Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak. Sebut saja, pasembor, cendol, air sarbat atau nasi kandar, pasti anda ingat Penang. Selain daripada makanan, banyak tarikan utama di negeri yang mendapat jolokan "Pulau Mutiara". Antaranya, Bukit Bendera, Batu Feringghi,
Taman Tema Escape dan
Taman Negara.
Ok, kali ni aku nak share sikit dengan hampa semua pasai
Taman Negara Pulau Pinang atau
Penang National Park. Lokasi ini sangat terkenal sama ada pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara.
Taman negara ni terkenal dan boleh dikatakan top ten dalam Penang. Selain daripada tu, tempat ni dapat "Ceritificate of Excellent 2013" dari
Tripadvisor.
Di sini banyak tarikan-tarikan yang lain antaranya Pantai Keracut dan juga Pantai Teluk Duyung (Monkey Beach). Pantai Keracut ni terletak di dalam kawasan
Taman Negara, jadi aktiviti di sini tertakhluk di bawah undang-undang, so tak leh nak buat sesuka hati. Dari tahun 2007, aku selalu datang ke sini, tapi hari ni aku nak langsaikan misi tertunggak aku, aku nak sampai ke Muka Head Lighthouse.
Muka Head Lighthouse terletak kira-kira 5.1 km dari pintu masuk
Taman Negara. Laluan untuk ke rumah api ni agak mencabar dan korang akan lalu kawasan hutan, pantai dan bukit. Masa yang diambil untuk sampai ke sana kira-kira 2-3 jam. Naik bukit turun bukit semua ada, kalau tak fit memang semput.
Kedudukan Rumah Api Muka Head atau Mukah Head Lighthouse. Anggaran jarak dengan menggunakan Wikimapia kira-kira 4.27km.
Laluan ke Muka Head korang akan lalu Pasir Pandak (A), Sungai Tukun (B), USM-CEMAC (C), Teluk Duyung atau Monkey Beach (D) kawasan ni boleh camping dan Muka Head (E)
Papan Tanda " Take nothing but Photograph, leave nothing but footprints" nak tambah satu lagi "keep nothing but memories"
Papan tanda. Bila masuk ke sini korang kena mendaftar di Kaunter. Bukan apa, kalau jadi apa-apa perkara yang tak diingin so diorang ada rekod.
Jambatan gantung Sungai Tukun. Aku nampak macam gengster nak pi pukul orang. Hehe...
Papan tanda arah di
Taman Negara Pulau Pinang. Dari papan tanda ni Rumah Api Muka Head terletak lebih kurang 4220m. So lebih kurang 1-2 jam untuk sampai ke sana.
Pasir Pandak. Waktu ni hujan tak hujan je. Kalau hujan lebat memang basah lencun la jawabnya.
Sungai apa nama aku pun tak tau
Antara kemudahan yang disediakan, papan tanda jarak. Masa aku datang kat sini tahun 2010, belum ada papan tanda jarak dari Monkey Beach ke Rumah Api Muka Head, jadi susah la nak anggarkan waktu. Jalan kat sini pulak, mula-mula bersimen elok, lepas tu bertangga dah masuk ke dalam sikit laluan semula jadi.
Gunung Jerai, kalau cuaca elok korang boleh nampak Gunung Jerai dari sini.
Setelah hampir 3 jam meredah hutan dan pantai, selepas berhempas pulas mendaki bukit akhirnya aku dan kawan-kawan sampai la ke Rumah Api Muka Head atau Muka Head Lighthouse. Sangat mencabar, alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan trip aku masa 4 tahun sudah lagi teruk, aku time tu asyik semput, kejap-kejap berhenti. Alhamdulillah lagi sebab tak hujan lebat. Jom nak explore kawasan rumah api pulak.
Di Pulau Pinang ada 3 buah Rumah api. 1. Di Padang Kota, 2. di Muka Head, 3. di Pulau Rimau.
Aku nak share sikit dengan korang mengenai Rumah Api, memandangkan kat sini tak de pemandu pelancong, so aku cerita kat sini. Nanti korang pergi sana boleh la jadi pemandu pelancong, boleh cerita macam-macam pasal Rumah Api Muka Head.
Apa fungsi Rumah Api? Ok, rumah api ni sebenarnya sebuah menara yang mempunyai cahaya lampu yang sangat terang pada bahagian atasnya. Kebiasaannya rumah api terletak di kawasan yang penting atau kawasan yang bahaya. Rumah api dibina sebagai alat navigasi untuk kapal-kapal atau apa-apa objek yang bergerak atas air. Rumah api ni kiranya macam lampu isyarat di lautan. Rumah api ni bertugas menyampaikan mesej kepada kapal dan antara mesej yang disampaikan mungkin seperti berikut, PERGI JAUH DARI SINI, AWAS, BERHATI-HATI atau IKUT JALAN INI.
Rumah api ni dan sebati dalam dunia pelayaran sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dan ada rekod yang menyatakan bahawa rumah api pertama telah dibina sejak zaman Mesir kira-kira 1500 tahun yang lalu. Rumah Api Muka Head ni tak de la usianya sampai ribu-ribu tahun, kalau tarikh, rumah api ni dah berusia hampir 200 tahun. Walaupun dah lama, struktur rumah api ni masih lagi kukuh dan aku sangat suka tengok design dia, bagi aku cantik dan bangunan ni perlu dijaga dengan baik.
Rumah api di Semenanjung Malaysia
Rumah api di Pulau Pinang. Rumah api Muka Head @Muka Head Lighthouse ni merupakan rumah api di daratan yang paling sukar untuk dilawati. Memang sukar pun! Aku tak dapat bayang macam mana la orang dulu-dulu angkut segala batu bata nak buat rumah api ni.
Kat kawasan sekitar ni tak dak apa-apa pun melainkan sebuah pondok. Tapi ada benda yang menarik perhatian aku, "pitcher pump" yang digunakan untuk mengepam air. Masa zaman atuk nenek dulu femes menatang ni.
Selepas duduk berehat, aku dengan kawan-kawan pun naik la ke atas rumah api Muka Head. Ada sorang pak cik ni dari tadi duk panggil-panggil naik. Waktu melawat kat sini terhad sampai jam 3.00 petang saja. So kalau nak ke sini, kena la datang awal-awal.
Buku Pendaftaran
Tangga untuk naik ke atas, agak sempit. Bahan yang digunakan untuk buat Rumah Api Muka Head ni jenis batuan granit.
Lagi sikit nak sampai dah. Rumah Api Muka Head / Muka Head Lighthouse ni tak de la tinggi mana pun, lebih kurang 100 meter saja.
Yeah, dah sampai. Untuk informasi korang, kawasan atau bilik yang mula korang sampai ni dikenali sebagai Watch Room atau Bilik Pemerhati. Bilik permerhati ni terletak di bawah Lantern Room atau Bilik Tanglung. Kat rumah api Muka head ni aku tengok Bilik Pemerhati atau Watch Room ni dah macam 2 in 1. Bilik ni juga berfungsi sebagai service room.
Dinding di Bilik Pemerhati
Lubang yang digunakan untuk pemerhati di Rumah api menjalankan tugas suatu ketika dahulu.
Suasana kat bilik pemerhati di Rumah Api Muka Head / Muka Head Lighthouse. Ada rumah api yang asingkan antara bilik pemerhati dan bilik servis. Kat sini biasanya pekerja rumah api menyimpan peralatan. spare part lampu dan peralatan lain.
Sebelah kiri tu frensel lens yang jenis berpusing-pusing. Lampu yang berpusing-pusing akan menghasilkan light flash, setiap light flash yang dipancarkan bergantung pada mesej yang ditentukan pada rumah api. Biasanya pelaut akan memerhati bilangan flash dan juga warna, daripada tu diorang dapat la mesej dengan rujuk pada carta maritim.
Kawasan sekitar Bilik Pemerhati. Ada sebuah pintu yang menghubungkan Bilik Pemerhati dengan Gallery Deck.
Pintu yang menghubungkan Bilik Pemerhati dan kawasan Gallery Deck
Pemandangan dari Gallery deck. Nun jauh di sana korang dapat tengok kawasan Balik Pulau.
Gallery Deck ni agak sempit.
Gallery deck ni merupakan kawasan yang mengelilingi Bilik Pemerhati. Pada masa dulu, kawasan ni digunakan oleh penjaga rumah api untuk melihat cuaca dan juga pergerakan kapal-kapal.
Aku cuba berkomunikasi dengan menggunakan Repeater/Pancar Ulang 9M4RHP di Perlis, memandangkan aku duk kat tempat yang tinggi dan menghadap betul-betul ke arah utara. Nak guna walkie talkie/ radio tranceiver ni kena ada lesen. Alhamdulillah aku dapat berkomunikasi dengan Encik Manan (9M2PZ) yang pada ketika itu berada di Arau, Perlis dengan suara yang jelas dan signal bar yang penuh.
Lepas aku dah puas lepak kat Gallery deck, aku pun explore ke kawasan atas Bilik Pemerhati. Kawasan atas bilik peperhati atau service room ni dikenali sebagai Lantern Room.
Nak naik ke kawasan Lantern Room.
Kawasan tengah lantern Room, dikelilingi pelantar. Kat luar sama aras dengan Lantern Room ni pun ada pelantar jugak (Cuba perati gambar kat atas). Diorang panggil sebagai Widow's Walk. Gelaran ni diberikan sebab isteri pelaut pada suatu ketika dahulu menanti kepulangan suami mereka di situ. Dari situ mereka akan memerhati kapal yang dinaiki suami mereka, wahh romatiknya kau.... tak gayat ke ko tunggu laki ko kat situ? Ada jugak yang menggelarkannya sebagai kawasan cat walk.
Lampu di Lantern Room : Benda ni pulak bukan speaker dum dum dum tau, ni la nadi utama rumah api. Zaman dulu sebelum adanya elektrik diorang gunakan lampu api yang menggunakan minyak khas. Zaman la ni tak pakai dah minyak, sekarang lampu ni dibekalkan dengan kuasa elektik. Biasanya 500watt atau 1000watt. Lantern room ni dikelilingi oleh tingkap kaca atau storm pane. Tingkap kaca ni dipasang pada bingkai besi. Tingkap kaca yang dipasang pada binkai besi secara vertical ni pulak dikenali sebagai Astragals.
Flashing Beacon. Kalau ikut undang-undang yang dah ditetapkan, lampu akan dinyalakan sebaik saja matahari tenggelam dan akan dipadamkan bila matahari naik. Kenapa tak nyalakan sepanjang hari, sebabnya nak jimatkan kos minyak. Semasa sekitar tahun 1850-an, orang Eropah menggunakan sejenis minyak yang diperbuat daripada Colza, waktu tu harga minyak naik disebabkan revolusi perindustrian. So minyak daripada tumbuhan dapat mengurangkan kos. Era tu Thomas Edison pun belum cipta lampu eletrik lagi.
Lampu ni dipasang pada gear yang panjangnya sampai ke aras bawah. Lepas tu pulak nak pusingkan lampu tu diorang menggunakan tenaga haiwan. Sekarang ni pakai enjin motor la.
Tangga di Rumah Api Muka Head
Aku spend masa kat rumah api Muka Head lebih kurang 1 jam. Nak duk lama-lama cuaca pun makin buruk. Lebih kurang jam 12.15 tengah hari aku pun bergerak turun ke Pantai Teluk Duyung atau Monkey Beach. Dari situ aku dan kawan-kawan naik bot ke Jeti Pukat Rimau yang terletak di Pintu Masuk
Taman Negara Pulau Pinang. So entry kali ni cerita banyak pasal rumah api je. Ala cara-cara nak trekking tak perlu la kot, cuma nak ingatkan bawak air dan pakai kasut yang sesuai tu je.
Lepas ni aku harap ramai yang akan datang kat sini, bagi aku memang best walaupun penat tapi aku sangat puas bila dapat sampai kat rumah api Muka Head, sebab dari situ aku dapat tengok lautan yang terbentang luas dengan kapal-kapal lalu lalang kat situ. Subhanallah. Lepas ni, mai Penang hampa kena jalan tang ni tau~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar