Rabu, 1 Oktober 2014

Trip Bercuti di Jepun | Nishiki dan Shinkyogoku Arcade

Nishiki Market dan Shinkyogoku

Lepas selesai check in hostel, makan dan solat kami bersiap-siap untuk ke Shinkyogoku. Dari hostel kami menaiki bas no. 12* ke Shijo Kawaramachi. Dah sampai kat perhentian bas, baru la kami sedar yang ada route bas yang berhenti lebih dekat dengan Shinkyogoku. Terpaksa la kami kena jalan jauh untuk ke Shinkyogoku. Tak rasa rugi jalan jauh-jauh, sebab di sepanjang jalan tu macam-macam benda yang kami boleh tengok. Masa tengah jalan tu, nampak Signboard ke Nishiki Market, kami ubah plan untuk ke Nishiki Market, lepas tu baru ke Shinkyogoku. Lepas beberapa minit berjalan kami sampai di destinasi pertama percutian di Kyoto, Nishiki Market.

Nishiki Market

"Nishiki Ichiba (Nishiki Market) extends about 400 meters from Teramachi to Takakura. There is a saying in Kyoto: "There is no kind of food that you can't find at Nishiki." Indeed, the market is lined with shops selling fish, meat, dried goods, side dishes, yuba (dried bean curd skin) and Kyoto vegetables. This "kitchen of Kyoto," as it is called, comes alive early in the morning."  


Nishiki Market merupakan kawasan pasar yang terdiri dari ratusan deretan kedai di sepanjang jalan. Panjang Nishiki Market ni kira-kira 400 meter dengan jalan yang agak sempit dan sesak dengan orang ramai. Pengunjung di Nishiki Market rata-ratanya penduduk tempatan yang ingin mencari bahan-bahan mentah seperti hasil-hasil laut, barangan segar seperti sayur dan juga makanan tempatan seperti Sushi, Takoyaki dan sebagainya. Kalau korang berjalan disepanjang Nishiki Market, korang akan dihidangkan dengan aroma makanan tempatan yang enak-enak. Suasana di Nishiki Market juga berjaya menarik pelancong luar seperti kami untuk ke sana.


Tamago-yaki - Telur goreng, seronok tengok masa tukang masak ni menggoreng telur. Mula dengan satu lapis, goreng, tuang lagi telur, gulung-gulung sampai la dapat bentuk swiss roll. Kalau teringin nak rasa, boleh la cuba buat, resepi kat sini.

Jeruk Pak Ali di Jepun, mungkin... Yang aku dapat info, benda ni dipanggil Nukazuke,  sayuran seperti timun diperam bersama dedak beras "Nuka"  

Nara Zuke Jeruk Terung, bau tak berapa nak best. 

Kimchi di Korea, di Jepun orang panggil Kimuchi キムチ

Unik, di Malaysia minum air kelapa dalam buah kelapa. Kat sini, jus oren minum dalam buah oren.

Mochi

Mochi adalah sejenis Kek Beras yang diperbuat daripada Beras (もち米). Kuih ni popular ketika musim perayaan seperti perayaan tahun baru di Jepun. 

Halus mulusnya ikan bilis ni, di Malasia semestinya mak cik pak cik guna masa masak nasik lemak ataupun nasik Goreng. Kalau di Korea ikan bilis dihidangkan sebagai side dish, 멸치볶음 (Myeol Chi Bokkeum). Di Jepun diorang panggil Iriko atau Niboshi

Ikan ni nama dia Ayu, nama di beri bukan sebab rupanya. Ikan ni di panggang ( 鮎の塩焼き)  dan dengan dengan sos.


Chestnut (クリ属)


Produk makanan berasaskan laut, ni kalau kat Malaysia dah macam di Pangkor.

Ni antara yang menarik di Nishiki Market

Tako-Tamago, sotong yang disumbat dengan telur burung Puyuh.

Air Batu Campur ABC sangat popular di Malaysia. Kalau korang nak tahu, kat merata dunia ada je ABC, ikut style negara masing-masing. Di Filipina ABC dikenali dengan nama Halo-halo (Campur-campur), Indonesia - Es Campur, China - Baobing, Thailand - Nam Kang Sai, Korea - Patbingsu, Pakistan - Chuski. Balik semula ke Jepun, ABC disebut Kakigori ( かきごおり) , bukan kaki gorila tau.

"Mai... mai beli dik, morah jaa..." Mak Cik jual belut.

Belut, Unagi (うなぎ). Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Harga? Tak pasti la sekor ke atau sekilo, harga JPY3,600. Kalau sekor, parah jugak.

Wah~ Bila lalu kat part kedai-kedai yang macam ni, memang tak tahan. Sabaq, sabaq... Mencari halal itu fardhu...

Macam cucuq ikan, sekali tengok macam vadei.

Macam cucuq udang pun ada.

Hampa tau dak, betapa siksanya jiwa ragaku, dengan perut pun sakan dia bergendang,  nak beli tapi tu la... Tak tau menatang apa.

Ni kedai jual lauk pauk la kot, kebanyakkannya makanan laut

Ikayaki, sotong grill bersalutkan sos istimewa melimpah ruah.

Tak tahu mende, sapa yang reti baca tolong habaq sat.

Alahai, comel-comel kuih yang orang Jepun ni buat.

Rupa dah macam kuih beras

Japanese sweet, tapi tak tahu bahan apa yang digunakan untuk buat kuih ni. 

Jeli la kot

Di penghujung Nishiki market korang boleh nampak satu tempat ni ada banyak tanglung. Tempat tu dikenali sebagai Nishiki Tenmangu Temple merupakan tempat ibadat orang Jepun. Temple ni kelihatan cantik terutamanya pada waktu malam. Selain daripada penduduk tempatan yang datang untuk berdoa, tak kurang juga dengan pelancong luar yang datang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat budaya penduduk tempatan. 

Tanglung di Nishiki Temangun Temple, waktu malam memag cantik tempat ni.


Kawasan Nishiki Temangu Temple, ramai orang waktu ni, mungkin masuk waktu sembahyang diorang kot.

Pak cik ni tengah demo kat aku cara nak minum air kat sini, sebelum diorang nak sembahyang diorang kena pergi kat sini. Ada aku nampak sorang mak cik dia lupa nak pergi kat sini, pekkk, tampar dahi lepas tu berlari-lari dia datang kat tempat air ni.

Lempar duit, goyang locang, tepuk tangan, doa, tunduk, habis. 

Shinkyogoku Arcade

Nishiki Temple terletak di hujung Nishiki Market, kalau korang berdiri betul-betul di hadapan Nishiki Temple (Temple tu ada banyak tanglung) sebenenarnya korang dah masuk area Shinkyogoku Arcade. Apa yang istimewanya tentang Shinkyogoku ni? Meh nak cerita, sejarah Shinkyogoku dah bermula beratus-ratus tahun dahulu. Arked Shinkyogoku merupakan arked membeli belah yang kedua tertua di Jepun selepas Asakusa Nakamise yang terletak di Tokyo. Dahulunya Shinkyogoku ni merupakan perkampungan pertunjukan teater dan comedy hall. Kemudian bertukar kepada kawasan panggung wayang sehinggakan ia pernah digelar sebagai "The City of Movie Watching".  

Kini, Shinkyogoku merupakan tempat atau syurga membeli belah. Selain daripada kedai menjual barangan tempatan, di sana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual makanan, pakaian Jepun seperti Kimono dan Yukata, fashion moden, souvenir dan juga tempat ibadat orang Jepun. Pendek kata, tempat ni sangat best untuk korang lawati, macam-macam korang boleh tengok kat sini. Untuk ke sini korang boleh gunakan Kyoto city bus nombor 17, 4, 5 or 205 turun di [Shijo Kawaramachi] Paling penting shopping souvenir kat sini murah, nanti aku cerita kedai mana yang jual souvenir murah-murah. Sebelum tu jom layan panorama di sekitar Shinkyogoku.



FM yang ada di Shinkyogoku

 Yang selalu aku beli, lencana sulam.

Ni kedai jual souvenir dengan harga berpatutan. Kawan bloggers Kaki Berangan pun ada cerita benda yang sama.
klik di sini untuk info - Kyonofurusato 京のふるさと

Lokasi kedai, nampak je Nishiki Temangu Temple, ke kiri.

Kedatangan kami ke kedai ni disebabkan abang Kent yang menyapa kami "Apa khabar? Selamat Malam" Tertarik dengan kebolehan dia berbahasa Melayu, terus menerus sampai 3 malam kami shopping kat sini.

Masa tengah jalan-jalan tu kami jumpa la dua orang akak Indonesia. Salah sorang dari kami cam muka akak Dewi, masa tu kami jumpa dia sorang saja di Osaka, tak sangka jumpa pulak di Kyoto. Sorang lagi kawan akak Dewi, Ruhaya belajar di Ritsumeikan University di Kyoto. Dia la yang bagi tips tempat dan apa yang kami boleh makan di Shinkyogoku. Memang best jumpa diorang nih, walaupun baru jumpa tapi macam dah kenal lama. So, lepas minum-minum kami pun jalan sama-sama.

Dewi, Ruhaya and the gang. 

Salah satu yang Ruhaya ni kongsi dengan kami, Tokai. Tokai ni korang boleh dapatkan tiket keretapi dengan harga murah berbanding beli di Stesen Keretapi. Aku ke sini untuk beli tiket Shinkansen ke Nagoya. Kalau refer dekat web harga lain, di Tokai ni, boleh dapat murah sikit. 

Hari ni memang letih, dari Osaka sampai ke Kyoto, tak sempat nak rehat terus keluar jalan-jalan di Nishiki Market, Shinkyogoku. Walaupun letih, hari pertama di Kyoto memang best! Puas!

Bersambung...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

15 ulasan:

  1. Yang 550 yen tu zakar lembu kalau tak silap saya la

    BalasPadam
    Balasan
    1. erkkk, nasib tak memandai-mandai, ingatkan bebola ayam, bebola ketam macam kat malaysia...

      Padam
  2. Yang itu rasanya Scallop ...

    Amat detail dan meanrik sekali informasi yang di beri .... seronok membacanya sambil mengimbau kenang silam ....


    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Seafood boleh makan kalau tidak menggunakan sos yang bercampur dengan alcohol atau bahan-bahan lain yang haram. Minyak yang digunakan dari minyak ekstrak tumbuhan.

      Padam
  4. hehe caption nama Malaysia kt bawah gambaq ikan bilis comey tu jg Malasia

    BalasPadam
  5. adooooiyai !! kalau boleh makan semua tu CT sanggup bayar nak try. mochi..!! mochi tu makanan jepun ke tidak ? hihi.. mochi sedapnya hihi.. adoi tempting sungguh ni nak makan makanan makanan cute tu semua.

    BalasPadam
  6. Shin Kyogoku Shopping Arcade tu tutup pukul berapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shinkyogoku tutup dalam pukul 9.00 mlm, untuk maklumat lanjut sila ke laman web, takut ada perubahan yg mungkin saye tak tahu,...

      Padam
  7. Musim bunga selalunya dlm bulan berapa yer? Impian nak tgok bunga sakura yg bykk tuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak pasti musim bunga sakura di jepun bulan berape... dulu saya pernah tinggal di UK, musim bunga biasanya hujung mac hingga april... awak boleh cek di laman web, key word "the bloom of cherry blossoms japan" mungki ada yang boleh bagi info yang lebih tepat...

      Padam
  8. Nak tumpang tanya bleh? Kat Jepun kalo naik bas, cene nak tau stesen yang kita nak pegi tu dah sampai? DIa ada display kt depan ke atau ada suara? Kalo kat Korea ada dua2. Tapi bahasa jepun ni bunyi mendalam benor...takut terlepas pandang dan dengar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer nak tanya... di jepun bas no problem, sebab ada dipaparkan pada skrin setiap kali bas berhenti di perhentian... macam di kyoto driver bas pun siap cakap + paparan pada skrin dalam bahasa inggeris...

      cume, train jer yang x de skrin macam di korea... announcement tu ada, dan awak kena perati dekat papan tanda kat stesen...

      Padam
  9. Ooooo...bas lg mudahla drpd train ye. Mana tempat makanan halal yg kakak indon tu bgtau? Share la kt sini, saya pun bercadang nk ke jepun bln 11/2015 nanti.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...