Isnin, 2 November 2009

Berminat dengan Astronomi


Berminat dengan Astronomi?

Dalam ruangan ini saya ingin menceritakan bagaimana yang boleh terjebak dengan Astronomi ni. Ceritanya begini, saya mula tertarik dngan astronomi sejak di bangku sekolah (Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang). Waktu tu ada la sekolah jemput orang yang cukup power dalam bidang astronomi ni iaitu En Lim dan anaknya. Saya memang terpegun mendengar beliau menyampaikan ceramah, waktu tu beliau sedang mengajar kami bagaimana untuk mencari, melihat planet dengan mata kasar. Macam mana? Sejak dari tu lah bermula minat saya terhadap Astronomi ni. Walaubagaimana pun minat saya terhenti seketika.

Kemudian pada tahun 2003 saya ditakdirkan Allah s.w.t dalam minggu Sains saya bertemu kembali dengan En Lim. Lupa nak cerita En Lim ni pemilik Kedai yang menjual barang2 astronomi, kalau anda ke Kompleks Bukit Jambul, singgah2 la. Banyak yang boleh kita belajar. Waktu sepanjang minggu sains saya gunakan sepenuhnya untuk berkenalan dengan En Lim. Pekara sama juga berlaku, saya terhenti seketika.



Uncle Lim bersama anaknya di balai cerap milik persendirian di Balik Pulau, Pulau Pinang

Saya masih ingat lagi, waktu Giant Bayan Baru, baru dibuka pada penghujung tahun 2005, ada la jual teleskop mainan. Saya pun beli teleskop tu sebab minat sangat nak meneroka keindahan langit malam. Walaupun dengan teleskop mainan saya dapat melihat planet Zuhal setelah berhempas pulas setting teleskop tu, maklumlah teleskop mainan.

Minat saya tidak terhenti di situ sahaja, sehinggalah tahun 2006 saya mencari kedai Teleskop milik En Lim, dengan izin Allah s.w.t saya jumpa la kedai dia, agak tersorok la. Saya memang tertarik dan berazam untuk memiliki sebuah teleskop. Waktu tu saya diberi peluang untuk belajar mengenai teleskop dan guna teleskop, tp guna dalam shopping complex, semua orang pandang pelik ja.

Azam untuk saya miliki sebuah teleskop saya simpan dulu sehingglah 8 Disember 2006, saya akhirnya memiliki sebuah teleskop kedua iaitu Newtonian Reflector 6 Inchi. Memang seronok dan planet yang pertama kali saya tengok melalui teleskop tersebut ialah planet Zuhal, subhanallah, memang cantik sebab boleh nampak gelang planet tersebut dengan jelas sekali.

sedang melakukan pencerapan di rumah


Semakin lama Allah dekatkan saya dengan astronomi, pertengahan tahun 2007 saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Di KMPP ada sebuah kelab Astronomi yang sangat aktif. Saya dipilih untuk menjadi naib presiden kelab tersebut. Waktu saya di KMPP saya telah diperkenalkan dengan seorang pensyarah fizik USM iaitu Professor Madya Dr. Chong Hon Yew. Beliau memang giat dalam bidang astronomi ni. Matlamat beliau untuk mendedahkan masyarakat Malaysia dengan astronomi. Banyak aktiviti yang di adakan di sekitar Pulau Pinang. Setiap hari Jumaat malam, USM akan mengadakan observation (mencerap langit malam) di padang kawat USM Kampus Induk. Dekat sini saya berpeluang belajar dengan Dr Chong mengenai Astronomi. Selain USM, Jabatan Mufti Pulau Pinang giat menjalankan aktiviti dalam memperkanalkan astronomi kepada masyarakat di Malaysia.

Dr Chong Hon Yew, banyak mencurahkan usaha dan bakti kepada masyarakat dalam memperkenalkan astronomi kepada masyarakat

Apa2 pun bagi yang baru nak menceburi bidang astronomi, saya amat mengalu alukan kedatangan anda. Apa yang saya nampak sekarang, minat terhadap bidang astronomi amatlah kurang dalam kalangan orang Islam, ilmu astronomi ni cukup menarik dan banyak perlu di terokai.

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...