Ahad, 15 Ogos 2010

Yes, Yes, Yes

   Ini aku nak berkongsi kisah pasai "Yes,yes,yes" bukan la "yes" yang kita boleh buat sesuatu benda tapi ni yang lain. Macam yang aku pernah cerita dulu, Bahasa Inggeris bukan la bahasa yang melekat di lidah aku, macam tu la jugak dengan telinga capang ku ini, Bahasa Inggeris bukan la halwa telinga ku....

   Meh aku nak cerita, aku tinggal 5 orang serumah, jadi kami ni ada giliran untuk beli barang dapur/rumah, nak pi hari-hari jauh.

Sabun Basuh Baju, no idea nak pilih mana, janji boleh basuh baju aku, bersih dan wangi

Aku tak tau la pasai apa aku suka sangat teh ni...

 Jadi kami pi la ASDA ( supermaket, macam Giant la), kat sana barang murah-murah. Sebelum beli barang kami akan listkan dulu, al maklumlah berjimat cermat dan bijak belanja. Duit rumah sorang aku kutip £40. Total belanja duit rumah sebulan £200. Kena la pandai-pandai


Lepas dah beli barang jadi beratoq la nak pi bayaq. Mat Salleh depa ni baik-baik, kalau dia nampak kita macam teragak-agak nak pi beratoq dulu, depa tak la terus zupp! masuk line depa tanya dulu kita. Kalau kat sini hmm main zupp ja...Ish..ish..ish... Sampai la giliran aku, kawan aku sorang lagi tunggu kat luaq lepas pada kaunter bayar. Aku ni baru ja sampai kat UK, jadi telinga ni tak brapa nak tangkap apa yang Mat Salleh ni cakap.

Cashier : #%#^&(*($*(&^%$^&$^%$ ( aku tak ingat apa yang dia cakap)

Aku : apa yang dia cakap? (Merenung ke wajah kawan aku dengan penuh harapan)

Kawan aku : cakap yes jer... (hmmm....yakinnya dia)

Aku : Yes, yes, yes (berkata dengan yakin tanpa memahami sepatah haramm apa yang dia cakap)

Cashier : ??? (Makin blur, sebab aku dan kawan aku cakap BM)

 Jenuh jem line yang aku duk, Sambil Cashier tu ambik dua jenis beg, sebelah kanan beg plastik biasa, dan sebelah lagi beg yang mesra alam yang cantik gitu. Lalu bertanya pada aku yang masih blurrr...



ASDA menjadi pilihan dan aku bukan duta ASDA

Cashier : You want this beg ( beg plastik biasa) OR this beg ( beg mesra alam yang cantik lawa, harga £1.00)... ( Dia mengatur bahasa Inggerisnya dengan perlahan) 

Aku : I want that one (fuh.... dia tanya beg mana yang aku nak rupanya....)

Huhuhuh, memang berpeluh-peluh dan aku cukup gerun kalau dapat Cashier yang cakap loghat pekat manis nih....

Pengajaran dari cerita aku nih, kita jangan la main "Yes, yes, yes" ja tapi yes kita tu kena ada usul periksa, jangan pulak suka ikut telunjuk orang, tapi kita sendiri kena la bertanya kepada orang yang tu, supaya jelas apa yang dia mahu. Malu bertanya, sesat jalan bang..."Apa yang baik, kita jadikan tauladan" Selamat menjalani Ibadah posa...







Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Di petang Ahad
Sungai Nibong

3 ulasan:

  1. u're currently in uk kah, saffuan?
    (jgn jawab yes yea. nanti saya jealous)
    hahaha ;p

    BalasPadam
  2. nasib baik cashier tu pyabar...hehe

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...