Bila bulan posa, arwah abah selalu masak, dia memang pandai masak. Tapi la ni abah dah tak ada, abah dah pergi buat selama-lamanya, walaupun hanya secebis kasih abah sempat aku hirup, namun kemanisannya aku dapat rasa sampai hari ini. Dulu kalau mak aku kerja petang, aku kena la bukak posa sorang-sorang kat rumah. Aku ingat lagi, aku menangis sebab lapar nak makan, aku kecik dan rendah mana la nak sampai untuk memasak kat dapur. Aku kesat air mata aku yang berlinangan, aku capai kerusi merah dan naik ke atas untuk aku perangat sekeping roti canai. Aku tabahkan hati sambil mengenangkan masakan abah yang sedap tu.
Aku memang kena hidup berdikari, mak aku tak manjakan aku, semua dia ajar aku wat sendiri, sampai aku boleh uruskan rumah seawal usia aku 8 tahun. Mak aku ada satu kali demam kuat, aku tak sampai hati tengok. Kalau aku demam mak selalu masak sup kat aku. Jadi aku pun buat sup kat mak aku. "Pandai wan masak" kata mak aku yang tengah demam tu, seronok aku dibuatnya. Mula dari tu aku belajar masak, kalau mai bulan posa aku akan masak untuk juadah berbuka.
"TELAGA BURUK"
Aku dulu gemuk gedempoi, kalau bab makan akulah no satu, kat kampung mak sedara aku panggil aku "telaga buruk" sebab makanan yang tak habih semua aku sapu hehehe. Kalau bab sahur aku memang senang bangun, sangat mudah, sebabnya nostalgia waktu dulu. Tok sebelah abah aku percik ayaq kat muka kalau nk gerak aku bangun pi tadika. Dari saat itu aku memang senang bangun.
Bila time bukak posa memang ramai. Jam 6.00 petang aku dan kawan-kawan berlari-lari ke DS nak dapat tempat sebab tak mau beratoq panjang. Habih ja ambil nasik dengan lauk, pi amik cerek pulak nak isi air. Memang Nostalgia. Lepas tu aku naik ke asrama siap-siap dengan berbaju melayu putih. Dengan berbekalkan beberapa bijik kurma, aku akan duduk di surau nak tunggu azan maghrib. Sambil memerhatikan matahari terbenam aku dan kawan aku menjamah kurma yang kami bawak tadi. Lepas solat baru la pi makan.
Acara makan-makan tak berakhir di DS saja. Lepas terawih kami ada Prep (kelas malam). Di sana la aktiviti makan-makan besambung, selalu budak-budak perempuan la yang beli macam-macam. Makan yang bawak kat kelas ni istimewa la sebab beli kat pasar Ramadhan, kirim kat orang. Kek Batik, rangka ayam, roti
John dan macam lagi la.Waktu prep ni waktu untuk belajar, lain pulak jadinya, apa yang aku dgn kawan-kawan buat? Kami sembang pasai raya sampai la ke bais prep, 2 jam. Lepas prep pun ada makan lagi di DS, moreh la. Tapi kalau lauk sedap baru kena serbu kalau biasa-biasa memang tak layan la.
Gambar ni aku ambik selepas azan maghrib
Kalau nak tahu cerita macam mana orang tengok anak bulan
Kat matrik lain, semua kena beli. Waktu tahun pertama, aku cuma beli kat Kafe ja. Lepas tu ajak kawan-kawan rapat yang duk satu aras untuk berbuka di bilik aku, memang meriah.
Kawan-kawan seperjuangan. Ni kat bilik aku.
Lauk untuk sahur terpaksa la beli awal, sebab kafe tak buka pagi-pagi ni. Makan la nasik sejuk, tahun ke dua pun macam tu. Tahun kedua best, kalau bukak posa pengarah bagi kebenaran untuk ke pasar Ramadhan dekat pekan Kepala Batas, bas pulak memang dah siap tunggu kat depan pagaq. Aku ingat lagi, waktu tu aku ke kelas kimia, tiba-tiba kawan aku cakap aku tak puasa semalam. Aku pun tengah sakit kepala waktu tu dan aku malas nak layan kawan aku tuh. Balik ja bilik, roomate aku cakap semalam ada orang azan kat asrama awal sangat dia ikut waktu KL. Pas tu ustaz buat pengumuman bagi tau kami kena ganti puasa. Ramai orang bengang kat orang yang azan tuh. Hmm... tak boleh nak salahkan dia, dan tak semua orang tak buat salah.
Tahun lepas, sangat berbeza. Aku menghabiskan puasa Ramadhan aku di bumi asing. Memang aku diam ja dua tiga hari, terkenagkan nasi dan ayam golek. Suasana Ramadhan di luar negara memang berbeza, tak dak la pasar Ramadhan. Bila nak masuk waktu berbuka, aku dan kawan-kawan ke masjid di Universiti. Kami berbuka dengan kurma dan jus epal dalam kotak. Selain jus epal ada la jugak susu segar dan ayaq kosong. Makanan berat sampai selepas kami solat maghrib, jadi waktu menunggu makanan nak sampai, sempat la aku berkenalan dengan kawan-kawan baru. Hari pertama aku berbuka di bumi asing, juadahnya "Chiken roll, ayam goreng, kentang" memang berbeza la dengan lidah Melayu aku ni yang selalunya makan bihun, atau kuih muih.
Walaupun di bumi asing, suasana tetap meriah
Berbuka di Prayer Room
Ramadhan sememangnya memberikan kenangan manis buat aku, dari Ramadhan aku belajar erti bersyukur, berdikari serta membuatkan aku menjadi insan yang tabah. Terima Kasih ya Allah atas kurniaan bulan yang suci ini, bulan yang Engkau berikan rezeki kepada aku dengan melimpah ruah. Ramadhan bakal berlalu dan aku pasti akan merinduimu.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
DoReMi
Sungai Nibong, Pulau Pinang
ehhhh..
BalasPadammatrix penang ea???
kiter pon matrix penang..
tau berapa ea marix penang?
kelakar baca tang azan awal sangat tu..haha..selamat berpuasa
BalasPadamwah..pengalaman yg best..
BalasPadamaq pose kt negeri org je..
=P
kenangan ramadan kamu memang menarik..
BalasPadambestnya dapat merasai berpuasa di banyak2 tmpt..
pasti kehidupan di negara orang lagi mencabar kan..
menarik2.... jumpe kat Notts nnt saffuan =)
BalasPadam