Macam mana? Makan nasik tak duk kat UK? Senang tak nak cari makanan Halal? Seronok tak duk kat sana? Semua soalan tu menjadi halwa teinga aku. Sebelum aku ke sana, persoalan ni jugak yang bermain-main di fikiran aku. Jawapannya kat sana aku hari-hari makan nasik, sangat senang nak cari makanan halal dan bila masuk bab seronok tak duk sana? Ini jawapan yang aku bagi...
" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, molek lagi tanah air tercinta"
Makanan Halal
Makanan halal memang tak menjadi masalah, dari ayam sampai ke kambing, memang tak menjadi masalah. Yang menariknya, ada makanan halal yang kita boleh beli secara online dan akan dihantar terus sampai ke depan pintu rumah. Kalaulah tak ada makanan halal, aku makan makanan yang ada tulis "Suitable for Vegetarian" tapi kena jugak berhati-hati. Sangat Mudahkan?
Kedai makanan halal di Oxford
Masjid
Masjid tak la macam di Malaysia ataupun di Turki, masjid di UK kebanyakannya adalah rumah-rumah kedai, ataupun gudang lama. Alhamdulillah di Universiti tempat aku belajar menyediakan bilik solat yang selesa. Kalau berjalan-jalan makan angin kat tempat lain dan tempat tu pulak tak ada masjid, selalunya aku bersolat di "Services" atau kalau di Malaysia R&R, aku dan kawan aku beli la secawan kopi di kedai dan kami mintak kebenaran orang kat kedai tu untuk solat di satu ruang di kedainya, Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah la tak dapat kebenaran untuk solat.
Prayer Room (Bilik Solat) di University of Nottingham, boleh dikatakan antara yang terbesar di UK, di lengkapi dengan tempat wudhuk dan tandas berpili.
Budaya Orang UK
Orang UK aku boleh katakan depa ni berbudi bahasa. Walaupun aku terlanggar depa, depa akan cakap "Sorry" walaupun sebenarnya kita yang salah. Bab bila beli barang kat kedai, bila kita bagi duit Cahsier akan cakap "Thank You" lepas tu dia bagi la duit baki, dengan barang yang kita beli dan sekali lagi depa cakap "Thank You"
Berbeza la dengan orang kita, kalau beli barang di pasar malam atau super market, berakad pun tidak apatah lagi cakap terima kasih . Di manakah nilai budi bahasa orang kita?
Beli Barang Online
Beli barang online, mungkin kat Malaysia kurang mendapat sambutan. Di UK aku selalu beli barang online dari sekecil-kecil barang sampai la yang sebesar-besar barang. Makanan pun boleh beli secara online, dan kita boleh pilih untuk bayar secara internet ataupun cash. Kita tidak memerlukan kad kredit, tapi cuma guna kad bank (debit card) sahaja. Beli barang online sangat best dan mungkin membawa ketagihan, jadilah seorang pengguna yang bijak berbelanja, jangan membazir.
Perkhidmatan Bas
Perkhidmatan bas sangat bagus, datang pun tepat masa, dan bas pun banyak. Kalau untuk perjalanan jauh, selalunya aku beli tiket bas secara online, kalau ada rezeki boleh dapat harga serendah GBP5 dari Nottingham ke London, ikut la syarikat bas tu buat promosi atau tidak.
Bas National Express menjadi pilihan aku, mungkin sebab bas ni ja yang ada.
Bas Indigo, kalau boleh nampak pemandu bas berpakaian kemas.
Alhamdulillah, di Pulau Pinang pun perkhidmatan bas dah bertambah baik. Bas "Rapid Penang" pun dah banyak.
Musim Mengundi
Musim mengundi di UK sangat relaks, tak ada pulak poster, bendera ataupun banner. Pengundi boleh mendaftar secara online kemudian poskan borang permohonan. Bagi pelajar Universiti yang tinggal di asrama, pendaftaran dilakukan secara automatik, tak payah kita nak pi daftar. Kat tv ada debat di antara pesaing. Bagi negara Commenwealth (betul ke eja) juga boleh mengundi termasuk rakyat Malaysia, tapi kena rujuk undang-undang negara, kalau tak... bahaya.
Akhir Keyboard
Musim mengundi di UK sangat relaks, tak ada pulak poster, bendera ataupun banner. Pengundi boleh mendaftar secara online kemudian poskan borang permohonan. Bagi pelajar Universiti yang tinggal di asrama, pendaftaran dilakukan secara automatik, tak payah kita nak pi daftar. Kat tv ada debat di antara pesaing. Bagi negara Commenwealth (betul ke eja) juga boleh mengundi termasuk rakyat Malaysia, tapi kena rujuk undang-undang negara, kalau tak... bahaya.
Akhir Keyboard
Walau apa pun, apa yang aku ceritakan di sini bukanlah untuk membandingkan negara kita dengan negara orang, tetapi niat aku supaya apa yang ada di negara orang (benda yang baik ) kita suburkan di negara kita. "Yang buruk jadikan sempadan, yang baik kita jadikan tauladan"
best dpt pgalaman2 cmni...dpt lihat ragam org cmne..btuah kamu
BalasPadambab bbudi bahsa tu, nk ucap tima kasih pun payah..senyum pun hatu hal...
mcm de org penah ckp,'kita jmpe suasana islam di negara bkn islam, tp ssh nak jmpe suasana islam di negara islam'
ntah knp cmni..
Salam..
BalasPadamJauh berjalan luas pemandangan..memang seronok mendekati dan mengenali budaya orang lain.. pengalaman yg amat berharga