BAJET BERCUTI DI BEIJING
Salam Ramadhan buat pembaca tersayang!
Bergambar kat Kota Larangan, Beijing : Trip Bercuti di Beijing 2014
InsyaAllah aku akan kongsikan bajet bercuti di Beijing yang kami dah belanja untuk Trip Beijing 2014. Pada mulanya group kelas kami nak buat trip ke Korea, entah la sampai sekarang tak menjadi. Tapi aku sorang je terlepas ke sana, hehe... Trip nak melancong ke Beijing ni mula-mula macam main-main je, tapi kami usahakan jugak sampai jadi. Mulanya ramai jugak yang risau dan ada yang tarik diri, sebab kes kehilangan Pesawat Penerbangan MH370.
Masa buat permohonan untuk lawatan ke luar negara, ada banyak maklumat tambahan yang perlu kami sediakan, i) surat kebenaran waris, ii) itinerary (berserta alamat hotel), tiket penerbangan pergi balik. Lain-lain yang kami buat, sebelum pergi tu kami maklumkan lawatan kami kepada Kedutaan Malaysia di Beijing in case ada berlaku kecemasan dan ambik suntikan Vaksin. Alhamdulillah last sekali 17 orang yang join trip nih.
Sebelum pergi aku dan sorang kawan aku cari beberapa agen untuk uruskan trip kami, last sekali kami dapat harga terbaik daripada agen. Untuk mengurangkan kos bajet bercuti di Beijing, kami just ambik ground paket saja. Tiket flight, aku dengan kawan-kawan aku yang uruskan. Tapi bukan senang nak dapatkan tiket promo AirAsia untuk jumlah yang besar. Ok jom tengok berapa Bajet Bercuti di Beijing yang aku dah belanja
Harga ground pakej yang ditawarkan sebanyak RM490, termasuk :
1. Visa ke China
Harga untuk Single Entry - RM85 (Kami bayar RM110)
2. Tips
RM20 untuk 4 hari
3. Tiket Masuk ke Tempat Menarik (Summer Palace, Acrobatic Show, Great Wall, Panda Zoo, Forbidden City)
a) Summer Palace - CNY 30.00
b) Acrobatic Show - CNY 110.00
c) Great Wall - CNY 45.00
d) Panda Zoo - CNY 20.00 (Kami bayar RM30)
e) Forbidden City - CNY60.00
JUMLAH - RM158.63 @
KOS Seorang - RM160.00
4. Penginapan (termasuk Sarapan Pagi) 12-15 Jun 2014
a) Bilik untuk 2 orang - CN Y207
b) Bilik Triple - CNY 329
JUMLAH - RM3050.78 (untuk 17 orang)
KOS Seorang - RM180
5. Makan tengah hari dan makan malam
6. Pengangkutan.
* Harga sebenar aku tak pasti, sebab tour guide yang belikan tiket. Harga yang aku senaraikan kat atas berdasarkan rujukan dari beberapa laman web.
TIKET FLIGHT
Tiket return - RM800
JUMLAH KESELURUHAN BAJET BERCUTI DI BEIJING = RM1290.00
PERBELANJAAN PERIBADI = RMB400.00
Dengan RMB400.00 apa yang aku belanja dalam Bajet Bercuti aku di Beijing, jom tengok.
Ni aku beli kat Silk Market kat Kedai Jamilah, alas meja 6 kerusi aku dapat dengan harga ¥40.00
Dompet ni aku dapat dengan harga ¥40.00. Tapi kat Bugis Street, SINGAPORE 3 dompet dengan harga $10.00! Hmmm...
Fridge Magnet ada yang 3 ¥10.00. Fridge Magnet yang Logo China tu aku dapat 7 dengan harga ¥50 yang asalnya satu bijik ¥10.00
Jaket ni aku dapat dengan harga ¥140.00
Teh Buah beli kat Dr. Tea, 6 Kotak = ¥300.00 Percuma 1 Pee Pee Boy
Plaque ni aku beli kat Juyong Pass, dengan harga ¥40.00 siap dengan ukir nama.
Ni mahal sikit, sebab aku beli kat bawah, kalau korang panjat naik ke atas sikit boleh dapat dengan harga ¥40.00
Masa ni kami 9 orang sewa baju, bayar ¥50.00 siap dengan print gambar. Tapi mak cik tu print sekeping je, uishhh, masing-masing angin la. Janji sewa dapat gambar sorang satu. Bila 9 orang pergi serbu kat kedai dia suruh print sorang satu, kelam kabut dibuatnye.
Aku ni jenis tak berbelanja sangat, lain-lain tu banyaknye air mineral, jajan dan aku ada beli sim card masa kat Beijing. So, macam mana? Boleh kira macam Destinasi Bajet tak?
AWAS! KISAH PENIPUAN DRAMA WAKTU SHOPPING DI BEIJING
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
cantik jaket. nak pinjam!
BalasPadamPinjam tabbouleh... sewa boleh... kikikiki....
PadamWahh thats cheap... i've been to hk its around 2k/pax kalau nak masuk all the parks la. incl the disneyland. well beijing much2 cheaper!
BalasPadamKalau booking ticket sendiri dan amik ground pakej memang murah...
Padamthanks for info. :)
BalasPadamSelamat berpuasa bro!
BalasPadamBanyak shopping rupanya :)
tq! selamat berpuasa jugak....
Padamtak de nye.... sikit je shopping...
Bleh tau guna agen mna dpt pakej ground yg murah tu?
BalasPadamBoley kasi no contact agent?
BalasPadamBoleh sy tau agen mne yg awak amik?
BalasPadamhow did you manage to get cheap flight for a group of people?
BalasPadamAgen mana satu ye encik boleh saya tahu??
BalasPadamBoleh saya dapatkn contact no.agen?
BalasPadamChenta..
BalasPadamBoleh tau awak amik agent mana?? Boleh share contact num agent tak??
Boleh tau awak amek agent mana? sy pun kena riki tempat untk trip u ke sini. share pleasee
BalasPadamassalamualaikum, boleh tanya agen apa yang uruskan trip??
BalasPadamAssalam... nk tumpang tnya.. if da smp beijing nk beli simkad kad mana? & brpa harga dia?? tq
BalasPadam