Khamis, 26 Disember 2013

Resepi | Ayam Masak Kimchi

Demam Korea belum habis lagi, walaupun dah nak masuk 2014. Masa naik flight AirAsia aku ada tempah Nasi Briyani, malangnya sampai kat aku, pramugari tu cakap dah habis. Dia offer kat aku Kimchi Chicken Duruchigi, nak tak nak aku terima je la.

Lepas tu teringin pulak nak makan kimchi, tak puas makan kimchi kat Itaewon. So aku pun pergi la cari bahan-bahan untuk buat kimchi. Lepas wat kimchi, datang pulak idea nak masak kimchi dengan ayam macam Kimchi Chicken Duruchigi yang aku makan kat dalam flight.

Aku suka!

Sekarang ni jom sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk Ayam Masak Kimchi.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A

1. 2 cawan Kimchi
2. Ayam (1/2 Ekor)

Bahan B 

Minyak Bijan atau Minyak Biasa

1. Bawang Merah (4 biji)
2. Bawang Putih (4 Ulas)
3. Halia (4cm)

Bahan C

1. Biji Bijan yang disangai
2. Daun Bawang 


 Ini dia rupa Kimchi, kimchi ni rasa dia masam-masam masin.

Kimchi masa diorang hidang dengan Bulgogi. Masa ni aku dinner di Restoran Muree kat Itewon


 Langkah seterusnya untuk menyediakan Ayam Masak Kimchi ialah,
 Bahan A digaul dan diperap. Best kalau boleh perap lama-lama, rasa kimchi akan meresap masuk dalam ayam.


Dah siap perap bahan-bahan A. Sekarang sedia untuk masak. Tumis bahan B dengan minyak bijan. Kalau tak de minyak bijan, minyak masak biasa pun tak pe.  

Selepas menumis bahan B, masukkan bahan A

Masukkan sedikit air dan sedikit gula. Tutup dan biarkan 15-20 minit 

Untuk hiasan dan menambahkan aroma Ayam masak kimchi, bahan c, daun bawang dihiris dan taburkan sedikit biji bijan.

Siap! angkat dan hidang Ayam masak Kimchi. Selamat mencuba!




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

10 ulasan:

  1. Waa.. best nie.. boleh try walau tak suka sgt makan kimchi hahahaa.. :D
    thanks share ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah masa rasa dia dah tak sama macam kimchi jeruk... hehe...

      Padam
    2. Baru ni ada orang tolong masakan nasi goreng daging kimchi.. fuh memang terbaik la bro..
      resipi aku tak tahu.. tapi kalau ko tahu sila la share.. :D

      Ada masa sila la dtang jenguk blog hamba : http://timetravelafif.blogspot.com/2013/12/jelajah-miri-part-3-gua-niah-pekan-batu.html

      Padam
    3. No hal bro, kalau ada resepi nanti saya share....
      insyaAllah ada plan2 jugak nak ke miri nanti... :)

      Padam
  2. suami saya pun kate mase kat flight 1st time makan ayam kimchi dan dia suke. balik malaysia terus suruh saya belajar masak. nasib safuan ade resepi. tqvm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, nanti boleh ler share yang awak punya version ayam masa kimchi... nak tengok...

      Padam
  3. menarik juga resepi ni.. kimchi ada satu tupperware lebihan buat hari tu bolehla try hehehe...
    salam ziarah dan follow sini yaa...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...