Sebagai seorang manusia yang lemah, kadang-kadang aku sering mempertikaikan apa yang Allah berikan kepada aku. Aku cuba merungkai kenapa perlu ada pertikaian sedangkan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah yang terbaik untuk kita. Adakah anda percaya dan yang paling penting adakah aku percaya dengan janji Allah dan segala ketentuan-Nya.
Kenapa aku tak hensem? Kenapa aku tak berkuasa? Kenapa aku buat semuanya salah? Kenapa aku miskin Kenapa orang lain kaya banyak duit, Kenapa? Kenapa? Kenapa? Pertikaian sebegini membuatkan rasa percaya kita kepada Allah s.w.t akan berkurangan, sedangkan Allah sentiasa menyayangi kita. Baiklah mengapa aku sering berkata " Kenapa?" dan kenapa aku tak tanya diri aku " Apa kena dengan kau?" yang terlalu banyak mempersoalkan itu dan ini.
Diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia, nabi dan rasul yang menyampaikan ajaran yang benar supaya hidup menjadi teratur. Dan kenapa Allah s.w.t turunkan pesuruhnya dalam pelbagai latar belakang? Kenapa tak semua nabi dari golongan bangsawan atau raja, kan senang dakwah mereka? Tetapi kenapa pesuruh Allah itu dari pelbagai latar belakang? Kenapa?
Ini jawapanya, Ada nabi yang kaya, ada nabi yang miskin ada nabi yang kaya, ada nabi yang kacak, ada nabi yang berpenyakit ada nabi yang berpengaruh ada yang tidak, pendek kata latar mereka pelbagai. Sebagai hamba Allah aku tidak boleh bongkak dengan rupa yang aku ada, sedangkan Yusuf itu nabi yang kacak tetapi patuh dan sangat taat kepada penciptanya.
Aku tidak boleh rasa megah dengan kekayaan kekuasaan yang aku ada, sedangkan Sulaiman mempunyai kerajaan yang besar tetapi baginda tetap taat kepada Allah. Aku tidak boleh rasa buruk sangka terhadap Allah oleh kerana penyakitku yang tidak baik-baik sedangkan Nabi Ayub sabar dengan ujian penyakit kulit yang sangat dasyat dan sedikit pun tidak menggoncangkan imannya.
Aku tidak boleh rasa tidak puas hati dengan Allah atas kemiskinanku sedangkan kehidupan nabi Muhammad s.a.w itu lebih susah dari aku, namun baginda tetap rasa bersyukur. Tanyalah diri kita masing-masing, mengapa kita banyak mempersoalakan Allah, tetapi kenapa kita tidak mempersoalkan diri kita? Pengajaran sudah pun Allah berikan kepada kita untuk kita mengambil pengajaran darinya.
Ya Allah, kuatkanlah diri aku, tetapkanlah iman aku, teguhkanlah pendirianku, yakinkanlah diriku bahawa "Janji-Mu adalah benar". Allah masih menyayangi aku dan Allah sentiasa menyayangi aku.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??