Rabu, 21 Januari 2015

10 Pengajaran Yang Aku Dapat Semasa Travel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ini umur aku 26 tahun, itu kenyataan walaupun pahit untuk aku tulis/cerita. Adeyh... Sepanjang hidup aku, banyak pekara yang aku lalui ada yang pahit ada yang manis. Masa usia aku remaja, aku ni jenis duk rumah, tak de nak pergi jalan-jalan mana, lepak dengan kawan-kawan. Tu la kehidupan aku, sampai orang gelar aku "Anak Dara" Aku bukan jenis lembut tau! Aku dulu jenis penakut, takut nak naik bas, takut nak pergi berurusan macam pergi bank, pejabat pos, tu semua aku tak reti sampai la aku dah besar panjang. Mak aku sendiri akui yang dia risau tengok aku macam tu. 

Sampai la aku masuk asrama, aku dah mula belajar berdikari termasuk la pergi lepak dengan kawan-kawan masa outing. Sejak aku masuk asrama banyak benda yang aku lalui dan banyak pekara yang mengubah aku untuk jadi seorang yang lebih berani. Suatu hari aku terbaca buku mengenai Ibnu Battutah, seorang pengembara yang terkenal, buku die tebal gila. Aku gigih baca buku tu, aku kagum dengan Ibnu Battutah dalam usia yang muda, dia dah pergi mengembara melihat dunia. Setiap bait-bait cerita tergambar kat kepala otak aku. Beliaulah yang memberi inspirasi untuk aku mengembara.
"Aku keluarmeinggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t, tahun 725 Hijrah dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w"
Sumber - Pengembaraan Ibnu Battutah, Pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia terjemahan Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd. Dom | IKIM 2010.
Walaupun aku masih lagi dalam dunia pengembaraan, aku cuba untuk belajar daripada alam sebanyak yang mungkin. Sepanjang pengembaraa, banyak pekara yang aku pelajari, tak kisah la sama ada mengembara di tempat sendiri ataupun di tempat orang. Bagi aku tempat mana yang aku pergi tu bukan penting, bagi aku apa yang aku dapat daripada trip yang penting. Jauh atau dekat bukan ukuran, tapi apa yang aku dapat belajar untuk jadi manusia. 

1. Berfikiran terbuka
Mengembara dengan berfikiran terbuka membolehkan aku melalui pengalaman yang menakjubkan dan tak boleh dilupakan. "Buang yang keruh ambil yang jernih" 

2. Berani
Pengembaran biasanya akan penuh dengan misteri, pekara yang tak dapat dijangka semuanya akan menolak perasaan takut dan melatih aku untuk menjadi seorang yang berani!

3. Dunia ni besar!
Setiap kali korang pergi mengembara ke tempat baru korang akan rasa betapa besarnya dunia nih.

Betapa luasnya alam ciptaan Allah s.w.t 

4. Hormat budaya orang
Mengembara ke tempat orang biasanya mengajar aku untuk menghormati budaya orang lain.  Bak kata pepatah Melayu "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung".

Kita hormat orang, orang akan hormat kita...

5. Masih ada insan yang baik
Pergi mana-mana pun akan ada orang yang baik-baik, walaupun aku dengar cerita yang tak baik. Kalau kita sesat ada orang tolong, kalau ada barang tercicir masih ada lagi yang jujur.

6. Belajar Untuk Buat Keputusan
Biasanya aku susah untuk buat keputusan aku sendiri. Tetapi bila travel tambah lagi pergi sorang, aku belajar untuk buat keputusan.


7. Bertuah ada Passport Malaysia
Passport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 163 buah negara, Passport Malaysia berada pada kedudukan ke-9 bersama Malta sebagai Passport Paling Berkuasa di Dunia - AWANI.COM Bertuah kan?

8. Bersyukur tinggal di Malaysia
Saat tiba di Malaysia perkataan pertama yang keluar dari mulut aku "Alhamdulillah" Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..." Bila travel jauh-jauh pasti ada rasa rindu kat Malaysia...

Ni yang menyebabkan aku rindu kat Malaysia, makanan!

9. Yakin
Bila aku melangkah keluar daripada airport, aku melangkah dengan penuh yakin seolah-olah aku tinggal kat tempat tu bertahun-tahun, pada hal baru jejak kaki sejam dua saje...

10. Travel mengubah cara hidup aku
Dulu aku berhabisan duit buat benda lain, tapi sekarang setiap kali berbelanja aku mesti fikir untuk travel! Bajet, bajet, bajet...

10 + 1 Mengajar anda untuk tawadhuk 
Ya bila kita mengembara saat kita sesat, kita memerlukan bantuan, saat kita bersendirian ia mengajar aku untuk bersifat tawadhuk, jangan sombong dengan orang lain tak kira senang atau pun susah. Terima kasih kepada Lady Bermimpi

Biarpun ada pandangan negatif yang mengatakan pergi mengembara hanya buang duit semata-mata, jangan ambil kisah pergilah mengembara, jadilah seperti ibnu Battutah. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!


“The world is a book and those who do not travel read only one page.”


44 ulasan:

  1. rasa bangga lahir kat malaysia kan.. semoga malaysia kekal aman damai dan dirahmati oleh-Nya.
    saya nak travel juga tapi buat macam sekarang banyak kekangan dan keperluan lain..
    simpan dulu impian dan angan-angan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya rasa bangga jadi rakyat Malaysia...
      aminn...
      insya-Allah suatu hari nanti jika ada peluang pergi la mengembara...

      Padam
  2. Bila sebut makanan ... iya betul ...

    Waktu travel tak terasa sangat ... maybe sebab waktu tuh sibuk dan pendek ...

    Namun bila dah duduk luar Malaysia , memang terasa akan kehilangan makanan Malaysia !!!

    (To tell you the truth, walaupun duduk Brunei, I tetap rasa kehilangan makanan Malaysia ! Ni apatah lagi, serba serbi berlainan !)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 waktu duk kat luaq, teringin teh tarik, pasembur, mana nak cari??? T_T

      Padam
    2. saya belum pernah ke brunei dan saya nak pergi ke brunei!!! Apa yang menarik di sana?

      Padam
  3. like!!

    saya dulu pun lebih kurang mcm awk..bila dah start travel, byk yang saya belajar ttg diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kalau orang perempuan duk rumah, orang lelaki duk rumah kene perli macam2...
      ya, bila kita mengembara banyak yang dapat belajar tentang diri sendiri....

      Padam
  4. Totally agreed. Cuma nak tambah satu lagi boleh tak:)

    Travel mengajar kita menjadi lebih rendah diri dan tawaduk. Makin banyak berjalan, makin sedar diri sangat kecil dan tak sehebat mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer tambah, saya siap edit kat entry post lagi....
      betul kadang2 tu bila pergi tempat orang susah, tengok kepayahan orang cari rezeki... saya rasa saya bersyukur sangat dengan Apa yang Allah berikan...

      Padam
  5. agreed!!! kadang-kadang dengan travel ni dapat mengubah cara pemikiran.. especially cara hidup kita. orang tak nampak susah senang kita nak pegi travel.. makin jauh kita berjalan, makin terasa kecik je diri ni.. makin banyak memuji nama Allah.. betapa indahnya dunia Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju juga dengan pandangan anil wanina, mengembara bukan saje tujuang seronok2 nak buang atau membazir wang, tapi di dunia ni banyak benda yang perlu kita teroka...

      Padam
  6. taktau pulak pasal no 7 tu thanksss!!

    ya, sesungguhnya Malaysia darul Makan! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa pergi tempat susah cari makanan halal baru dapat rase yang no.7 tu... T_T
      Malaysia kalau lapar malam2 pergi mamak/tomyam
      Buka2 mata pun dah boleh jumpe makanan...
      Memang Malaysia darul Makanan...

      Padam
  7. Bekerja sambil mengembara ke tempat orang sangat best, ianya bukan saja membuka mata kita tetapi mengubah cara minda kita berfikir. Bak kata orang lama, jauh perjalanan luas pengetahuan. Syabas saudara kerana sudah jauh berjalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kita dapat tengok cara hidup, cara berfikir... persekitaran sedikit sebanyak juga dapat mengubah kita...
      yang elok kita ambil, yang tak elok buang jauh2...

      Padam
  8. Ya Allah luasnya buminya yg diberikan untuk kita jelajah dan lebih yakin serta tunduk kepada Nya... jauh perjalanan byk pengalaman kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, jauh perjalanan luas pemandangan... betapa kerdilnya kita di sisi Allah s.w.t.

      Padam
  9. sama la..akak dulu pun banyak benda tak berani nak buat..tapi sampai bila..kan?/cara paling mudah nak ujudkan rasa berani tu ,kena la pi ke tempat orang..belajar untuk hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya berani sebab persekitaran yang memaksa saya... :) alhamdulillah berkat doa ibu, dorongan kawan2 saya berjaya... :)

      Padam
  10. Jauh berjalan..luas pemandangan...banyak ilmu yang ditimba..alhamdulillah..dah berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, bila jauh kita berjalan, banyak benda yang dapat kita tengok...

      Padam
  11. sy suka point no 5 :) banyak orang yg baik yg kita jumpa, tak kurang jugak yg kuat nak menipu kita. tapi semua tu la yg bagi rencah kat perjalanan tu. dan bila ada benda baik yg kita nampak orang buat, benda tu sedikit sebanyak sentuh hati kita utk buat benda yg sama.

    contohnya, kebanyakan drivers kat eropah ni biasanya akan perlahankan kereta kalau nak bagi pejalan kaki lalu kat zebra crossing yg takde traffic light. and kadang2 boleh tgk atuk nenek yg tua jalan sorang2, ada yg naik wheel chair automatic lagi. boleh rasa macam mana sesetengah bandar tu mesra warga emas and orang tak ambik kesempatan atas mereka. ye lah, beg atas peha je kot kalau orang nak ragut tu.

    minat dah dengan blog ni, keep writing and keep giving inspiration! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul setuju, ada yang baik dan ada yang jahat.... setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmah dan sebab...
      menarik cerita awak tu, kadang2 bila di tempat sendiri, kalau ada pelancong luar mintak tolong saya akan tolong semampu yang boleh...
      terima kasih... kalau ada masa lapang dan izin dariNya saya akan terus menulis....

      Padam
  12. betol..klu g tmpt yg kurang maju, rasa bersyukur sangat ak warga malaysia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tengok dengan mata sendiri, ada jugak manusia yang susah nak berlindung, susah nak cari sesuap nasi...
      alhamdulillah di sini rezeki kita melimpah ruah... syukur jadi rakyat Malaysia...

      Padam
  13. Saya rasa dengan travel kita menjadi lebih berani dan mempunyai prinsip tersendiri. Orang yang mengata kita membazir duit dengan mengembara, pada saya orang yang mengata demikian adalah orang yang berfikiran sempit dan sebenarnya berkira dan tidak memahami hakikat sebuah kehidupan yang sementara. Kita tidak akan selama-lamanya berada di muka bumi ini, maka berbelanja untuk diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan pendapat anda " mempunyai prinsip sendiri "
      setiap benda negatif yang saya terima saya jadikan motivasi...“The world is a book and those who do not travel read only one page.”

      Padam
  14. Iya betul..travel mbuatkan kita belajar mcm2 perkara.perkara itu juga membuatkan kita rasa bersyukur berada di negara yg aman ini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, bila jauh kita berjalan, banyak pekara yang kita lalui, banyak benda yang kita lihat dan boleh ambil untuk jadikan pengajaran.... teruskan mengembara!

      Alhamdulillah, saya bersyukur jadi Rakyat Malaysia...

      Padam
  15. teringin nak travel keluar tp xde keberanian lagi...dalam malaysia pun masih takut2 lagi...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga diberikan kekuatan untuk mengembara... sekali dah mula, mesti nak pergi lagi...

      Padam
  16. Saya juga turut dapat majoriti daripada pengajaran yang anda dapat tu. Bestnya travel ni kita dapat tahu budaya lain, cara untuk hormat orang lain & yang penting ialah skill komunikasi semakin bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan pendapat anda "skill komunikasi semakin bagus" yakin bila kita nak bercakap dengan orang...

      Padam
  17. Harap sangat dapat pergi menjelajah dunia satu hari nanti. Kadang-kadang orang akan nampak yang suka travel ni macam membazir, tapi pada saya lebih kepada berjimat untuk dapatkan sesuatu yang betul-betul kita impikan. Jadinya tak adalah duit itu habis ke tempat yang tak tentu hala. Dapat melihat negara orang, banyak juga pelajaran yang boleh kita ambil. Kan?

    Semoga terus mengembara dan kongsikan cerita kepada kami yang belum mampu lagi untuk mengembara. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, bersusah payah untuk dapat apa yang kita nak, pastinya apa yang kita dapat berbaloi dengan apa yang kita usahakan...

      Padam
  18. Suka sangat travel walaupun passport baru bercop sekali tapi impian tu tetap Ada. Banyak Kelebihan travel ni bak kata orang jauh perjalanan luas pandangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat setuju, walaupun ada satu jer cop, berkali2 ngadap tengok...

      Padam
  19. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Luas pemandangan akan meluaskan pemikiran, bila fkiran bertambah
    luas maka banyaklah pula ilmu dan idea positif yang boleh diserap. Saya pun suka mengembara setelah meninggalkannya
    hampir 20 tahun yg lalu. All the best Saffuan dan teruskan dengan perkongsian kisah pengembaraan di blog ini. Senang saya nak ikut kisah yang seterusnya sebab saya dah masukkan blog ini dlm blog list saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih komen anda berikan sya semangat untuk terus menulis...

      Padam
  20. saya suka jalan-jalan, sekarang ni, pantang cuti je nak jalan...dalam otak pun asyik pikir kena simpan duit untuk jalan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu pantang cuti ja nak berjalan, tapi kena la tengok cuti macam mana....

      Padam
  21. Trip mana lagi lepas ni?Nak join boleh dak?sungguh ni...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...