Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Diizinkan Allah s.w.t aku menulis apa yang dikhabarkan kepadaku
Mengenai kelahiran Nabi Isa
Pohon Tamar
Hari ini 25 Disember, penganut agama Nasrani (Kristian) menyambut Hari Natal atau kita kenali sebagai Hari Krismas, tujuannya menyambut hari kelahiran Nabi Isa (Jesus), pada tahun sudah, ketika Krismas tahun 2009 aku mendengar cerita dari seorang pendakwah di Bumi England mengenai bila sebenarnya tarikh kelahiran Nabi Isa, adakah baginda dilahirkan pada 25 Disember ?
Dimulakan dengan persoalan kepada kami " Is it true Isa a.s was born in Dicember 25?" aku mula memikirkan, mungkin benar mungkin salah. 25 Disember berada di dalam musim sejuk bagi negara di kawasan hemisfera Utara, termasuk Palestin di mana baginda dilahirkan. Nabi Isa dikatakan lahir di sebuah bandar di Bethlehem بَيْتِ لَحْمٍ (Rumah Daging) בֵּית לֶחֶם manakala dalam bahasa Ibrani (Beyt lehem) yang membawa erti (Rumah Roti). Bagi penganut Kristian mereka menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s pada 25 Disember iaitu pada musim sejuk, sekali lagi "adakah ianya benar dan selari dengan wahyu?"
Surah Maryam Ayat 23 -24
فَأَجَآءَهَا ٱلۡمَخَاضُ إِلَىٰ جِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ قَالَتۡ يَـٰلَيۡتَنِى مِتُّ قَبۡلَ هَـٰذَا وَڪُنتُ نَسۡيً۬ا مَّنسِيًّ۬ا
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
وَهُزِّىٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَـٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبً۬ا جَنِيًّ۬ا
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak
Kami diberikan ayat tersebut, cuba perhatikan ayat "supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak" dan cuba fikir pernyataan ayat tersebut dengan waktu kelahiran Nabi Isa a.s. Aku mengalah kerana aku tidak faham pernyataan ayat tersebut, lalu kami diterangkan maksudnya, kenapa diceritakan mengenai buah Tamar.
"Adakah kamu tahu, bila petani menuai buah tamar yang masak?" jawab aku dalam hati "aku tak tahu, rasanya di musim panas" Lalu beliau menerangkan kepada kami, buah tamar dipetik ketika musim panas dan Allah mewahyukan Maryam ibu kepada Isa menggocangkan tamar "yang masak" (buah tamar masak pada musim panas) sedangkan penganut Kristian menyambutnya 25 Disember iaitu pada musim sejuk ianya bercanggah dengan wahyu yang secara tersirat menyatakan Nabi Isa lahir di musim panas bukan musim sejuk.
"Summer is also the time when farmers literally begin to reap the fruits of their labour, having carefully tended their plantations for the good part of the year"
Sumber rujukan : Date Palm Harvest
Jadual Suhu Purata Bagi Bandar Jersalem
(berhampiran dengan Bandar Bethlehem)
(berhampiran dengan Bandar Bethlehem)
Terbukti bulan Disember di Bandar Jerusalem masuk dalam musim sejuk, sedangkan wahyu pula memberitahu (secara tersirat) Nabi Isa lahir di waktu musim Panas.
1. Di dalam al-Quran menyebut mengenai tamar yang masak
2. Tamar masak dan gugur pada musim panas
3. Orang Kristian Menyambut kelahiran Nabi Isa /Jesus pada 25 Disember
4. Bulan Disember di negara Hemisfera Utara adalah di dalam musim sejuk
5. Nabi Isa Lahir semasa musim panas/ pertengahan tahun (berdasarkan wahyu perkaitan buah tamar)
Sebarang kelemahan diatas penulisan artikel ini saya mohon keampunan dari Allah s.w.t serta saya amat terbuka menerima sebarang pandangan dan teguran dari pada pembaca sekali
Wallahualam
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
good info...tq
BalasPadamgood one..mmg takdir saya baca ur blog hri ne..last time saya baca the surah and that ayat, tak faham apa yg dhurai kan..but now afta i read this, Alhamdulillah saya faham :)
BalasPadamAlhamdulillah kalau macam tu, apa yang saya ada insyaAllah saya akan kongsikan, tapi banyak lagi yang saya perlu belajar... Allah pun bagi ilham untuk saya ingat.. syukur dengan IzinNya...
BalasPadamthank u for d sharing :)
BalasPadam-jo
jazakillah khair
BalasPadam