Sabtu, 11 Disember 2010

Selamat Membaca

    Ini matawang yang sebenar! Bebas dan Adil

   Pada minggu sudah aku telah mempelajari sedikit ilmu mengenai ekonomi serta aku menghadiri seminar berkaitan logam Perak di Bishop. Menarik jugak sebab benda ni best, berbagai persoalan bermain difikiran aku selama aku menglibatkan diri dengan dunia muamalat. Dari mana orang boleh cetak duit? Kalau depa cetak duit, berapa banyak yang depa nak cetak? Kalau kerajaan (Bank Negara) boleh cetak duit sendiri, kenapa nak pi pinjam dari bank lain IMF?  Kenapa duit Indonesia tak sama dari segi nominal (angka) duit Rupiah sehinggakan beribu-ribu juta-juta, sedangkan duit kita hanya RM 1,5,10,50, 100. Dari mana duit ada nilai? Banyaklah persoalan yang bermain difikiran aku.


   Sebagai langkah permulaan aku dan kawan aku ada menyimpan beberapa keping wang perak iaitu Dirham untuk digunakan  sebagai transaksi dalam urusniaga. Katanya lebih adil, aku belum lagi cuba menggunakannya, insyaAllah aku akan cuba, jadi sapa-sapa yang teringin nak berurus niaga dengan aku dengan Dirham no problem. Akhir sekali, kurang pengetahuan dalam kalangan masyarakat kita amat la merugikan, kalau ada masa jenguk la sikit pasai Dinar & Dirham.






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...