Selasa, 30 April 2013

Kembara Solo Medan (Part 4)

MUZIUM BATAK

Keunikkan Pulau Samosir membuatkan aku rasa nak sangat ke sini. Pulau Samosir ni merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terletak di tengah-tengah tasik. Pulau ni juga merupakan pulau dalam pulau yang terbesar di dunia yang terletak kira-kira 1000 meter dari paras laut.

Pagi ni aku bangun awal aku bersarapan dan dengan berpandukan peta yang ada aku bertawakkal sorang-sorang untuk keliling pulau dan ni first time aku guna skuter. Macam-macam hal jadi...

Plan aku pagi tu, dari Tuk Tuk aku akan terus ke Simanindo yang terletak kira-kira 25 km dari sini. Kat sana cuma ada Muzium dan aku ingatkan kerusi batu kat sana, rupanya aku tersilap info, tak pe la aku on je ke sana. Sambil bawak skuter tu aku layan pemandangan kat Pulau Samosir.



 Kedai Cenderahati

 Kedai Ubat, kat sini aku tak jumpa klinik pun...

Rumah Makan (Restoran) Halal 

 Makanan fames kat Pulau Samosir. Mau oder ka? hehehe

Dalam perjalanan nak ke Simanindo aku melalui kawasan Kubur Raja Batak , Raja Sidabutar, tak berhenti pun, kat situ ada kubur dan tak ada apa yang menarik kat sana. Kubur raja kat sini kebanyakkannya ada simbol-simbol agama dan raja Batak yang latest-latest ni menganut agama Kristian.

Makam Raja Sidabutar, tak singgah pun, amik gambar tengok peta tengok jalan, terus blah...

   Jalan raya kat Pulau Samosir ni kecik je, sekali sekala tu kena ingat la ni jalan raya, jangan suka-suka hati bawak macam jalan kampung. Sepanjang jalan nak ke Simanindo anda disajikan dengan pemandangan yang enak enak gitu. Ada kampung-kampung, boleh la tengok rumah tradisional orang Batak, pas tu ada kebun-kebun dan jugak sawah padi yang diusahakan penduduk kampung.



Rumah Tradisional orang Batak 

Kat Pulau ni banyak gereja, sebab majoriti penduduk Pulau Samosir beragama Kristian 

Hari ni hari ahad so hari gi sembahyang kat Gereja la.

   Lebih kurang 30 menit, aku pun sampai la kat Simanindo, kat situ ada la muzium dan bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium, tour guide mu kena bayar lebih la, kalau mau hemat ngga perlu tour guide. Sebenarnya ada info yang korang boleh baca sendiri, so aku rasa tak perlu la kot tour guide nih since aku nak jimat. 

   Sayangnya aku tengok muzium ni macam tak dijaga dengan baik, penuh dengan habuk-habuk dan banyak barang yang dah nak rosak. Bagi aku, benda-benda tradisional ni ada nilai tersendiri dan perlu dijaga dengan baik, sayang bukan senang nak buat dan kalau boleh buat balik pun tak akan sama macam yang original.

Jom tengok kawasan sekitar muzium!

Dari luar Muzium 

Gambar lama yang ada kat dalam Muzium 

Sekali tengok macam batu, tapi sebenarnya patung ni dibuat daripada abu mayat! 

Lambang kesuburan orang Batak 

Patung ni pulak digunakan dalam ilmu sihir. Sebelum orang Batak menganut agama Kritian, bab sihir menyihir orang ni memang jadi amalan 

Dancing area, waktu tu aku datang awal sangat pertunjukkan mula jam 11.30 pagi dan bayaran tambahan dikenakan kalau nak tengok persembahan.

Aku amik masa kat sini lebih kurang sejam, satu persatu barang aku teliti dalam muzium, gigihnya aku. Lepas tu aku masuk ke kawasan dancing area, dalam tu ada la rumah-rumah tradisional orang Batak, nak masuk tak berani sebab kat situ tak ada orang pun, hanya aku saja!!! So "Forever alone"

Sepeda motor aku hidupkan dan lokasi seterusnya, kerusi batu!

~Bersambung~


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
(Tengah Hujan kat IPG dalam bilik di Blok Ciku)

Sabtu, 27 April 2013

Plan Tips Melancong Ke Busan



Alhamdulillah tiket ke Busan dah ditempah, kali ni boleh dikatakan trip gila-gila jugak. Lepas dari trip Medan secara solo hari tu, kali ni aku plan nak pergi lebih jauh dan AirAsia ada buat promo, Kuala Lumpur - Busan hanya RM437 pergi dan balik. So kali ni aku nak share travel itinerary yang aku dah buat. Kalau-kalau ada geng-geng yang dah pernah ke sana atau nak ke sana nanti boleh la bagi cadangan.



Plan aku tak nak spend banyak masa di Busan, sebabnya aku search di internet tak ada yang menarik sangat di sana. Mungkin tak search habih la kot, hehe. Trip ni belum kasi nama lagi, mungkin Trip Busan - Seoul, tapi nama macam tu nampak skema sangat.


Macam yang aku plan kat atas, sampai je kat Busan aku akan terus ke Seoul, pengangkutan aku akan pilih KTX (Keretapi Laju). So kena tengok-tengok la jugak macam mana aku nak ke Stesen KTX dari Gimhae Airport.

Kemudian dah sampai di Seoul, stesen KTX ni akan stop di mana? Semua tu nak kena check, pastu penginapan aku. Ada aku list mana tempat yang kawan-kawan aku dah pernah pergi ada yang cadangkan tinggal berhampiran Itaewon sebab dekat dengan tempat makanan halal.

 N Tower

Masjid Itaewon, kat sini katanya banyak makanan halal

Suasana di Namdaemun Market

 Ni tempat yang aku suka, nak melawat ke rumah-rumah tradisional orang Korea, aku rasa tempat ni macam Sarawak Cultural Village, hampir 6 jam aku kat sana, sini mungkin lebih la kot...

Istana Changdeokgung

 Seoraksan, pemandangan yang aku akan lihat nanti tak mungkin macam ni, sebab masa pergi tu dah pertengahan november entah sempat atau tak nak tengok autumn foliage.

Kalau tak ke Seoraksan, Plan B nak ke YongPyong, bukan Pyongyang tau!



Pulau Nami

Sekarang ni pulak ada konflik antara Korea Selatan dan Korea Utara, aku pernah plan untuk ke DMZ (Kawasan berhampiran North Korea) kawasan tu kita boleh nampak Korea Utara, kalau nak tahu cerita mengenai tempat ni kena la baca kat interent. Aku pernah tengok movie korea DMZ yang menceritakan persahabat antara tentera Korea Utara dan Korea Selatan, dia ada la masukkan lokasi tempat ni, tapi bukan buat kat tempat betul-betul la. Harap-harap tak ada yang serius sangat la, dan Seoul sedang berunding dengan Korea Utara, moga-moga perang tak meletus la.

PERHATIAN

Bagi sesiapa yang baru nak buat passport Jabatan Imigresen dah keluarkan spesifikasi baru, gambar dulu background biru tapi sekarang dah tukar kepada background putih. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini

Sebarang idea pasai travel itinerary, aku persilakan baik yang dah pernah pergi atau baru plan nak pergi.

Nak Plan cuti anda ke Seoul atau Busan tahun 2014? Klik [di sini]

Baca Entry Terbaru Bercuti di Korea


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
KEMASKINI 16 JUN 2013

Ahad, 21 April 2013

Kembara Solo Medan (Part 3)

Dah rasa puas aku tidur dalam jam 5.30 petang aku bangun. Cuci-cuci muka terus keluar jalan-jalan kat sekitar Tabo Cottages. Pemilik Tabo Cottages ni orang German, dia memang fasih Bahasa Indonesia. Jom tengok kawasan sekitar Tabo Cottages...

Penuh dengan kehijauan, damai itu indah! 


 Ada pulak pondok macam ni, aku pun naik

 Cuaca agak berjerebu (Kabut), kata receptionist Tabo Cottages tu, dah banyak hari tak hujan.

Dari atas pondok tu boleh nampak sekitar hotel. Rumah taukeh hotel tu pun dekat situ jugak.

Waktu maghrib di sini lebih kurang jam 6.30 pm. Jadual waktu solat boleh download dari internet sekali dengan arah kiblat. So aku solat maghrib dulu sebelum keluar cari makan. Sebelum ke sini, ada aku baca blog yang kata makanan halal di sini tak la susah nak cari. Makanan halal? Ya, penduduk kat Pulau Samosir ni majoriti orang beragama Kristian.

Lepas maghrib aku, pergi ke receptionist tanya Rumah Makan Islam. Katanya tak jauh mana pun, letak betul-betul belakang kotej yang aku menginap, jalan 100 meter dan belok ke kanan. Rumah Makan Islam Fajar. Alhamdulillah

Ni la juadah yang aku makan untuk malam ni.

Nasik tu aku tambah lagi satu pinggan, ikan nila dua ketul, sayur tumbuk ubi, sambal apa ntah, tapi sedap. Pastu aku oder air teh o panas (Orang kat sini bilang : teh manis panas atau teh manis dingin). Harga pulak lebih kurang la macam kat Malaysia, total Rp 27,000. Sambil makan tu aku layan cerita indo kat TV.

Lepas makan tu, aku jalan-jalan tapi tak jauh mana pun, jalan kaki satu hal, lepas tu gelap pulak. Tak berani aku nak pegi jauh-jauh, so aku berpatah balik ke kotel, lepak-lepak kat restaurant dia. Layan internet kat sana yang sangat laju. Sambil-sambil tu cari-cari maklumat untuk perjalanan esok.

Map tu boleh mintak 


Untuk esok aku sewa motor (Kat sini motor dia panggil Kereta atau Sepeda Motor, adeyhh), aku deal masa aku check in tadi. Harga untuk sehari Rp 80,000 minyak siap isi penuh. Aku tak dak pilihan lain, mula-mula tu teringin nak naik Jupiter MX atau kat Malaysia LC135  tak dak rezeki dapat la naik skuter. 

Benda yang aku suka kat Tabo Cottages ni tempat dia hijau dan sunyi sangat-sangat, dan satu benda yang aku tak suka, bilik berhabuk! Aku pulak kerja mengibas-ngibas buang habuk kat atas katil.

Selimut dia bagi nipis, tapi aku dah ready dengan baju sejuk dan stoking. Malam tu aku tidur nyenyak, balas dendam sebab dah sebulan aku tidur tak cukup siapkan assignment.

Bersambung~



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tips Bercuti di Medan

Horas! Aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bercuti di Medan. Trip kali ni adalah trip solo, nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup, kononya la.

Sampai saja di airport, memang kebanyakan sumber-sumber yang aku baca dalam blog yang pernah ke Medan, Pegawai Imigresen memang tak mesra lansung, masam je muka. Sebelum mendarat AA akan bagi form untuk di isi dan pastikan kita ada alamat tempat untuk menginap nanti.

Medan bukanlah syurga untuk shopping-shopping dan matlamat aku ke sini untuk ke Danao Toba dan Air Terjun Si Piso Piso yang lain-lain tu kira pakej la

Tempat untuk menarik untuk di lawati semasa anda bercuti di Medan :

1. Danao Toba

Kat Danao toba ni la terletaknya Pulau Samosir yang menjadi salah satu tempat tinggal Orang-Orang Batak


Danao Toba 

2. Pulau Samosir

Untuk ke sini, kena naik Feri. Masa hari tu aku naik Raja Taxi, sampai kat stesen taxi aku tunggu jap dalam setengah jam, pukul 2.30petang bergerak ke Jeti. Tambang diorang kutip waktu nak dekat sampai,            Rp 10,000 seorang. Bagi tahu kat orang feri tu kat mana kita menginap, macam aku kat Tabo Cottages dia akan hantar ke sana, kalau tak bagi tau, diorang jalan terus, jangan jadik macam aku!

Kat sini ada tarikannya sendiri. Bagi aku tempat ni sesuai untuk pergi relaks-relaks. Tempat bersejarah kebanyakkannya Perkampungan orang Batak dan juga Makam Raja-raja Batak.

Untuk pusing-pusing kat kawasan Pulau Samosir ni aku Sewa Skuter atau orang Indonesia panggil kereta atau Sepeda Motor.

Tempat yang paling aku suggest untuk pergi :

Kerusi Batu Huta Siallagan 

Kat tempat ni ada di tunjukkan beberapa buah rumah tradisional Orang Batak dan tarikan utama ialah Kerusi Batu yang berusia hampir 500 tahun. Orang-orang kat Pulau Batak ni baik-baik, dia tahu yang aku agak celaru mencari jalan untuk ke Kursi Batu, diorang tolong tunjuk jalan ke sini. Jalan nak masuk tu agak teruk, berbatu-batu dan aku suspek kat situ la motor (sepeda motor) yang aku naik tayar dia pancit.

Tips bercuti di Medan
Pintu masuk



Tempat Menarik di Medan
Kerusi Batu ni macam mahkamah la. Yang kerusi kecik tu untuk orang salah

Tempat menarik di Medan
Pak Cik ni dibayar untuk ceritakan segala benda yang ada kat Perkampungan Batak ni. Aku memang tanya soalan bertalu-talu, dah nama pun bayar, tanya puas-puas! 


 Siap suruh dia ambil gambar lagi. Raja Batak yang barukah?

Lepas dah kita melawat ke semua tempat, pak cik tadi tu pesan."Kalau mahu keluar mesti ikut jalan sana... jangan keluar dari pintu masuk" Aku pun dah dapat agak apa trick tu, hehehe....

3. Air Terjun Si Piso Piso

Ok, ni kepada yang jenis minat tengok tempat-tempat hutan macam aku. Aku memang suggest sangat-sangat untuk ke sini sebab sangat cantik! Untuk ke sini elok pergi masa nak balik ke Medan dan masa yang sesuai time pagi, kalau petang tak cantik.

Perjalanan ke sini, tuhan saja yang tahu, jalan raya teruk dan dalam perjalanan ke sini aku pun dan nak meloya termuntah. Tapi bagi aku sangat berbaloi jika korang datang bercuti di Medan!

Untuk masuk ke tempat ni kena bayar, Rp 5000 seorang.






Mula-mula tak nampak pelangi tuh... Bila dah ada Subhanallah, aku sangat kagum sangat cantik!

Cara untuk ke Air Terjun Si Piso Piso ni kena la sewa sebuah kereta. Aku amik trip ni dari Parapat ke Medan, jadi on the way ke Medan bagi tau driver untuk ke sini. Pastikan deal awal-awal dengan driver, takut-takut diorang charge lebih pulak.

4. Berastagi

Dalam perjalanan ke Medan, boleh singgah di Berastagi, tempatnya sejuk lebih kurang macam Cameron Highland dan tak banyak sangat tarikan. Kat sana boleh beli buah-buahan segar, dan boleh naik kereta kuda .

5. Kota Medan

Ok, ni pulak di sekitar kawasan bandar. Kat Kota Medan ni aku naik betor (Beca Motor).



Betor

 Antara tempat yang menarik di lawati :

i) Merdeka Walk

Sebenarnya tempat ni macam kat Waterfront Kuching, ada banyak kedai-kedai makan yang terbuka dan bersih. Kawasan ni menjadi tumpuan orang ramai lepak-lepak dan Jogging.

ii) Pajak Ikan

Tempat orang Shopping baju dan kain telekung.

iii) Masjid Raya


Masjid Bersejarah di Kota Medan


Masa aku singgah kat Masjid Raya, nampak geng mat salleh ni menarik perhatian aku. Nampak comel la pulak bila diorang pakai kain pelikat.

iv) Sun Plaza & Medan Plaza

Aku tak ingat kat mana yang ada jual Es Teller, masa sebelum pegi ke Medan, aku baca blog-blog yang pernah ke sini diorang dah cuba Es Teller. Kalau dah sampai rugi la kalau tak cuba.


Es Teller, ais sagat, gula melaka, santan dan buah nangka. Bagi aku sedap!

Selain tu banyak makanan sedap-sedap yang boleh kita cuba...

Murtabak

Teh Botol, errkkk yang ni tak sedap

vi) Istana Maimoon

Istana Maimon


Sekarang ni jom tengok the next Tips Bercuti di Medan, Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh aku bercuti di Medan :



So, itu saja lah cerita trip solo aku di Medan. Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu geng-geng yang suka mengembara macam aku, so korang ada la sikit idea dan boleh la bajet siap-siap sebelum ke sana. Sebarang soalan, komen kat bawah, kalau aku free aku jawab. Terima kasih, adios!


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...