Isnin, 16 Ogos 2010

Alughatul Mat Salleh


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum aku tidur aku suka membaca untuk mencari idea. Maka timbul lah idea untuk menulih... Ha... Entry sebelum  ni aku asyik dok cerita ceriti yang aku tak faham apa yang Mat Salleh (UK) cakap. Kenapa, mengapa ini terjadi? Persoalan ini akan aku rungkai satu persatu, hehehe.

   Macam di negara kita, ada macam-macam loghat, Loghat Perelih sampai la ke negeri bawah bayu. Macam tu la jugak dengan UK.

"Kau nak gi mane?" ( Selatan)

"Hang nak pi mana?" (Utara)

"Mu nok gi mana?" (Kelantan)

Maaf le loghat Malaysia timur den tak tau.

   Di UK aku tinggal di England (salah satu kerajaan bersatu, UK terdiri dari negara Scotland, Wales, Ireland Utara dan England), dan di England pula aku tinggal di Nottingham yang terletak pula dalam lingkungan kawasan East Midlands

Kawasan Merah, adalah kawasan East Midlands, Nottingham terletak di kawasan ni la.

   La ni aku nak cerita macam mana loghat di tempat yang aku tinggah nih. Loghat di Nottingham dikenali sebagai East Midlands dialect "Dialek Timur Tanah Tengah". Dari pengamatan aku, loghat ni tak la meluas sangat tapi kadang-kadang aku ada terdengar la jugak bunyi yang pelik-pelik. Kisahnya...

   Suatu hari aku ke Car BOOT Sale (Bukan masuk dalam boot kereta tau), Car Boot ni macam pasar, tapi jual benda-benda terpakai.

Ni la Car Boot Sale, dah menjadi kebiasaan orang putih ni, depa suka dengan anjing, waktu tu aku tengok punya la besaq anjing yang perempuan Mat Salleh tu bawak, anjing tu pulak tak berenti "auk!auk!auk!" Tuan dia marah kat anjing tu dan dia cakap...

"Shuttya Ghoub!"
apa maknanya? Hmm... hampa boleh agak tak?


   Ok la, aku bagi jawapan, maksudnya "Senyap" atau dalam bahasa orang putihnya "Shut Up!". Kalau hampa semua baca dan cuba sebut, bunyinya hampir sama dengan bahasa Inggeris Standart.

Ni aku bagi contoh sikit

Eye-up me duck!
macam hello la, tapi ini ada maksud yang lain.



Yo norrayin no tuffees!


You aren't having any tuffees (sweets)!




Thiz summat up wee im


I think he may be ill. (lit. "There's something up with him.")




Bendera Scotland



   Aku pernah dengaq loghat Scotland, aku ingat lagi, baru balik dari Loch Lomond (Tasik Lagenda Naga di Scotland) dan waktu tu musim sejuk suhu negatif, aku dan kawan-kawan berenti sat di R&R untuk berehat dan makan. Makanan kami bawak bekal, biasa la nak cari makanan halal tentu la susah. Kami bawak masuk kat dalam kawasan R&R (dalam bangunan bertutup). Kami dengan selamber buat piknik kat situ, berkelah ala-ala yang orang Malaysia duk buat kat R&R. Tiba-tiba ada sorang mak cik sekuriti orang putih  ni mai kat kami lalu dia cakap sesuatu :




Mak Cik Sekuriti : !@#$%^&*@#$%^&*&^%$ (Sambil sebelah tangan dia memegang walkie-talkie aku pun tak faham apa dia cakap)




Aku : Ya Allah apa benda dia ni cakap? (aku cakap kuat-kuat dalam BM pulak tu)




Kawan aku : jom la makan kat luar (aku dan kawan ada la dekat 8 orang)



Aku : takpa la...



Mak Cik Sekuiriti : I'm Sorry !@#$%^&* (yang aku ingat dia cakap sorry ja, yang lain sepatah haram aku tak faham)




Kami pun keluaq la makan di luar, Ya Allah sejuknya tak tau nak kata pa, sampai nasik yang kami bawak pun dah macam ais.




Mungkin itu la orang-orang di Scotland bercakap. Hahaha



Apa-apa pun "Bahasa itu Jiwa Bangsa" bahasa mewarnakan lagi kehidupan. Sapa-sapa yang pernah dengaq loghat yang pelik-pelik boleh la share dengan aku.








Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tengah Kebas Kaki
Sungai Nibong, Malezya

1 ulasan:

  1. menarik entry ni...
    bagus juga belajar banyak bahasa... =)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...