Tak berapa jam lagi kita bakal melangkah ke depan meninggalkan tahun 2014. Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar untuk aku, tahun yang sangat sibuk untuk aku. Kadang-kadang tu ada rasa stress, tapi alhamdulillah aku hadapi dengan sabar. Rasa sekejap masa berlalu, tengok-tengok kalendar hari ni dah 31 Disember. Bila dibelek-belek gambar sepanjang tahun 2014, perasaan aku bercampur gembira dan sedih. Banyak perkara yang aku lalui yang meninggalkan kenangan manis yang aku tak akan lupakan!
1. PRAKTIKUM III (JANUARI - MAC)
Bila aku kenangkan kembali tempoh 3 bulan praktikum, fuh... Tak dapat nak digambarkan, betapa sibuknya aku masa ni. Nak siapkan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) bukan lah sesuatu yang mudah. 1 RPH aku amik masa 2-3 jam untuk siapkan. Kesibukkan aku bertambah-tambah pulak dengan assignment, program di sekolah, alhamdulillah bila dah tamat praktikum 3, memang rasa lega.
Sekolah yang aku pergi nih, berdekatan dengan sempadan Negeri Perak dan Kedah. Kawasan tu pulak banyak makanan sedap-sedap, western food, Char Kuew Teow, Puyuh Bakar, Siput Bakar, pergh... Teringat pulak kat Pekan Nibong Tebal.
2. KONVOI SOLO KE THAILAND (MAC)
Trip Solo ke Thailand dengan motorsikal. Aku terkenangkan konvoi masa tahun 2012, 17 orang dengan motor LC 135 meredah bahang panas untuk ke Phuket. Insya-Allah kalau ada rezeki tahun 2015 nak konvoi lagi.
2. TRIP KE BEIJING (JUN)
Masa duk dalam kapal terbang, hati tak berapa nak tenang, mata pun tak berapa nak lelap walaupun aku amik quite zone. Duk teringat tragedi kehilangan MH370 yang sampai saat ni masih belum ditemui.
Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing waktu malam, aku jenguk tingkap kat luar cerah macam nak siang. Suasana dalam kapal terbang senyap sunyi, aku dah mula takut. Aku cuba tenangkan diri. Alhamdulillah kami selamat tiba
Trip Kelas ke Beijing, asalnya nak pergi ke Korea, tup tup Beijing jadi pilihan. Walaupun trip ni trip kelas, tapi tak semua geng kelas yang pergi. Yang penting aku dan beberapa orang kawan berjaya juga organised sampai jadi!
3. JALAN-JALAN DI JOHOR (JUN)
Lepas balik daripada Beijing, aku tak reti nak balik rumah sendiri. Terus daripada KL ke Johor. Last aku pergi Johor tahun 2001, hehe...
4. TRIP KE SINGAPORE (JUN)
Pergi Johor ni bersebab, lepas melempiaskan kepenatan balik daripada Beijing, kami ke Singapura pulak, short trip 2 hari 1 malam.
5. INTERNSHIP S.K. SAUJANA INDAH (JULAI - OGOS)
Internship sebulan di bulan Ramadhan, pengalaman duk luar daripada Penang, berpuasa di perantauan (Parit Buntaq, jaa...) walaupun sebulan di sekolah penat tu tetap penat.
6. TRIP JEPUN (SEPTEMBER)
Trip yang sangat aku nanti-nantikan, pulun aku siapkan assignment sebelum cuti semata-mata aku nak lapangkan fikiran, tak nak duk serabut fikir assignment tak siap. Pengalaman tak dapat aku lupa, tidur di airport. Pengalaman di Jepun memang best! Kami berjaya cover 3 bandar dengan bajet yang rendah... Ishh... Rasa nak pergi je lagi.
8. SEMINAR KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK 2014 (OKTOBER)
Antara debaran yang aku nantikan, alhamdulillah berjaya lepas.
9. INFINITY GALA NIGHT (JAMUAN BATCH MATHS TERAKHIR)
Jamuan terakhir batch Matematik terakhir. Masa ni aku demam, sakit tekak, memang spoil mood sungguh.
9. TEMUDUGA SPP
10. TRIP KELAS TAHUN AKHIR KE CAMERON HIGHLAND
Trip terakhir kelas, semua ada... Entah bila la nak jumpa, sekarang ni masing-masing di tempat sendiri menunggu untuk posting.
TAHUN 2015
Tahun 2015 bakal menjelma, banyak perkara yang aku akan lalui. Hidup ni aku akan lepas satu peringkat masuk ke peringkat yang memerlukan aku untuk sesuaikan diri dengan suasana baru. InsyaAllag tahun 2015 aku akan masuk ke alam pekerjaan, menamatkan zaman bujang. Tak kira la apa yang akan aku lalui yang penting, tahun 2015 lebih baik dari tahun 2014. Travel tetap travel!!!
The life of the dead is placed in the memory of the living.
SELAMAT TAHUN BAHARU 2015
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Semuga menjadi pendidik yang CEMERLANG ...!!!
BalasPadamDah dapat tau ker posting kat mana?
Terima kasih tuan,
Padamsaya pun tertanya2 mampukah saya jadi guru "BAIK"...
amin... semoga 2015 lebih tabah berbanding 2014.. ^_^
BalasPadamamin terima kasih selamat tahun baharu 2015...
PadamWahhh...cikgu rupanya..teruskan usaha. Guru satu pekerjaan yg mulia. Akak dah 20thn dlm dunia pendidikan ni.. Hmm...dunia kerjaya yg ramai d monopoli oleh wanita...ha..ha ..
BalasPadamByk cabaran...tempuhi dgn tabah..jgn cpt mengalah...
Semoga menjadi guru yg berwibawa.
2015 ke mna destinasi???
saya bakal guru, belum jadi betul2 lagi...
Padamtahniah akak, 20 tahun tu dah boleh kira guru pakar...
terima kasih atas kata2 semangat tu kak...
2015 insyaAllah dekat2 asia ni ja...
Selamat mengembara Saffuan. Waiting for your next entry about your journey.
PadamBila bca blog2 yg gi travel ni terasa mcm diri sendiri yg g travel..
Klu la masa boleh di undur semula...
Selamat Tahun Baru 2015...semoga terus sukses...
BalasPadamselamat tahun baru... terima kasih atas ucapan...
Padam