Sabtu, 14 Ogos 2010

Aku Letih Berpuasa!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

   Alamak Ramadhan dah nak dekat ni! Kena la makan puas-puas nanti posa tak dapat nak makan lagi (1) Pi pasar malam nak beli "Ayam Percik, Sate, Apom Balik, Kek, macam-macam lagilah..."

Makanlah puas-puas sebelum Ramadhan

   Beberapa minggu kemudian, Ramadhan pun datang. Alamak! Esok nak kena bangun awal, tak sahur lapaq pulak. Aduh Ramadhan memang meletihkan la. Lagi letih bila nak menunggu waktu berbuka puasa, macam tunggu kucing bertanduk ja. Pendek kata Bulan Puasa (Ramadhan) bulan yang meletihkan dan menyebabkan produktiviti kita makin teruk, mana taknya. Puasa dah la berjam-jam, kena bangun awal... arghhhh!!!


Jika aku berfikiran sedemikan..

Aku sebenarnya SALAH!!!

Cuba kita kembali ke zaman mula Islam nak berkembang, bayangkan 
Bayangkan...bayangkan...bayangkan...
Di tengah padang pasir yang panas dan gersang, di tengah-tengah kesusahan, dan di dalam serba kekurangan....

Perang Badar

"Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2H, di mana tentera Islam seramai 313 orang mengalahkan beribu-ribu Tentera Musyrikin"

"Di sebalik kepayahan, Kota Makkah dibuka pada 10 Ramadhan 8H"

"Dalam kepenatan berjuang, Tentera Salib dikalahkan oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam perang Hittin pada 584H"

"Dan, dalam bulan Ramadhan mereka menggemilangkan syiar Islam, Kota Sepanyol dibuka oleh Tariq bin Ziyad (Tariq el-Tuerto) pada 92 H"

Bukankah kesemua pencapaian itu, kegemilangan itu dicapai di dalam Ramadhan?
Bukankah mereka juga berpuasa sebagaimana kita puasa hari ini?
Bukankah puasa mereka lebih mencabar dari kita?

Puasa Perisai Diri

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
"Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking.Jika sesorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: 'Sesungguhnya, aku sedang berpuasa'."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Selamat berfikir

Sumber : Khutbah Jumaat di Masjid Sungai Nibong 13 Ogos 2010 & Dr Danial





Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Pedoman buat aku

1 ulasan:

  1. Rasulullah saw sendiri berpuasa ketika perang..

    Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Fateh dan tenteranya rata2 puasa ketika perang..

    Kita ni manja sgt.. sikit2 dah mengeluh.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...