Ahad, 19 Disember 2010

Apa Hobi anda?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


     Malam-malam sabtu macam ni orang tengok drama di TV3, tapi aku malas nak layan tv. Kemudian aku dapat idea nak tulis cerita mengenai Hobi, apa hobi anda? Kalau aku, aku buat banyak benda waktu masa lapang dan aku ada banyak hobi. Jadi taklah rasa bosan.

1. Fotografi
Tiap-tiap hari memang tak sah kalau tak tangkap gambar, aku dah snap dekat 10,000 keping gambar. Paling aku suka amik gambar "night sky" memang cantiklah, lepas tu aku suka jalan-jalan sekitar George Town ambik gambar bangunan heritage.


  2.Astronomi
Hampir setiap hari aku akan tengok planet atau bintang, dan macam-macam lagi. Aku jugak ahli kelab Astronomi USM.

3. Baca Buku / Majalah
Sumber bacaan aku tak terhad kepada buku atau majalah, kadang-kadang aku baca jugak dari blog-blog. Aku tak suka beli surat khabar sebab dia besar, baca kat internet senang...

4. Memasak
Aku akan masak bila aku ada mood. Kalau ada idea bernas aku akan cipta resepi baru, macam kat atas ni. Kadang aku suka cuba resepi, kalau makan di kedai, aku akan analisis rasa balik on la experiment. But masak aku tak cakap la sebagai hobi, tapi salah satu kemahiran yang perlu ada tak kira lelaki ataupun perempuan.

5. Kumpul Wang lama dan syiling
Hobi ni pernah menjadi kegilaan aku masa aku darjah 5 sehingga ke sekolah menengah. Memang best aku cakap, kalau orang nak beli koleksi kita depa sanggup tawar harga tinggi. Yang mencabar hobi ni, kita kena pandai kenal pasti duit tu duit palsu atau pun sebaliknya. Kalau kena tipu memang frust.

6. Mengumpul stem atau Tiket
Hobi ni bergantung pada keadaan. Sebelum aku mula collect wang dan syiling aku mula dengan kumpul setem siap dalam album lagi. Setem senang cari dan murah berbanding wang lama. Cabaran hobi ni sama dengan kumpul wang lama, tapi kos rendah. Setem senang dijaga kalau nak banding dengan duit. Waktu aku sekolah dulu aku dengan cikgu aku tukar-tukar setem. Hobi ni best kalau ada join persatuan. Tiket pun aku suka simpan buat koleksi, tapi tak banyak la sangat

7. Berkebun
[Tak ada gambar, kebun lama dah musnah]
Berkebun hobi yang dah lama aku tinggalkan sebab masuk ke sekolah asrama. Aku ada tanah lapang seluas gelanggang badminton. Macam-macam sayuran yang aku tanam, yang bestnya ada orang beli dari aku. Dalam masa yang sama jadi bisnes la pulak. Ayam pun aku bela dulu, telur ayam dapat sambutan. Ini hobi yang ada income bagi aku tapi kena banyak sabar.

Apa Hobi Anda?

5 ulasan:

  1. mengumpul pembalut hadiah ! ;d hahhaha

    BalasPadam
  2. ada lagi best... kumpul beg plastik...

    BalasPadam
  3. @saffuan : beg plastik tak bgus tuk inviroment. heee

    p.s : student usm ehh?

    BalasPadam
  4. saya setuju dengan syarifah, saya kumpul kira boleh recycle dan kurangkan penggunaan beg plastik. Macam di negara eropah, diorang ada kesedaran la sikit, jika nak banding dengan negara kita...

    Saya bekas student USM, hehehe...

    BalasPadam
  5. klu nak recycle tuk guna sbg plastik smpah. okey kot. lebih sng guna bag plastik yg mesra alam :)

    oohh...ex student USM. naz plak student PJJ USM. huhu

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...