Rabu, 4 November 2009

Beribu Bintang di Langit


Artikel Ini Sedang Dikemaskini



Pada waktu malam cuba pandang ke langit. Apa yang kita akan nampak, mestilah bulan, dan bintang, kadang2 nampak pontianak, lawak ja. Kalau malam tu terang, bulan purnama mengambang mesti langit nampak cerah, dan kalau langit malam tanpa bintang tak semestinya suram kerana ada bintang berkedipan. Tahukah hampa(anda) semua bahawa kalau hampa semua berada di kawasan luar bandar (yang kurang cahaya dari lampu2 jalan atau bangunan) anda dapat menyaksikan beribu-ribu bintang di langit, subhanallah. Dan tahukah anda bahawa tak semua bintang yang kita lihat adalah bintang, kusangka panas sampai ke petang rupanya panas di tengah hari. Ada dari kalangan bintang adalah planet2 dalam sistem suria yang dapat dilihat dengan mata kasaq. Diantara planet2 yang dapat dilihat dengan mata kasaq ialah, utarid(agak sukar), Zuhrah, Bumi (memang la), Marikh (kelihatan bewarna merah), Musytari (Paling terang) dan Zuhal. Uranus dan Neptun amat sukar dilihat kerana saiznya yang agak kecil dari planet yang saya senaraikan tadi serta jaraknya yang jauh dari bumi.

Selain dari bulan, bintang dan planet2, kita juga dapat melihat Buruj. Apa itu buruj? Buruj ialah gugusan bintang yang membentu satu satu corak tertentu, ala macam yang kita tengok dalam majalah2 ataupun surat khabar(di kenali dengan Zodiak). Bukan depa (mereka/pihak2 tertentu) suka2 nak buat gambaq ikan la... ular la... dan mcm2 lagi. Tapi semuanya telah dipersetujui dalam Persidangan Astronomi Antarabangsa pada tahun.... tak ingat tahun la... contoh macam gambar kat atas artikle ni. (buruj biduk) atau senduk besao...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...