Ahad, 21 Ogos 2011

Bab 1 - Kelahiran

Kelahiran 22 September 1842

Sultan Abdul Majid kelihatan gelisah, seperti ada yang tidak kena. Pembantu istana hanya tercegat memerhati gelagat baginda dari jauh yang sejak dari pagi tadi tidak senang duduk. Suasana damai penghujung musim panas tidak mampu memadam keresahan Sultan Abdul Majid. Baginda duduk di atas kerusi sambil memerhati ke arah luar, digenggam erat tangannya. Tiba-tiba, pintu bilik baginda diketuk, tepat Sultan Abdul Majid memandang ke arah pintu lalu bangun sambil membetulkan bajunya.

“Buka pintu, beta izinkan menghadap” titah baginda kepada pembantu Istana
Kelihatan ketua Sida-sida berdiri dihadapan pintu lalu tunduk hormat kepada Sultan. Sultan Abdul Majid tidak sabar lagi ingin mendengar berita yang ingin disampaikan oleh Ketua Sida-sida tersebut. Senyuman terukir diwajah Ketua Sida-sida menandakan berita baik bakal didengari oleh Sultan Abdul Majid yang dari tadi tidak tenteram.
“Tahniah Tuanku. Permaisuri Tirimujgan selamat melahirkan seorang bayi lelaki” kata Ketua Sida-sida kepada Sultan

Sultan Abdul Majid kelihatan gembira, malah beliaulah orang yang paling gembira di dalam dunia ini. Baginda memberikan sejumlah wang kepada Ketua Sida-sida sebagai hadiah. Baginda diiringi oleh Ketua Sida-sida berangkat ke bilik permaisuri untuk melihat sendiri puteranya. Beberapa kelibat kelihatan sedang menunggu di luar bilik permaisuri, semua tunduk tanda hormat kepada Sultan Abdul Majid.

Permaisuri Tirimujgan Kadin Effendi kelihatan terlantar di atas katil, lalu baginda mendapatkan isterinya. Bersebelahannya seorang bayi lelaki comel yang menjadi kebanggaan pasangan diraja itu. Sultan Abdul Majid mendukung puteranya lalu dilaungkan azan mengikut syariat Islam.

Sultan Abdul Hamid II ketika berusia 25 tahun


Bab yang lain dibawah post Novel : Sultan Abdul Hamid II - Khalifah Islam Terakhir


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...