Selasa, 14 September 2010

Nak tau macam mana saya nak masuk Islam?

   Pertengahan Ramadhan lalu satu keluarga di Kampung Sungai Nibong, Pulau Pinang, telah menyatakan hasrat mereka untuk memeluk agama Islam. Mereka menganuti agama Hindu sebelum mereka memeluk agama Islam. Segala-galanya berubah pada malam 15 Ramadhan 1431Hijrah. Selepas selesai jemaah menunaikan solat sunat Terawih mereka melangkah masuk ke dalam Masjid untuk menyatakan hasrat kepada Imam. Encik Yusuf bersama isteri, Puan Aisyah serta 3 orang anak mereka telah pun mengucap dua kalimah syahadah pada malam Ramadhan yang penuh keberkatan.

   Pada 17 Ramadhan 1431 Hijrah, ahli jawatan kuasa kampung mengadakan sambutan Nuzul Quran, sudah lama usaha murni ini dijalankan sehinggalah sekarang. Pada malam itu ada ceramah serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, orang Istimewa, orang miskin, pelajar cemerlang, pelajar tahfiz dan juga sumbangan untuk saudara baru. Pada malam itu aku dapat mendekati dengan lebih dekat lagi keluarga Encik Yusuf, tapi aku tak sempat nak berbual bagaimana beliau tertarik untuk memeluk Islam?

   Malam semalam aku berjumpa dengan Encik Yusuf semasa hendak pulang ke rumah, dan malam semalam aku dapat mengetahui kisah bagaimana beliau tertarik untuk memeluk Islam.

   Encik Yusuf berkata " Nak tau macam mana saya nak masuk Islam? Panjang...panjang sangat cerita dia" Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya. Selama 10 Tahun beliau tidak mendapat ketenangan sebagaimana beliau rasakan pada saat ini, beliau tercari-cari ketenangan dalam hidup, sehinggakan Encik Yusuf bermimpi seorang lelaki memakai jubah putih serta serban putih sedang berkata-kata kepada Encik Yusuf, namun katanya dia tidak dapat memahami apa yang dikatakan lelaki itu. Keesokan hari beliau bangun tanpa menghiraukan mimpi tersebut.

  Allah s.w.t Maha Kuasa, mimpi tersebut banyak kali terjadi kepada Encik Yusuf, sehingga satu malam Encik
Yusuf bermimpi yang agak aneh. Beliau melihat ada 33 orang memakai baju putih serta serban putih sedang duduk disebalik tirai hitam. Dalam mimpi itu Encik Yusuf menyelak sedikit kain tirai untuk melihat apa yang ada didalamnya, lalu Encik Yusuf dipanggil oleh salah seorang dari 33 orang yang sedang duduk itu, kata lelaki itu " Marilah masuk, bawa dia masuk". Beliau keesokkannya hendak menceritakan mimpi ini kepada isterinya dan secara kebetulan isterinya juga bermimpi pekara yang sama. Lalu mereka tidak mahu berlengah lagi, mungkin ini petunjuk yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka.

   Walaupun hasrat mereka untuk memeluk Islam sangat kuat, mereka takut untuk menyatakan hasrat mereka kepada penduduk kampung. "Kami cuba sembahyang, walaupun kami belum Islam lagi" kata Encik Yusuf sambil isterinya tersenyum. Suatu hari Encik Yusuf berjumpa dengan Imam Masjid Kampung Sungai Nibong, dan beliau terus menyatakan hasrat untuk memeluk Islam. "Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya" kata Encik Yusuf.  Allah Maha Berkuasa untuk memberikan hidaya kepada sesiapa yang Dia mahu.

   Encik Yusuf dan Isteri telah pun menjumpai ketenangan yang mereka cari selama ini. Kata Puan Aisyah "Selepas kami masuk Islam kami doa, semua doa kami Allah makbulkan" MasyaAllah sesungguhnya Allah itu sangat pemurah dan menyayangi hambanya. Sewaktu aku bertandang di rumahnya isteri dan anak-anaknya sedang menonton video cara-cara untuk menunaikan solat. Encik Yusuf memberi tahu kepada saya , bahawa anak-anaknya cepat belajar. itulah kisah "Nak tau macam mana saya nak masuk Islam?"

  Beliau dan Isteri juga ada memberitahu aku bahawa mereka ada keinginan untuk masuk masjid semasa mereka masih lagi beragama Hindu, tapi mereka agak takut untuk masuk, takut-takut dimarahi."Saya nak tau, sebab dok tengok orang sujud apa depa buat" kata Puan Aisyah. Keluarga ini yang saya tengok mereka berada dalam serba kekurangan tetapi mampu mengukir senyuman tanda syukur. Panjatkanlah doa kita agar Allah s.w.t melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka sekerluarga.

Al-Fatihah Kepada Encik Yusuf
Beliau Kembali ke Rahmatullah selepas beberapa bulan memeluk Islam.

Dari Meja Aku Menulis Kisah Dunia


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Pagi Syawal menghitung masa....

3 ulasan:

  1. alhamdulillah..suka baca kisah2 mualaf ni...

    BalasPadam
  2. best..tapi sedih dengan perspektif mereka yang takut di marahi apabila masuk ke dalam masjid lagi2 yang berniat ingin belajar dan melihat:),harap2 kita semua boleh open minded untuk menarik mereka dan merasakan ISlam itu mesra..

    BalasPadam
  3. Allah2..hidayah Allah untuk mereka yang terpilih..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...