Isnin, 29 Ogos 2011

Kisah Duit Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

         Mungkin hampa la ni tengah sibuk bersiap-siap nak raya. Ada yang pasang langsir, anyam ketupat, dan ada yang lari masuk bilik duk baca blog aku, hahaha.... Terharunya.... Teringat zaman kanak-kanak dulu, sehari sebelum raya aku and the gang berkumpul bawah pokok, ada meeting besar.

Mak pak sibuk di rumah, yang anak duk bawah pokok jambu, meeting nak kutip duit raya tang mana dulu. 

Selalunya mesti ada ketua, dan yang syoknya, well organised pulak tu. Fuh, hebat zaman dulu, rumah yang bagi duit syiling emas $1 jadi tumpuan la.

Kami plan nak gerak dalam kumpulan kami saja, tapi kadang-kadang spoil, ada pulak yang nak bawak adik la. Bawak budak memang susah, banyak ragam. Mula-mula gerak dalam kumpulan, lepas tu, yang  bawak adik tu kena tinggai la. Kami lari ikut jalan lain.

Assalamualaikum.... Mak Cik, nak raya.........! serentak! Macam nak kuayer :P

Setelah berpenat seharian, malam tu duk dalam bilik kira duit. Berangan nak beli macam-macam, antara hot item zaman aku dulu-dulu "Digimon" la....

Tapi, ada pihak atasan pulak kontrol kewangan, adui.... "Tok sah duk mengada! Simpan duit tu!" Kadang-kadang ni bebai (marah) sebab tak dapat nak penuhi kehendak. Tapi pernahkah mak ayah kecewakan kita? Last-last depa beli jugak kat kita, guna duit mak pak pulak tu... Sekarang baru aku faham....

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

6 ulasan:

  1. yeh..ape yg kita inginkan time kecik2 dulu mesti kena sekat tapi last2 dapat jugak, mak ayah yg belikan :)
    zaman kecik2 memang sgt best!

    selamat hari raya :)

    BalasPadam
  2. so cute! haha

    selamat hari raya!

    BalasPadam
  3. selamat hari raya...thanks guys :)

    BalasPadam
  4. hehe..betullah 2.saye pun ada pengalaman macam ni.
    salam idul fitri dan selamat hari merdeka..^^

    BalasPadam
  5. selamat hari raya...
    http://hikayatsyabab.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. hehe.. lepas nih, dapat duit duit raya simpan... :)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...