Jumaat, 19 Ogos 2011

Aku Semakin membesar?!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

         Tadi aku berbuka puasa makan sikit saja, tak nak banyak-banyak, sebab badan aku naik mendadak! Bayangkan tahun lepas, berat aku 56kg sahaja. Start bulan september 2010 bermula segala episod pengepaman badan. I dont know why?

selalunya aku makan sepinggan dan tambah, tapi sekarang 1/2 pinggan saja

         Bulan puasa tahun ini aku kurangkan makan dan senaman sikit-sikit, itupun bergantung pada stamina aku, sebab aku selalu pedih-pedih di dada. Masalahnya sekarang berat badan tak turun langsung, naik lagi ada la. Yang aku risau sebab naik mendadak, dan aku selalu cepat letih, naik tangga pun dah penat.

         Sebelum ni aku dah sampai tahap overweight, tapi tahun 2007 segala-galanya berubah, aku sakit teruk masuk hospital dan berat aku turun dengan mendadak, tak sampai beberapa bulan, aku hilang berat hampir 20kg (turun mendadak, naik mendadak)

mereka bukanlah individu berbeza. Orang sama, berat berbeza. Tengok yang baju kuning tu... bukan main sihat sejahtera...


            Dulu dan sekarang aku ada amalkan tips untuk kurangkan kolestrol dalam badan. Perahan lemon, minyak zaitun dan sedikit air, aku minum selepas makan. Pernah jugak kawan aku cakap, yang menyebabkan kegemukan bukan disebabkan makanan, tetapi jumlah kalori yang diambil, mungkin betul kot?

Amalkan, baik untuk kesihatan.  :)

p/s ada sesiapa yang ada masalah sama dengan aku? Atau aku sorang yang bermasalah?


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...