Khamis, 5 November 2009

Free!!! Free!!!Free!!!

Hari ni macam biasa aku ke Bangunan Ladang (Estate Building) untuk tandatangan kontrak (bukan urusan bisnes). Cuaca hari ni agak sejuk, hujan renyai-renyai di luar membasahi bumi rantau. Setelah aku selesai urusan dalam pukul 4.45 petang, aku menhalakan diri ke Portland untuk menunaikan kewajipan. Selesai urusan tu aku pun melangkah keluar, tiba2, aku terdengar jeritan suara mengusik telinga, "FREE...FREE...FREE...FREE..." Apa yang FREE~nya???Bisik dalam hati, makin lama aku mendengar makin melonjak perasaan ingin tahu. "Ada makanan free kot" aku bermonolog. Suara tersebut kedengaran dari sebuah bangunan "Trent Building" ala dekat ja dengan Portland Building.

Dalam renyai2 hujan aku melangkah deras, maklumlah benda FREE sapa tak mahu tengok, kan-kan2... Kira2 100 meter dari bangunan tersebut aku ternampak pasukan polis berada di sekitar bangunan tersebut, pasal apa pulak??? Suara FREE...FREE... makin jelas, aku apa lagi, berlari anak untuk cepat sampai la... Akhirnya aku pun sampai, huh memang FREE.... Ramai orang jugak kat situ, kawan2 aku pun ada.... semua orang kat situ melaungkan FREE!!!FREE!!! FREE PALESTINE!!! Baru aku tahu pekara yang sebenar.




Protest di Trent Building

Rupa-rupanya sekumpulan orang* student dari NEGARA HARAM ISRAEL sedang berkumpul bagi menjayakan satu sidang "ISRAEL STRUGGLE FOR PEACE" di dalam sebuah bilik yang boleh dilihat dari luar.




Inilah bilik yang dimaksudkan, pelajar2 dari Israel berkumpul
ISRAEL STRUGGLE FOR PEACE??? Kenapa tak diadakan secara terbuka???



Keamanan konon. Yang jerit tu bukan orang ISRAEL, jangan salah faham pulak. Yang jerit FREE PALESTINE tu orang yang bantah sidang tersebut. Orang kenamaan dari NEGARA HARAM tersebut juga hadir, tapi ntah sapa dia pun tak aku tau. Bukan main dasyat siap dengan Helikopter berlegar-legar di udara. Orang2 yang menjerit laungan FREE PALESTINE adalah dari kalangan pelajar2, orang2 tempatan dan juga orang luar macam aku. Terdetik hati aku nak bertanya siapakah mereka ni??? Nak kata macam pak Arab pun tak jugak, tu yang nak tanya... Jom siasat...(segmen TERJAH MELODI)



Aku dan rakan2 yang lain turut memprotest.

"Excuse me, where are you come from?" Pemuda tu balas " From Japan" Subhanallah, dari Jepun sempoi la jugak. Apa yang dia cakap kat aku (terjemahan) " Walaupun Palestin jauh dari negara saya saya tahu apa yang berlaku di sana" Aku kagum dengan pemuda ni, tiba-tiba kawan aku cakap pada pemuda tu (terjemahan) " Awak buat saya nak terus berada di sini" Mau taknya orang Jepun pun sanggup jerit FREE PALESTIN...




Polis datang untuk cover Ambassador dari Israel

Suasana malam tu makin riuh, hujan makin lebat, seolah-olah menangis meratapi nasib bumi Palestin yang kini terjajah. Aku pun tanyan soalan yang sama kat orang2 yg ada kat situ, ada yang dari Jerman, Nottingham, Korea Selatan, dari Israel tak dak depa kat dalam... Kami semua terus menjerit FREE FREE FREE PALESTINE, OCCUPATION NO MORE, ISRAEL IS TERROR STATE!!! Jeritan kami sebenarnya untuk mengganggu sidang tersebut... Apa yang menarik perhatian ialah, semangat yang diberikan oleh orang2 kat sini serta dari tempat lain, dimana mereka memang mengikuti konflik yang berlakun diantara ISRAEL dan PALESTIN. Walaupun hujan tetap terus melaungkan FREE FOR PALESTINE, walaupun usaha ni nampak sia-sia tetapi ia tetap satu USAHA untuk melihat PALESTIN kembali pada dahannya. Ia juga menunjukkan bahawa untuk melihat PALESTIN dibawah naungan keamanan menjadi harapan warga dunia. Dah masuk Isyak, aku dan rakan2 yang lain beredar, makin lama laungan tersebut menyepi di telinga namun tak bermakna laungan Kebebasan Bumi Palestin luput di hati,ingatan terhadap Palestin tetap dihati. Doakan agar Allah KEMBALIKAN KEAMANAN DI BUMI PALESTIN TERCINTA.



MORE INFORMATION
http://www.impactnottingham.com/2009/11/israeli-ambassador-holds-lecture-on-campus-amid-fierce-protest/

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...