Rabu, 6 Oktober 2010

Komet Telah Muncul Oktober ini

 Peminat Astrofotografi




Komet Hartley 2 
Foto oleh : Michael Jager


  Bagi anda yang meminati Astrofotografi, sekarang ini merupakan peluang terbaik untuk anda menjejaki Komet Hartley 2 yang kini mucul untuk menceriakan dunia astrofotografi anda. Komet Hartley 2 bakal menghiasi langit malam bulan Oktober dengan Magnitud sekitar 5 hingga ke 6 Magnitud*(1). Kecerahan ini saya boleh samakan dengan kecerahan Planet Uranus, 5.75 Magnitud pada 5 Oktober 2010 (jika dilihat dengan mata kasar). Pada 20 Oktober ini Komet Hartley 2 akan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu 0.12 a.u*(2), kira-kira 18 juta kilometer. Ini merupakan jarak yang paling hampir sejak tahun 1986 komet ini dikesan dan ia merupakan komet yang berada paling hampir dengan bumi pada abad ini.

   Pada 7/8 Oktober ini Komet Hartley 2 bakal melintasi 2 Cluster*(3) bermagnitud masing-masing 4.3 dan 4.4 di sekitar Buruj Perseus*(4). Memandangkan bulan pada waktu ketika itu berada pada fasa penghujung (Bulan Sabit Tua) anda mungkin bernasib baik. Dan nasib anda mungkin bertambah baik jika anda berada jauh dari bandar (pencemaran cahaya) besertakan pakej cuaca tidak berawan, Kilauan Komet Hartley 2 bakal mengiasi retina mata anda dan juga Sensor Kamera DSLR anda.

Sejarah Komet Hartley 2

Komet ini ditemui pada 16 Mac 1986 oleh Malcom Hartley di Siding Spring, Australia.

Pembuka Minda Bukan Penutup

Lihatlah ciptaan Allah s.w.t dengan mata hati, supaya kita melihat kebesaran Allah tidak hanya lekat di mata tetapi biarlah ianya lekat dihati dan menimbulkan rasa keinsafan pada diri kita, bahawa kita ini makhluk ciptaan-Nya yang sangat lemah lagi tidak terdaya. Jangan kita kagum pada penciptaan , tetapi kita perlu kagum kepada Pencipta yang menciptanya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang menggunakan akal lalu kita taat kepada Allah s.w.t dan membawa kita lebih dekat dengan-Nya. Wallahualam.

*(1) Magnitud = ukuran darjah kecerahan bintang/planet/objek angkasa, semakin rendah nilai magnitud semakin terang cahayanya dapat dilihat

*(2) a.u. = astronomical unit, 1 a.u. = 149597870.691 km

*(3) Cluster = kelompok bintang yang banyak


*(4) Perseus = Nama buruj, dewa orang Yunani

 




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...