Pengalaman saya ketika menjejakkan kaki di Taman Negara Kinabalu memang mengasyikkan. Bayangkan anda menyedut udara nyaman dengan suhu sekitar 20 darjah selsius. Dari kaki gunung anda sudah dapat melihat Gunung Kinabalu yang megah berdiri dengan seribu satu khazanah alam dan juga misteri. Tahun 2006 merupakan tahun yang amat bermakna bagi saya kerana dapat makhluk puncak Gunung Kinabalu.
Kembara kami bermula di MRSM Balik Pulau. Dari maktab kami menaiki van ke Stesen Bas Sungai Nibong yang jaraknya lebih kurang 2km dari rumah saya. Tepat jam 9.30 pagi kami meninggalkan Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Setelah 5 jam perjalanan kami tiba di Stesen Bas Pudu, tak tau nak cakap keadaan cuaca yang sangat panas dan sesak. Hidung saya berdarah hari tu, banyak la jugak. Setelah membeli barang-barang keperluan di KL kami bergerak ke LCCT. Penerbangan kami ke Kota Kinabalu adalah pada waktu malam. Flight malam tu pulak delay. Aku tunggu penuh kesabaran, pertama kali naik kapal terbang. Nak dijadikan cerita ketika aku nak bagi tiket hidung aku berdarah dengan banyaknya, apa lagi flight delay disebabkan aku. Hidung aku kerap kali asyik berdarah sampailah aku di Gunung Kinabalu pun masih lagi berdarah.
14 Julai 2006 Jumaat, kami bertolak ke Gunung Kinabalu. Perjalanan kami dari Kinarut ke Taman Negara Kinabalu mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sewaktu pemandu van mengisi minyak di Jalan Tamparuli, kami dah pun dapat melihat Gunung Kinabalu berdiri megah seolah2 menghilanghan tanda tanya pada kami semua. Masing2 tertanya "wah, tingginya boleh ke sampai ke puncak?" Perjalanan diteruskan, setelah beberapa jam perjalanan kami berhenti seketika di tepi jalan. Keluar saja dari van, eiiiiii...... sejuknya angin Negeri di Bawah Bayu.
Inilah yang dimaksudkan dengan kami
semuanya 6 orang, sorang lagi tgh amik gambar.
Melihatkan keindahan Gunung Kinabalu dari jauh cukup mengasyikan, warna gunung kelihatan biru berlatar belakangkan awan putih, cukup menghiburkan hati kami. Hati aku berbisik "boleh ka aku nk panjat nih, dah la semput?!"
Jalan ke Gunung Kinabalu yang berliku-liku
Jalan ke Gunung Kinabalu yang berliku-liku
Kira2 selepas 1jam setengah dari tempat kami bergambar, maka tiba kami di Taman Negara Kinabalu. Saya cukup teruja dengan pemandangannya yang sungguh cantik, sangat nature dan yang paling best suhunya dingin
Ya Allah, tak dapat diungkapkan dengan kata2 sungguh indah ciptaan~Mu.
Dalam ekspedisi ni aku bertanggungjawab sebagai tukang masak. Kami diketuai oleh guru pembimbing kami, En Shamsul. Untuk mendaki gunung kenalah ada permit dan seorang Guider yang menjadi penunjuk arah semasa pendakian. Kami memulakan pendakian pada 15 Julai 06 pada jam 7.30 pagi.
Permit mendaki kena sentiasa ada kalau hilang buruk padanya (hehehe)
Pendakian bermula dan kami disambut dengan kedinginan Air Terjun Corson*. Apa yang saya lihat sewaktu di awal pendakian hutannya tebal dan makin tinggi anda mendaki semakin kurang la ketebalan hutan tu.
Beginilah pemandangan hutan sewaktu awal pendakian.
Bila dah semakin tinggi, tinggal la pokok yang renek2 bersesuaian dengan suhu.
Lebih kurang selepas 7 jam mendaki kami tiba di Panar Laban. Dekat situ ada rumah untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian pada esok hari.
Tapi yang ini bukan tempat kami menginap, kami kena jalan sikit lagi, itu pun macam jalan 20km.
Setelah semalaman berehat, dan diizinkan Allah cuaca pada pagi 16 Julai 06 sangat baik (hujan renyai2 kot). Setelah bersarapan, kami dijemput oleh guider kami (lupa nak bagi tau nama) En Latius Bolintok. Dia cakap nasib kami sangat baik kerana hujan tidak lebat. Kami memulakan perjalanan di dalam kegelapan pagi (bukan malam). Pendakian bermula seawal jam 1.30pagi, sebabnya kami dijangka sampai di puncak ketika matahari terbit.
Setelah menempuh segala rintangan yang cukup mencabar minda dan fizikal dengan cuaca yang sangat2 sejuk, kami berjaya menakhluk puncak Gunung Kinabalu pada jam 5.30 pagi pada 16 Julai 2006. Lidah aku terkelu, tak sangka aku berjaya sampai ke puncak.
Suria muncul di pagi hari. Sangat mengasyikkan. Bersama kami sebenarnya ada berpuluh-puluh pendaki yang lain, ada juga yang tak dapat sampai ke puncak. Alhamdullilah nasib aku baik.
Kalau dah sampai di puncak, kena la bergambar dengan "sign board " kat atas tanda anda memang betul2 sampai di puncak. Sememangnya pengalaman mendaki Gunung Kinabalu tak dapat dilupakan, sememangnya segar terpahat di ingatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??