Memasuki tahun ke-12 penerbitannya, majalah percutian berbahasa Melayu pertama di Malaysia ini melangkah setapak ke hadapan dengan mengetengahkan pengisian majalah yang terbaru iaitu Blog 0’ Rama. Sempena pelancaran Blog O’ Rama dan meraikan Ulang Tahun Majalah LIBUR yang ke 12, suatu majlis santai bersama blogger telah diadakan di Starbucks Coffee Kota Kemuning pada hari Sabtu, 20 Disember 2014.



Acara ini dipengerusikan oleh Radin Amir Affendy, Juara Penyampai Top Malaysia anjuran Radio Era.fm dan dimeriahkan oleh 20 orang blogger bersama krew Majalah Libur. Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Editor LIBUR, Meor Khairi Idris dan juga Rosmadi Shakri, pemilik www.mrjocko.com yang juga merupakan penyumbang artikel Majalah Libur.

                                                                             
                                                  Foto: Mohd Zarin (MohdZarin.com)

Sepanjang acara berlangsung, terdapat beberapa aktiviti menarik yang diadakan seperti sesi suai kenal dan beramah mesra bersama blogger, permainan dan juga cabutan bertuah berupa barangan Coleman yang ditaja oleh Universal, Leisure & Fitness (UFL). Hadiah disampaikan oleh Raja Shahfaizal Bin Raja Khairudin, Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan Media Karangkraf dan juga Editor Majalah LIBUR.

Blog O' Rama merupakan kolum khas  untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan ' Pelancongan & Gaya Hidup’.

Bermula pada Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog 0' Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi rebiu blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger.

Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR.

Mereka yang terpilih bukan sahaja berpeluang untuk menghiasi Majalah LIBUR, bahkan berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR. Bukan itu sahaja, Blog O' Rama LIBUR juga mengajak blogger untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti seperti bengkel fotografi dan penulisan.

Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog anda kepada ahmad.syahir@karangkraf.com

Mengenai Majalah LIBUR:
Majalah percutian terunggul di Malaysia ini menggunakan slogan “Mudah & Selesa” dan ia mula diterbitkan sejak tahun 2002. Perkataan ‘LIBUR’, bermaksud ‘Cuti’ berasal daripada bahasa Nusantara. Kemunculan LIBUR bukan saja sekadar memberi informasi percutian. Ia juga memaparkan trend-trend terkini dalam pelbagai aspek lain yang mempunyai perkaitan dengan pelancongan seperti sukan, gajet elektronik, pakaian, makanan, kesihatan dan pendidikan. Majalah LIBUR berjaya merangkul anugerah ‘Best Local Tourism magazine’ dalam Majlis Anugerah Kementerian Pelancongan pada edisi 2010/2011.

Facebook: http://www.facebook.com/majalah.libur
Instagram: http://instagram.com/majalahlibur
Web: http://libur.karangkraf.com/
Hashtag: #BlogORamaLibur

Sumber : http://libur.karangkraf.com/majalah-libur-lancar-blog-o-rama-1.344304

Muhammad Saffuan Bin Jaffar