Sabtu, 18 Disember 2010

Berat Nak Bagi Signal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

  Semua orang yang baca artikel ni pernah memandu.Kita boleh tengok bermacam-macam kesalahan lalulintas ketika memandu. Percaya la, dulu balik kampung (dari Penang ke Perlis) lebih 20 jenis kesalahan lalu lintas aku berjaya rekod. Contohnya di Seberang Perai, lori lebih muatan dan lepas banyak asap hitam. Kalau di Kubang Pasu-Jitra, bawak motor lawan arus, dengan tak pakai helmet. Aku pernah naik bas hanya 3 jam 30 minit dari Pulau Pinang ke Puduraya, mak aku pun macam tu jugak. Bayangkan macam mana punya pecut.
Malam ni aku berkesempatan merakamkan beberapa pekara yang aku paling sakit hati dan paling aku geram ketika memandu. Di simpang 3, aku nak belok kanan, kereta dari arah kanan tak bagi "signal" nak masuk simpang, kita punya la tunggu macam pokok nyok, susah sangat ke nak bagi signal? Atau beli kereta mahal-mahal tak beli sekali dengan lampu signal?

Cuba tengok kat bawah ni
 
Memang la nampak dia nak masuk tepi, tapi kita sure ka?
 sah masuk memang jadi amalan pemandu ni kot, berat  nak bagi signal

 
Kereta belakang kereta tadi pun sama saja perangai. Memang tabiat orang kita tak suka bagi signal?

Itu yang sempat aku ambik gambaq, satu hari surelah mesti jumpa paling kurang pun 5 buah kereta tak bagi signal waktu nak masuk simpang. Sangat menyusahkan orang, yang kedua aku geram, bawak motor waktu malam tak bukak lampu. Perangai macam ni banyak aku tengok di kampung-kampung, pak cik yang baru balik masjid bawak motor atas jalan tak pakai helmet lepas tu tak bukak lampu motor jalan dah la gelap, tak sayang nyawa? Kat bawah ni boleh tengok satu contoh di Sungai Nibong,

Kalau bawak motor waktu malam jangan bukak lampu tau! Jimat lektrik, agak-agak la... bahayakan nyawa sendiri
Pemanduan berhemah di Malaysia yang kita katakan ramah mesra, sopan santun amat teruk sekali. Kita ada jalan raya yang elok dan baik tapi bawak kenderaan cukup merisaukan hati pemandu berhemah yang lain. Tolonglah wahai rakyat Malaysia, jadilah pemandu yang berhemah tinggi, jangan nak tunggu abang polis bagi sama atau nyawa sendiri melayang.

 
Lampu trafik bernombor. Kalau ada nombor senang, senang untuk apa? Ada masa lagi untuk pecut atau sedia untuk berhenti? Fikir-fikirkan lah. Jangan bila kena saman dengan polis baru nak cakap banyak.

  
Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

  1. ehh,cam trafik light kat roundabout kt penang jer.
    huhuhu..hr tu dah hmpir xcident kt situ.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...