Sabtu, 20 April 2013

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Part 4)

Lebih kurang jam 12.30 pagi semua dah bangun. Jangan ada yang nak liat-liat, kalau tak memang kena tinggal. Tidur aku cukup nyenyak malam tu. Alhamdulillah berita baik juga yang aku dengar dari guider. Cuaca elok di luar tapi jalan sedikit licin. Syukur!

Pagi tu aku bersarapan secara ekspress, roti dengan sambal dalam tin, ada orang baik hati bagi. Lalu atau tak lalu makan, wajib makan, nanti perut lapar, kat atas sana tu bukannya ada apa-apa, melainkan batu! Nak makan batu?

Cikgu aku tak dapat meneruskan ekspedisi sampai ke puncak, dia mabuk altitud rasanya, pening-pening dan muntah, tapi tak hairan la dia dah banyak kali sampai ke sana. Pagi tu semua orang dah bersiap sedia untuk ke puncak, dan kami akan sampai ke sana semasa matahari terbit. 

Perjalanan dari Panar Laban ke Puncak Gunung Kinabalu kali ini lebih mencabar, mendaki ketika gelap dan berbantukan dengan headlamp kemudian jalan yang agak licin, cuaca yang sangat-sangat sejuk, laluan tracking yang hampir vertical. Semuanya aku tempuhi...

Akhirnya.....







Di Puncak Low 4,095.2m 

 South Peak

 Ugly Sister



 Telinga Kaldai (Donkey Ears Peak)

 ~TAMAT~



Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...