua kita bahagikan tugas, tugas aku mencari tempat penginapan dan survey tempat mana yang nak pergi.
Sebenarnya aku tak dak idea tentang Kuching, yang ku tahu, waterfront, kek lapis dan tugu Kuching... Rupa-rupanya banyak tempat menarik di siney, tu pun selepas melawat blog-blog yang ada tulis cerita pasal Bercuti di Kuching.
* Selepas Beberapa Purnama*
* Selepas Beberapa Purnama*
Tiba tarikh 18 November 2012, tarikh keramat yang ditunggu-tunggu, Aku dan 2 orang lagi dari penang, kawan-kawan yang lain pulak 2 orang dari Johor, Perak dan dan 2 orang lagi dari Terengganu, semua berkumpul di LCCT sebelum kami fly ke Kuching.
Semalaman aku tak tidur, layan movie, pukul 3 pagi terus aku siap2 masak burger untuk bekal... kononnya sampai LCCT tak nak beli makan, mahal! Sampai di Airport Bayan Lepas aku dengan kawan aku bedal sorang sebijik. Kat LCCT bedal lagi nasik lemak dengan ayam goreng MarryBrown dua ketul, sebelum terbang bedal lagi roti 2 bijik. Bawak bekal konon! hahaha...
Semalaman aku tak tidur, layan movie, pukul 3 pagi terus aku siap2 masak burger untuk bekal... kononnya sampai LCCT tak nak beli makan, mahal! Sampai di Airport Bayan Lepas aku dengan kawan aku bedal sorang sebijik. Kat LCCT bedal lagi nasik lemak dengan ayam goreng MarryBrown dua ketul, sebelum terbang bedal lagi roti 2 bijik. Bawak bekal konon! hahaha...
Lebih kurang 2 jam penerbangan, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Wah, rasa excited pun ada, dah lama aku tak travel. Last aku travel tahun 2010 ke Isketambola. Airport Kuching nampak baru lagi. Bagi yang datang dari semenanjung kena proceed ke kaunter Imigresen. Kat kaunter tu dia akan mintak IC, tapi aku gedik bagi passport antarabangsa, sebab nak kumpul cop, hehehe....
Dah selesai urusan passport dan urusan bisnis kecil-kecilan, tiba-tiba aku dapat panggilan
017-801 ****
"Ni encik Saffuan ya? Saya sudah tunggu dekat van" Mata aku meliar mencari di manakah orangnya. Tiba-tiba ternampak ada orang tengah cakap telefon, dia pandang ke arah aku sambil tersenyum, siap lambai-lambai lagi. Sah ini orang yang nak amik aku ke hotel....
Aku pun pegi dekat mamat tu, dia pun datang kat aku, kami bersalaman. Tiba-tiba mamat ni bersuara...
"@#$%^&*()(&^%$%^&*?" Mamat tu cakap...
apa benda dia cakap ni wei, lansung aku tak faham. aaaaa sudahhhh.... betul ka orang ni yang nak amik aku ke hotel? Kawan-kawan aku dah blurr.... tambah aku, lagi la blurrr kuasa dua.
" Apa abang cakap saya sepatah pun tak faham..." Aku cuba menenteramkan keadaan, alih2 dia call balik seseorang dan kawan aku suruh aku call balik nombor yang masuk dalam handset aku.
Tuttt tuttt.... tuttt tuuuutt ~ ~
"Hello encik di mana? saya dah sampai di Airport..."
"Ya, saya ada dalam van...." Aku menoleh kiri dan kanan... Laaa kat situ rupanya, tadi ni salah orang laa... Kebetulan. Arggghh lega rupanya dia tunggu dalam van. Tak perasan pulak aku tu van Hotel yang aku tempah.
Van ni aku dah booking sekali dengan penginapan hotel. Hanya bayar RM6.00 seorang dari airport ke hotel, hari tu van memang kami yang punya. Driver van pulak peramah...
" Bang kalau nak ke Pasar Satok jauh tak?"
" Pasar Satok? Hmmm, hari ni Pasar tu ada waktu pagi saja, kalau semalam hari sabtu ada sampai malam..."
Sebenarnya plan kami untuk hari pertama nak melawat Pasar Satok, alih2 kena tukar plan, malam ni kita round2 Waterfront!
Kami menginap di hotel 360Xpress, ni pun berdasarkan review dari blog-blog yang pernah ke sini. Dari luar hotel ni nampak buruk tapi di dalam 5 Bintang! Service pun ok, dan lokasi x jauh sangat dari Waterfront.
Kafe Hotel dan di bahagian belakang boleh ke Restoran Middle East
Laundry servis percuma, cuma bawak sabun sendiri.
So apa macam? Cantik tak? Yang kurangnya hotel ni bilik tak ada tingkap, pastu bilik air dinding jenis glass. Bilik yang aku tempah ni 2 jenis, untuk malam pertama, aku amik Deluxe Twin Single malam kedua sampai habis trip, aku amik Deluxe Family. Deluxe Family sangat luas, siap dengan TV LCD, bukan calang2.. cap Haier kot....
Untuk hari pertama, kami berlapan tak ke mana-mana, nak rehatkan badan, makan pun dekat2 ja, restoran piliihan malam ni Middle East. Menu yang aku cuba ialah Ayam Pansuh, sejenis makanan tempatan, harga not bad, RM7.50 satu set, puas aku melahap malam tu.
Memandangkan plan nak ke Pasar Satok tak menjadi, kami hanya jalan-jalan di Waterfront, tengok-tengok apa yang ada di sana. Biasanya barangan cenderamata, keychain, baju, dan GAMBIR!
Memandangkan plan nak ke Pasar Satok tak menjadi, kami hanya jalan-jalan di Waterfront, tengok-tengok apa yang ada di sana. Biasanya barangan cenderamata, keychain, baju, dan GAMBIR!
Balik Hotel, LETIH, PENAT MENGANTUK. Malam tu aku tidur puas-puas, sebab esok hari kami akan meneroka keindahan alam semula jadi, mendekatkan diri dengan alam! Bako Aku Datang....!
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??