Sabtu, 20 Ogos 2011

Bulan Akan Mengelilingi Kaabah Malam Ini? Benar atau Palsu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

          Alhamdulillah hari ini masuk fasa ke-3 Ramadhan. Tadi ada ternampak di status FB kawan-kawan tentang "Bulan Akan Mengelilingi Kaabah Malam Ini" adakah ia benar atau pun rekaan semata-mata, saya tak terus copy, tapi cuba cari jawapan. Alhamdulillah jumpa beberapa kenyataan daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Pd 8.25am ini (3.25am di Mekah), bulan akan mengelilingi kaabah, langit bertukar kebiruan. Fenomena setiap 10,000 tahun. Doa mustajab." 


Satu lagi mesej dalam Bahasa Inggeris


message forward...assalamualikum..msg from my astrologer's friend


Dan ini satu lagi yang saya baca, mungkin hampir sama, tapi terdapat percanggahan info.


Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi)  , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan ..  Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..


  Bulan mengelilingi Kaabah? Dalam fikiran saya, perbuatan "mengelilingi" sama seperti tawaf, sedangkan bulan hanya melintasi Kaabah sahaja.Saya cuba buat analisis dengan menggunakan software, dengan mengambil kira kedudukan bulan di Makkah.




Anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh ANGKASA 



Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:
  1. Berita seperti di bawah adalah rumours
  2. Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini.
  3. Spesifikasi bulan malam ini:
    1. Bulan terbit:2243 (10:43 malam)
    2. Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi)
    3. Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi)
    4. Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km
[bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km]
[bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]
So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616km
  1. Fasa bulan: 67.88% (keterangan bulan)

Harap maklum
tq

MHD FAIROS BIN ASILLAM
Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel: +603 - 8888 8668
Faks: +603 - 8888 3478
E-mail 1: fairos@angkasa.gov.my
E-mail 2: mhdfairos@gmail.com
URL 1: http://www.angkasa.gov.my 
URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/

         Jawapannya, ia tidak berlaku! Penulisan saya bukan nak menafikan kekuasaan Allah s.w.t tetapi, sekadar mengingatkan diri sendiri untuk tidak mudah percaya dengan khabar-khabar angin. Sebagai contoh, yang alamat blogspot, kalau buang huruf "s" -> blogpot, tekan enter akan keluar laman web berkenaan Kristian.

SUMBER : 
https://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/bulan-mengelilingi-kaabah/251976368158509

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...