Selasa, 17 Disember 2013

Laungan Azan Maghrib di Kota Seoul

Tempat Menarik di Korea Selatan
Itaewon merupakan sebuah mukim di Kota Seoul. Di sini boleh dikatakan syurga makanan halal antaranya makanan halal dari negara seperti Turki, India malahan makanan halal tempatan juga boleh didapati di sini. Ia menjadi tumpuan terutamanya pelancong Muslim setiap kali berkunjung ke Seoul. Di sini juga terletaknya sebuah Masjid yang pertama dibina di semenanjung Korea lebih dikenali sebagai Seoul Central Mosque. So tempat ni salah satu destinasi "mesti" pergi jika korang bercuti di Korea Selatan.

Di sini korang berpeluang bertemu dengan muslim dari pelbagai negara termasuk juga muslim tempatan. Aku ke sini dah nak dekat maghrib,suhu tak payah habaq la memang sangat sejuk. Kedudukan masjid ni agak tinggi sebab terletak di kawasan bukit. Waktu tu aku dapat tengok matahari terbenam sambil mendengar laungan azan, inilah antara kenangan manis dan terindah sepanjang bercuti di Korea.




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

4 ulasan:

  1. Video dari atas tangga masjid. Dua kali berpeluang solat dekat sini, masa nak ambil wuduk tu dah macam pakai air ais , second time datang baru tahu pili boleh keluar air panas hahaha. Tapi on the way nak naik ke atas tu still sejuk mencengkam, tak tahulah keadaan betul betul peak winter macam mana agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak berpeluang nak solat jumaat... Masa kat busan saya amik wudhuk dengan air sejuk, sebabnya pusing kepala pili ke kiri (untuk bagi panas) tapi air tak panas2... tiba2 ada datang orang indonesia dia cakap kalau nak air panas pusing kepala pili ke kanan.... aduh tak terpikir, mungkin otak dah beku... hahahaha....

      Padam
  2. Assalam. Tahniah kerana dpt menyediakan blog utk tatapan umum. Anda tlh memudahkn urusan org lain dgn cara bkongsi mklumat. Sy sdg menyiapkan itinery ke busan dan seoul utk trip june 2015, insyaallah.
    Semoga Allah memudahkn urusan anda dimasa akn dtg. Syukran jazillan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, terima kasih akak, terima kasih jugak kepada rakan-rakan lain yang banyak membantu, mudah-mudahan hajat akak nak Bercuti ke Korea tercapai....

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...