Khamis, 23 Disember 2010

Penang Food, Must Try (Nasi Kandar Kayu)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Tengah malam ni mula perut aku terasa lapaq. Apa yang terbanyang di kepala aku ni macam-macam, roti canai, aduhhh... sedapnya...  Tiba-tiba aku teringat pulak satu kedai nasik kandar dekat dengan rumah aku di Bayan Lepas, Nasi Kandar Kayu

 Restoran Nasi Kandar Kayu berdekatan dengan Hotel Vistana

"Kat KL pun ade nasi kandar, apa yang special sangat di Penang?"

   Lain broo... tak sama nasi kandar di KL dengan Nasik Kandaq di Penang. Aku pernah makan nasi kandar di KL, kedai yang aku makan tu lauknya berbeza, agak keMelayuan sikit, tak banyak kari dan tak dak sambal kelapa. Tak banyak aku jumpa ada jual kari telur sotong atau pun telur sotong goreng. Kalau di Penang banyak jenis kari, kari kambing, kari ikan, kari ayam semuanya tanpa santan.

   Lagi satu kalau di Penang, Mamak yang tolong taruk kuah, so dia tahu kuah apa yang kena dengan nasi yang kita makan, kalau tengok lenggok waktu dia tuang kuah tu pun dah nampak menarik dan menyelerakan.


Set Nasi Kandar

Ayam goreng , teloq sotong, kuah campoq

Kalau mai Penang try nasik kandaq kayu, kedai dia pun bersih. Selamat mencuba!






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

3 ulasan:

  1. oohh...nasi kandar kat sini sangat sedap!
    superrrbb...tapi jenuh nk kena baris. huhu..naz smpat pekena nasi kandar kat restoran ni hari terakhir kat penang, before balik sabah :)

    BalasPadam
  2. awesome.... What kind of camera are you using? ...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...