Khamis, 19 Ogos 2010

Jom Tau Bahasa Turki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekapur Sireh,

  "Jom Tau Bahasa Turki" dengar saja kepada tajuk dah tentu entri kali ini mengajak para pembaca untuk mengenali Bahasa Turki dengan lebih dekat. Kalau orang lelaki dan sesetengah kaum wanita meminati Bahasa Jepun, mungkin pengaruh anime. Dan dari pengamatan saya, kebanyakkan wanita suka Bahasa Korea, kalau kat FB ada saja yang letak tulisan Korea, mungkin sebab minat mendalam kat mamat-mamat Korea tuh.

ひらがな, 平仮名 カタカナ, 片仮名

Hiragana, Katakana,
Saya tak tau, nak pi mana.
조선글 
Hangul


My Name is SAFVAN

Sedikit Pengenalan


Türkiye Cumhuriyeti

asyik iye, tapi tak reti.


(pantun dua kerat)

   Bahasa Turki merupakan bahasa yang dituturkan secara rasmi di negara Turki dan Cyprus Utara. Terdapat juga golongan minoriti yang menetap di negara lain menggunakan Bahasa Turki seperti di Kosovo, Macedonia, Romania dan juga Iraq. Tulisan yang digunakan ialah tulisan Latin seperti juga Bahasa Melayu, namun sedikit berbeza dengan tambahan beberapa huruf.

   Bahasa Turki menerima pengaruh daripada bahasa Arab, malah pada zaman sebelum kejatuhan Khalifah Islam Turki Uthmaniyah dikatakan banyak perkataan dalam bahasa Turki adalah daripada Bahasa Arab dan Parsi. Bila masa pemerintahan Kamal Ataturk, dia melakukan kajian bagi menggantikan bahasa pinjaman (Arab & Parsi) menjadi bahasa Turki yang tulen. Awat la dengki sangat Kamal ni???

Logo Empayar Turki Uthmaniyah

  Pada Zaman Kegemilangan Islam di Turki, tulisan yang digunakan ialah tulisan Arab, sama juga seperti negara kita Malaysia. Namun negara kita juga nampaknya meminggirkan tulisan jawi, dan tulisan jawi ini hanya sebagai medium penyampaian dalam buku teks agama sahaja, lebih teruk ada diantara pelajar yang BUTA JAWI.

Tulisan Ottoman, semasa lawatan aku ke Konya aku sempat tengok dan belajar serta berkongsi mengenai Tulisan Jawi dan Tulisan Ottoman, kata seorang Sahabat kami di Konya
"Tulisan ini penting dan melambangkan kesatuan Ummah"

Ni semasa berbincang mengenai tulisan Jawi dan Ottoman, sama dan serupa tetapi sikit-sikit berbeza.

Sistem Tulisan Bahasa Turki & Kisahnya Sebaliknya


çay!!!


Teh !!!

 Tadi ada diceritakan huruf tambahan, meh nak bagi tau supaya bila baca artikel yang saya tulis tak la terpinga-pinga, pasai apa (i) tak ada titik
e - (ke "re" ta) bunyi "re"

ı (huruf "i" tanpa titik) - ("ke" reta) bunyi "ke"
contoh: Topkapı dibaca Topkap"e" (ke) dalam Jejak Rasul & Buku Teks sejarah salah ejaan

c - bunyinya "j"
contoh: Acaip dibaca A"j"aib

ç (huruf "c" berekor) - ch

ğ - huruf ini dipanggil "silent 'g' " tidak dibaca

ş (huruf "s" berekor) - sh

ö & ü - sukar la nak jelaskan, bunyinya sama macam huruf "o & u" cuma bunya dia comel-comel gitu

w - tiada dalam bahasa Turki, orang Turki kebanyakkannya tak boleh sebut huruf ni, bila depa nak sebut "lawyer" (peguam) terus jadi "lavyer" 

Aku berhadapan dengan situasi huruf "w" ni sewaktu di Istabul, aku jumpa 3 orang Turki di Stesen Keretapi Sirkeci, salah seorang memperkenalkan diri, dia cakap di belajar kat universiti "I do Lavyer". Huhuhu pening jugak aku memikir apa benda "Lavyer", nasib baik kawan aku dapat tangkap, aku pun tak blur la.
Nama aku dieja "S.A.F.F.U.A.N" jadi sama la juga dengan "S.A.F.W.A.N", huruf "W" masalah kepada sesetengah orang Turki nak menyebutnya maka jadilah nama aku SAFVAN, maşaAllah.


Tengok macam mana orang Turki mengeja mengikut kesesesuaian lidah mereka

Malaysia - Malezya ( sama macam Bahasa Arab)


Kuala Lumpur - KOVALANUMPUR 

(diTurkikan nama Kuala Lumpur)



Jom Belajar Bahasa Turki



Macam mana nak baca???


Ucapan Ramadhan yang aku buat khas untuk sahabat di Turki


Apa khabar? - Nasılsınız?

Baik, Alhamdulillah - çok iyiyim, Elhamdullilah

Berapa umur kamu? ( orang Turki suka tanya umur aku berapa) - kaç yaşındasınız?

Dua puluh tujuh - yirmi yedi

sembahyang - namaz

di mana? - nerede?

di mana tandas? - tuvalet nerede?

berapa harga? - ne kadar?

Jemput makan - Afiet Olsun

Semoga Allah merahmati anda - Allah razı olsun

Terima Kasih - teşekkür ederim

selamat tinggal - güle-güle





Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Hujan Rintik malam ramadhan mengenang sahabat jauh
Sungai Nibong

11 ulasan:

  1. wah..nice sharing... belaja bahasa turki hari ni..tambah ilmu baru..

    teşekkür ederim

    BalasPadam
  2. nice one savuan...hehe

    bole bnykkn lg post cmni...

    (kalo xkenai dato' h ni sape...ak la budak yg nama start ngan huruf h yg duk rumah kmb @ notts)

    BalasPadam
  3. Good work. Appreciate it..
    Bersemangat btl.. ;)

    BalasPadam
  4. w sebut v?
    sme cam bhsa german..
    B.M.W (bay em vay)

    BalasPadam
  5. Mohon kongsi bahan rujukan belajar bahasa turki amirul.mnaak@gmail.com tq

    BalasPadam
  6. Bestnya.. boleh x jadi guru bahasa turki saya? Saya nk buat psediaan ke Istanbul 2016

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan.

    Mohon ajar bahasa turki boleh? Kalau ada ebook utk belajar asas bahasa turki pun bagus juga.

    Ini email saya faramodesty84@gmail.com

    Teşekkür ederim

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, saya tak anjur kelas bahasa turki, saya juga tak menghasilkan sebarang buku seperti e-book dan sebagainya... alternatifnya awak boleh belajar secara online atau download ebook dari laman web... http://egitim.erciyes.edu.tr/~arak/3.TurkceOgreniyorum.com/27-31Ocak2014TR_EgiticilerSemineri/english_turkish_deutsch/TeachYourselfTurkish.pdf

      Padam
  8. Alhamdulillah..
    Akhirnya dapat juga belajar bahasa turki..
    Sebelum ni nak sangat belajar tapi tak kesampaian..
    sebutan dia agak sukar sikit..
    insha allah..
    akan cuba..
    Thanks a lot Saffuan..
    thank you..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...