Jumaat, 23 November 2012

Bercuti di Kuching, Orang dalam Utan (Part 3)

Sabah atau Sarawak, negeri mana yang terkenal dengan Orang Utan? Hmmm..... Tinggalkan persoalan tu dulu.... Hari ni masuk hari ke 3 aku dan kawan-kawan berada di Kuching dan hari ini kami ada agenda penting, nak pergi tengok Orang Utan dan Buaya! Ayuhhh.....

Pagi ni bersarapan di Kedai Mamak, tak silap aku MCR (Mamak Curry Recipe), pagi tu kami makan nasik goreng. Aku oder Nasik Goreng Daging, kawan-kawan aku yang lain oder Nasi Goreng Mamak, Nasi Goreng biasa.

Sampai ja makanan kat atas meja, aku tengok sama je nasik goreng yang mamak tu buat. Sampai dia sendiri tak tahu nak beza yang mana satu. Rasa?? Subhanallah, tak sedap dan mahal. Aku ingat nak makan kat Chilli Peppers, takut awal pagi dia tak bukak. Silap la... pagi-pagi lagi Chilli Peppers dah bukak. Tak pa la, rezeki mamak tu pagi ni. Janji perut kenyang, jangan buncit dah la...

*Kereta dihidupkan, kami menuju ke Semenggoh Wildlife Center*

Semenggoh Wildlife Center terletak lebih kurang 30 km dari Bandaraya Kuching dan ia merupakan tempat untuk melihat Orang Utan, dan tempat ni bukan macam zoo ye kawan-kawan. Kat tempat ni petugas atau ranger akan letak makanan dekat pelantar, kemudian Orang Utan akan datang ke pelantar tu. Orang Utan di sini hidup bebas tak seperti di Sepilok.

Sesampai aku di sana, terus pegi beli tiket, RM5.00 untuk dewasa (dan RM3.00 untuk kanak-kanak/warga emas)

" Dik tolong baca signboard kat depan tu sebelum kitak beli tiket" Apa hal la pulak dah???

Apakah yang terjadi? Orang Utan mati? tempat tu tutup?


Aku tarik nafas dalam-dalam, sampai dah sampai dah sini... nak tak nak ku beli juaa.....

Timing tu dah ok, kami sampai jam 8.30 pagi, time Orang Utan makan 9.00 pagi tapi musimnya sik kenak* November adalah musim buah, kebarang kalian untuk melihat Orang Utan adalah almost zero!

Sebelum masa bagi makan Orang Utan, sempat kami tinjau-tinjau kawasan sekeliling. Ada jugak buaya kat situ. Dan kalau nak dapat maklumat lebih boleh la ke information center.





* Tiba masa bagi makan Orang Utan*

EeeeeeeeeOOOOOO.....! EeeeeeeeeeOooooo....! Kemudian berselang seli dengan unggas di hutan... Nyaman...

Terpekit ranger kat atas pelantar panggil Orang Utan untuk datang dan makan.... Tapi eksyen sungguh Orang Utan, sekor pun tak datang..... Mentang-mentang la musim buah...

Di sini ada banyak pelantar yakni tempat bagi makan Orang Utan. Pengunjung boleh pergi ke mana-mana pelantar, dan kalau Orang Utan menunjukkan kelibat di pelantar yang lain, ranger akan panggil dan semua orang akan ke sana, macam tu la, kalau la nampak....

Tunggu punya tunggu sampai jam 10.00 pagi akhirnya....

Muncul jugak, tapi bukan Orang Utan, yang munculnya Orang Dalam Utan... Kachiwa aku...


Time Orang Utan diberi makan adalah 2 kali, jam 9.00 pagi dan jam 3.00 petang. Tiket masuk yang dibeli masa trip pagi, boleh digunakan untuk masuk time masa waktu petang dan valid untuk satu hari saja.

Tak dapat tengok yang real, yang ni pun jadi laaaa.... T_T 

Tengok Orang Utan tak dapat, dengan hati yang remuk kami meluncur laju menujuk ke kandang Bujang Senang.




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...