Sabtu, 7 Ogos 2010

Aku di Bumi Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kawasan rumah aku. Gambar gegar sikit, sebab tangan aku terketar-ketar kesejukan.

   Kali ini aku ingin berkongsi kisah suka duka aku di Bumi Mat Salleh (Orang Putih). Sekarang ni aku tengah berehat-rehat sambil terkenangkan kisah nostalgia semasa aku mula-mula tiba kat negeri yang lain bagi aku iaitu United Kingdom. Nak bagi tau kat hampa (Korang) semua aku ni kalau cakap 100% loghat utagha dan aku tak pernah guna langsung bahasa Inggeris dengan cikgu BI apatah lagi dengan famili aku yang rata-rata tinggal di Pulau Pinang dan negeri Perlis. Akibatnya, berpeluh-peluh la bila nak cakap BI dengan Mat Salleh ni.

Jalan ni menuju ke tempat aku nak pegi daftar. Tengok jalan pun dah menakutkan.

   Meh aku nak kongsi kisah lawak sewaktu minggu orientasi. Aku dapat tawaran dalam Ijazah Matematik selama 3 Tahun dan tahun keempat aku kena ambik sijil Pendidikan, waktu minggu orientasi aku memang berpeluh dengan banyaknya, sebab urusan pendaftaran kena buat sendiri, pastu dengan Mat Salleh pulak. Waktu minggu orientasi aku kena ambik Kad Pelajar,

Urusetia : Hello mate, What is your Family name? (dengan loghat UK yang laju)

Aku : Mathematics (aku menjawab dengan penuh keyakinan yang tinggi)

Aku tengok Urusetia tu garu kepala, mungkin dia cari tak jumpa.

Urusetia : I'm sorry I can't find Mathematics, what is your FAMILY NAME again? (ni baru aku dapat tangkap)

Aku : Oooo (dengan "O" yang panjang)... I'm sorry, family name "JAFFAR"

Urusetia tu pun jumpa kad pelajar aku, dia tersenyum waktu nak bagi kad tu kat aku. Itu baru satu hal nanti aku cerita lain.... Bersambung.....

Jalan kat Universiti.

Lesson of the Story : " Belajarlah Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh, jangan la suka main-main, dengan cikgu BI (walaupun Melayu) tolong la latih BI hampa bagi ok, jangan jadi macam aku"






Muhammad Saffuan Bin Jaffar
SEDANG MENGECAT RUMAH

15 ulasan:

  1. salam ziarah saffuan :)

    entry ni sgt lawak.ketawe sy bace.. :)

    ni skrg da balik msia belum?

    nice to meet u :)

    =sue-sama aka cik sue:)

    BalasPadam
  2. hehehe...kelakar..

    tapi sekarang mesti dah fasih kan...

    BalasPadam
  3. sekarang saya ada di malaysia....tgh cuti....nak kata fasih belum lagi...tapi dah boleh faham slang mat salleh.... nanti saya cerita lain....

    BalasPadam
  4. salam
    lawak2...best 2 share...x sabar nak tunggu new n3

    BalasPadam
  5. slang UK payah skit nak faham~ bagi saya la.hee!

    BalasPadam
  6. haha lawak lah
    biasa lah kalo telinga ni xbiasa dgr slang omputih...mmg leh jd slh maksud...

    BalasPadam
  7. hahaha...lawak kot! best2....la ni hg dok ckp loghat sana la. Blimey, mate!

    BalasPadam
  8. haha...itulah pentingnya english education..:)

    BalasPadam
  9. btol2...english mmg pnting..:)

    BalasPadam
  10. orang putih depa ni kuat merapu... tapi pandai...

    BalasPadam
  11. Salam Ramadhan dari Kuantan Pahang

    BalasPadam
  12. beznyerr..dia study kat overc..t'ingin nk study overc jhk..huhu

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...