Jumaat, 24 Disember 2010

Berita Kemalangan & Tindakan?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Hari ini aku agak terkejut, bila tengok surat khabar ada lagi kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan berita kemalangan melibatkan bas di Cameron Highlands - Simpang Pulai, juga menyebabkan kematian [Klik di sini]. Selepas dari kejadian itu ada badan bebas menjalankan siasatan kemalangan tersebut

 Sumber Foto : Berita Harian
.
   Hari ini sekali lagi digemparkan dengan berita kemalangan dua beranak selepas mengambil keputusan PMR [klik di sini]. Aduh sedihnya, adakah masalah disebabkan keadaan jalan? Atau pemanduan yang cuai oleh pembonceng motorsikal atau pemandu lori? Saya minta siasatan dijalankan dengan menyeluruh, termasuk menyiasat bagaimana cara pemanduan rakyat malaysia dan juga keadaan jalan (sebagai faktor kemalangan).

 Sudahkah faktor kemalangan jalan ini diambil kira?
Lokasi kerap berlaku kemalangan di Jalan Lama Jalan ke Balik Pulau

   Kenapa jurutera jalan atau lebuh raya tidak mengambil kira faktor kemalangan atau kemungkinan berlaku kemalangan sebelum jalan siap? Saya berpendapat, bukan "target" untuk cepat siap projek sahaja diambil berat, malah mereka perlu mengkaji kemungkinan berlaku kemalangan jika projek tersebut siap.

Dengan lampu keselamatan, Pembonceng basikal mudah dilihat
Bike Safety [klik di sini]

   Semalam saya menghadiri seminar, ketika perjalanan pulang di waktu malam, ada pembonceng basikal di tepi jalan mengayuh basikal. Dah la malam susah nampak, kalau di UK pembonceng basikal wajib memasang lampu merah (di belakang basikal) dan dihadapannya supaya senang dilihat, jika pembonceng melanggar arahan saman dikeluarkan, tegas! demi keselamatan. Saya minta pihak berkuasa supaya mewajibkan pembonceng basikal memasang lampu bagi tujuan keselamatan, kerana mereka juga menggunakan jalan raya. Mereka juga perlu disaman jika melakukan kesalahan trafik.

   Sebut mengenai saman, polis trafik hendaklah lebih tegas dalam menangani masalah salah laku di jalan raya. Jangan bagi peluang kepada pesalah jalan raya, mereka semua dah mempelajari undang-undang jalan raya sebelum mereka mendapat lesen. Pemantauan secara berterusan perlu dilakukan disekitar bandar dan kawasan kemalangan serta menempatkan polis peronda bagi betul-betul menguatkuasakan undang - undang. Namun begitu tindakan saman oleh polis perlulah munasabah dan bertempat.

Bagi menangani masalah ini, semua faktor perlu diambil kira 
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/Poll/keputusanbancian

“Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan,” 

Berita Lanjut (Sumber Berita Harian) : Tak Hirau Keselamatan

Aduan penduduk menunjukkan pihak berkuasa kurang mengambil tindakan. Ini mungkin salah satu penyebab kemalangan berlaku

   Perancangan awal oleh pihak yang membina jalan seperti mengambil kira faktor kemungkinan berlaku kemalangan mungkin boleh mengurangkan kes kemalangan. Tindakan tegas perlu diambil oleh penguatkuasa bertujuan mendidik semua lapisan rakyat supaya takut untuk melakukan kesalahan trafik dan lebih berhati-hati.Saya benar-benar berharap agar perbincangan oleh pihak-pihak tertentu menampakkan hasil, supaya kita tak mendengar lagi berita mengenai kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

 "Sudah Terhantuk baru tengadah"
Kita lebih suka menghantukkan kepala...





Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...