Rabu, 29 September 2010

Simpanan Wang Masa Depan

Salam Sejahtera,

  Tajuk kali ini mungkin agak berbeza, tercetusnya idea untuk saya menulis artikel mengenai "Simpanan Wang Masa Depan" melalui perbincangan dengan seorang kawan saya. Bagi kita, yang menjadi persoalan "Bagaimana cara saya nak simpan wang?" Jawapan saya, ada bermacam-macam jenis simpanan yang anda boleh buat, ASB,  Tabung Haji, al-Awfar Bank Islam dan bermacam-macam lagi. Dahulu saya membuka akaun ASB (Amanah Saham Berhad), namun banyak yang saya dengar ada unsur-unsur yang patut kita tinggalkan, saya harap anda bijak menilainya.

  Sejak dari itu saya dibelenggu dilema mencari cara menyimpan wang yang halal dan menguntungkan, akhirnya saya terbaca mengenai Dinar Kelantan, hampir berbulan-bulan saya membaca artikel mengenai Dinar Islam dan juga pelaburan emas. Dengan keyakinan yang saya ada, saya menutup akaun ASB. Lalu saya mulakan kaedah baru untuk menyimpan wang. Untuk simpanan JANGKA MASA PANJANG, saya memilih untuk menyimpan dinar emas, dan JANGKA MASA PENDEK melalui simpanan biasa.

  Jumlah keseluruhan simpanan saya saya agihkan kepada nisbah seperti berikut

1.30% (untuk simpanan biasa); Tabung Haji, Bank Islam (al-Awfar), HSBC
Simpanan ini perlu, untuk kegunaan harian, dan juga sebagai simpanan wang kecemasan

2.70% (simpan dalam bentuk emas)
Simpanan jenis ini untuk jangka masa panjang, 5-10 tahun, simpanan ini mungkin untuk kahwin, pendidikan, beli kereta, rumah dan sebagainya.

   Dalam artikel ini saya ingin menekankan mengenai Dinar Emas/Emas, anda mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan Dinar Emas atau bar emas, bagi saya saya menyimpan Dinar Emas, kerana mudah kosnya murah berbanding bar emas. Dinar Emas dikeluarkan oleh beberapa syarikat di Malaysia, antaranya Public Gold yang terletak di Pulau Pinang, dekat dengan rumah saya. Harga Dinar Emas mengikut harga pasaran dunia jika emas mempunyai permitaan yang tinggi dan stok yang ada sedikit sudah tentu harga akan naik, dan harga emas tidak tetap setiap masa. Emas merupakan logam yang paling stabil dan mahal, selain itu harganya tidak pernah turun.

   Sebagai contoh kalau kita beli kereta mahal atau kamera mahal pada 28 September 2010 dan selepas beberapa tahun katakan 28 September 2012, boleh tak kita jual harga dengan tinggi? Sudah tentu tidak. Mungkin perbandingan saya tidak adil, tapi begitu yang saya nak gambarkan bahawa harga emas sentiasa naik,naik dan naik, maka ianya sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. Cuba tengok iklan ni.



Emak menggadaikan emas untuk anaknya. Mungkin emak membeli emas pada tahun 1980 pada harga RM1000 dan si anak menggadaikan emas tersebut pada tahun 2008 dengan pulangan sebanyak RM9000. Di bawah anda boleh rujuk harga emas:

Harga Dinar Emas pada 25/08/2010

Harga Dinar Emas pada 25/09/2010

Harga Dinar Emas pada 28/09/2010

Harga Emas pada 28/09/2010. Graf menunjukkan harga emas tidak tetap.

   Dalam masa sebulan harga emas naik sebanyak RM21.00 bagi 1 Dinar bayangkan jika setahun dan jika anda menyimpan emas dalam jangka masa 10 tahun, mungkin akan mencecah RM1000++. Selain itu Dinar Emas boleh digunakan sebagai mas kahwin. Lepas kahwin mungkin anda merangcang untuk mempunyai cahaya mata. Jadi untuk anak anda yang baru lahir, simpanlah 1 Dinar untuk masa depan anak anda, simpan Dinar Emas sampai anak anda besar sehingga masuk ke universiti.

Dinar Emas

Kalau simpan emas jangan lupa keluarkan zakat, bagi emas berat lebih daripada 85gram. Saya amat mengalukan sebarang pandangan dari pembaca, terima kasih dan Selamat Menyimpan


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...