Ahad, 21 Ogos 2011

Bab 2 - Istana Dolmabache

Istana Domlabache yang Indah 1843-1856

  Sebuah Istana diidamkan oleh Sultan Abdul Majid, bagi menggantikan Istana Topkapi yang sudah lama yang dibina oleh Sultan Fateh pada tahun 1459. Cita rasa baginda agak berbeza, Sultan Abdul Majid inginkan sebuah istana yang sangat indah diperbuat daripada marmar putih dan kedudukannya pula, mesti berhampiran dengan selat Bosphorus, supaya Istananya kelihatan bagaikan mutiara.

“Beta mahukan Istana yang indah, dari Selat Bosphorus, ia kelihatan seperti mutiara yang berkilauan di lautan biru” Kata Sultan Abdul Hamid membayangkan reka bentuk istananya itu kepada arkitek mahir dari Armenia, Garabet Balyan dan dibantu oleh anaknya Nigogayos* dan Evanis Kalfa.

“Saya boleh uruskan tuanku, tuanku luahkan kepada patik, biar patik mereka bentuk istana impian tuanku.”

“Beta mahukan sentuhan senibina Eropah dan Istana ini akan menjadi Istana yang paling mewah di dunia” Jelas Sultan Abdul Hamid seolah-olah istana itu berada di depan matanya.

  Berjam-jam lamanya dihabiskan oleh mereka untuk mereka bentuk Istana. Beberapa perhiasan ditempah khas, tiang-tiang tangga diperbuat daripada Kristal, bingkai cermin diperbuat daripada emas ditempah khas dan sebuah lampu chandelier yang mempunyai 333 soket seberat 4 tan ditempah dari England dan akan diletakkan di ruang utama Istana Dolmabache.

  Istana ini direka khas supaya dapat menampung lampu chandelier seberat empat tan proses membinanya dibuat dengan begitu telilti demi memenuhi cita rasa Sultan Abdul Majid yang mahu menjadikan Istana itu sebagai kebanggaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Haci Said Aga diberikan tanggungjawab untuk memantau kerja-kerja pembinaan sehingga ia siap sepenuhnya.

  Kos membina istana ini sebanyak 5 Juta wang emas bersamaan 35 tan emas. Istana ini dibina berhampiran dengan Besiktas. Selepas 13 tahun pembinaan, Istana Dolmabche indah dan mewah siap dibina. Namun, pada musim bunga 1853 Sultan Abdul Majid tidak sempat merasai keindahan Istana barunya kerana baginda terpaksa mengetuai pasukan tentera untuk berperang.

Bahagian dalam Istana Dolmabache


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...